Tag: Aliff Aziz

  • Sikap Sambil Lewa Musnahkan Kerjaya Aliff Aziz, Mahu Bangkit Kembali

    Sikap Sambil Lewa Musnahkan Kerjaya Aliff Aziz, Mahu Bangkit Kembali

    KUALA LUMPUR: Pengalaman lalu mendewasakan bagi penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz.

    Membuka mulut tentang perjalanan seninya yang sering dilanda kontroversi sebelum ini, Aliff, 25 tahun, mengaku tidak berfikir panjang sehingga sentiasa membawa padah kepada diri sendiri.

    Pada usia begitu muda, Aliff yang juga bergelar pelakon berkata dia sering berfikiran negatif sehingga kerap terpalit cerita sensasi, lapor laman Berita Harian Malaysia.

    “Dulu saya berasa seperti boleh melangkah jauh dalam bidang seni, tetapi kerana sikap sambil lewa terhadap kerjaya dan hidup, semua itu musnah sekelip mata,” kata Aliff.

    Beliau bagaimanapun bersyukur kerana pengalaman-pengalaman dilanda kontroversi sebelum ini mendewasakan diri dan mengambil peluang untuk belajar daripadanya.

    “Saya bagaimanapun bersyukur semua itu menjadi ruang untuk saya memperbaiki diri dan seterusnya menjadi insan lebih matang. Sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Saya tak dengar nasihat orang yang menyayangi diri saya ini.

    “Saya anggap semua itu bayaran yang perlu saya terima akibat kesilapan diri sendiri. Di sebalik segala-gala yang terjadi, saya masih diberi peluang untuk bangkit kembali,” luah Aliff kepada Berita Harian Malaysia.

    Ini terbukti apabila anak muda berbakat itu diberi peluang oleh syarikat rakamannya untuk menghasilkan album baru.

    “Syarikat rakaman Sony Music juga masih percayakan bakat saya dan menghadiahkan album berjudul Rebirth. Judul album itu sendiri, seperti saya pernah katakan, umpama kelahiran semula saya di arena seni,” katanya.

    Aliff kini turut sibuk dengan drama terbaru Meh Sandarkan Padaku, terbitan Zeel Productions.

    Menerusi drama itu, Aliff buat pertama kali bergandingan dengan pelakon wanita yang sedang meningkat naik namanya, Mira Filzah dan dijangka menghiasi kaca televisyen pada bulan Februari tahun depan, lapor BHM lagi.

    “Saya percaya, bukan semua orang akan diberikan peluang seperti itu. Jadi, saya akan ambil peluang berkenaan dengan keazaman untuk tidak lagi menimbulkan isu mahupun kontroversi,” kata Aliff.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Aliff Aziz Bertunang Dengan Dayang Nabellah, Ranang Bernikah Tahun Depan

    Aliff Aziz Bertunang Dengan Dayang Nabellah, Ranang Bernikah Tahun Depan

    SHAH ALAM: Penyanyi Singapura, Aliff Aziz, 24 tahun, selamat bertunang dengan Dayang Nabellah Awang Astillah, 21 tahun, dalam sebuah majlis di Crystal Hall, Plaza Jelutong, pada Sabtu lalu (12 Dis).

    Dayang Nabellah, yang juga dikenali sebagai Bella, merupakan kakak kepada penyanyi Didi Astillah.

    Menurut laporan Berita Harian Malaysia, Aliff Aziz, yang terkenal dengan lagu ‘Sayang Sayang’, berkata beliau dan tunangnya merancang untuk berkahwin dalam tempoh setahun.

    Menurut Aliff, beliau mengenali Bella sejak tiga tahun lalu, namun selepas terputus hubungan buat seketika, mereka bertemu semula pada Disember tahun lalu di majlis Anugerah Industri Muzik.

    “Insya-Allah sasarnya setahun lepas bertunang, kami akan berkahwin. Tapi andai ada rezeki awal untuk berkahwin, saya tak menolak. Benda baik, tak elok diperlambatkan,” katanya seperti ditukil Berita Harian Malaysia.

    Aliff berkata, Bella menerima beliau seadanya. “Dia buat saya selesa dengan dirinya. Dia boleh menerima kehidupan dan kisah silam saya,” ujarnya kepada Berita Harian Malaysia.

    Aliff melahirkan rasa syukur majlis pertunangannya berjalan lancar. Beliau memberitahu mStar Online: “Alhamdulillah, walaupun hanya bertunang tapi gemuruh saya hanya Allah yang tahu. Saya bersyukur semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.”

    Majlis tersebut dikatakan turut dihadiri penyanyi Aisyah Aziz, Didi Astillah dan rakan artis Aizat Amdan, Indah Ruhaila, Azheal dan Nabilah.

    (Gambar-gambar: Facebook/Aliff Aziz)

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Aliff Aziz Claims He Did Not Steal Handphone

    Aliff Aziz Claims He Did Not Steal Handphone

    KUALA LUMPUR: Acara pradengar album Aliff Aziz berjudul Rebirth sebentar tadi diadakan di pejabat Sony Music Entertainment Malaysia di Publika, Solaris Dutamas turut menjadi ruang beliau menjelaskan apa yang terjadi kepadanya beberapa bulan lalu.

    Bermula dengan isu dikatakan lari dari set penggambaran drama dan pulang Singapura sehinggalah timbul cerita beliau dituduh mencuri telefon bimbit di negara kelahirannya sendiri.

    Menurut Aliff apa yang terjadi menjadi pengajaran terbesar sekali gus mematangkan dirinya.

    “Isu mencuri telefon bimbit itu sudah selesai. Saya berada di tempat dan waktu yang salah. Natijahnya saya terpaksa mengaku bersalah biarpun saya tidak melakukan perkara itu.

    “Undang-undang di Singapura berbeza di sana. Atas saranan pihak peguam bela, saya mengaku saja dan bayar denda untuk memendekkan proses berkaitan.

    “Jika tidak saya perlu melalui proses pengadilan yang panjang. Kejadian ini terjadi empat bulan lalu dan itu antara sebab saya terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur dan Singapura,” katanya yang berulang alik ke Kuala Lumpur kerana melunaskan urusan rakaman album barunya itu.

    Mengenai cerita lari dari set, penyanyi lagu Sayang Sayang ini tidak pernah wujud isu itu dan barangkali ia ditokok tambah pihak tertentu hingga jadi pelbagai versi termasuk isu berhutang.

    “Pertamanya saya minta maaf kepada semua pihak yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan saya. Tak nafikan saya berperang dengan komitmen lakonan dan melunaskan rakaman lagu.

    “Saya memang tak pernah lari dari set penggambaran. Cuma ada kalanya kepenatan dan jatuh sakit, saya gagahkan berlakon juga. Saya sedar jika saya tak datang berlakon ia akan menjejaskan perjalanan penggambaran.

    “Tapi bila saya datang berlakon dalam keadaan penat timbul pula cerita seperti bertebaran kononnya saya lalok,” kata Aliff yang mula sedar bahawa beliau belum bersedia untuk melakukan banyak kerja dalam satu masa.

    Enggan mengenang kisah lalu, kehadiran album terbarunya berjudul Rebirth itu membawa semangat baru serta umpama kelahiran semula buat dirinya.

    Album berkenaan sepatutnya diedarkan tahun ini tetapi atas beberapa masalah ia ditunda hingga ke Januari depan.

    “Kali pertama saya muncul dengan album ketika berusia 16 tahun dan kini saya bakal menginjak 24 tahun depan. Jelas saya melalui fasa kematangan dan perubahan dalam hidup.

    “Istimewanya pembikinan album ini turut diberi peluang memilih lagu yang sesuai. Proses pembikinan sejak setahun setengah hampir menemui penamat.

    “Tinggal lagu ciptaan Awi Rafael saja yang belum dirakam. Saya juga sudah tidak sabar untuk kembali ke persada seni dan lupakan kisah lalu yang menjadi pengalaman berharga.

    “Peluang berehat empat bulan lalu menjadi ruang saya bermuhasabah diri. Tak dinafikan saya tertekan tapi semua hikmah berguna, katanya.

    Untuk album barunya lagu Selayaknya Aku ciptaan Faizal Tahir antara kegemaran Aliff. Selayaknya lagu itu dijadikan single pertama.

    Lagu lain yang dimuatkan ialah Hari Ini, Coba, Setelah Kau Pergi, Dengarkan Aku, Pujangga, Novella, Tak Ada Cinta Sepertimu, Dan Lagi Cinta.

     

    Source: www.bharian.com.my

  • Aliff Aziz Nafi Curi Telefon Bimbit

    Aliff Aziz Nafi Curi Telefon Bimbit

    aliff aziz

    KUALA LUMPUR, 30 SEPT 2014: Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz menafikan yang dia telah mencuri telefon bimbit seperti mana laporan daripada keratan akhbar di sana.

    Menurutnya ketika kejadian, dia dan rakannya lain mengunjungi rumah kenalan yang lain sekadar lepak biasa dan berbual kosong.

    Bagaimanapun, rakan Aliff Aziz yang sebenarnya telah mencuri telefon itu tanpa dia sedari.

    Tindakan rakannya itu menyebabkan Aliff berasa sangat kecewa dengan sikap rakannya itu sehingga dia diheret sekali dalam kes ini.

    “Saya bayar SGD2000 adalah untuk “clearkan” kes ini agar memudahkan saya membuat urusan kerja saya di Malaysia. Undang undang di sini, sama ada saya mencuri atau pun tidak, saya juga dikenakan denda kerana disyaki subahat. Namun hakikatnya, saya tidak mencuri,” katanya yang dihubungi Murai bagi menjelaskan isu ini.

    Aliff juga memberitahu rakannya itu telah disumbatkan ke dalam penjara dan telah dijatuhkan hukuman.

    Tiada sebab Aliff untuk mencuri kerana dia mampu membelinya sendiri dengan hasil kerjayanya sebagai penyanyi dan pelakon.

    “Saya harap penjelasan saya dapat memulihkan semula imej saya yang tercalar. Saya teraniaya dengan sikap biadap rakan saya itu. Saya harap dia akan berubah,” ujarnya.

    Aliff Aziz akan adakan sidang media dalam masa terdekat selewat-lewatnya minggu hadapan.

    Sumber: http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/615868/aliff-aziz-bukan-saya-yang-curi-telefon-itu/ms/1#.VCpjK3J3b5I.facebook

  • Aliff Aziz Curi Telefon Bimbit, Didenda $2000

    Aliff Aziz Curi Telefon Bimbit, Didenda $2000

    aliff aziz

    PENYANYI kelahiran Singapura yang telah mencipta nama di seberang Tambak, Aliff Aziz, dikenakan denda $2,000 Jumaat lalu atas kesalahan mencuri telefon bimbit.

    Jika gagal membayar denda tersebut, dia boleh dipenjara 20 hari sebagai ganti.

    Menurut kertas pertuduhan, Aliff, 23 tahun, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, didakwa mencuri dua telefon bimbit berjenama HTC one dan Samsung Note 1, yang setiap satu bernilai $800.

    Telefon itu dimiliki seorang individu bernama Yong Kit Siong.

    Aliff dikatakan mencuri telefon bimbit itu bersama seorang lagi lelaki bernama Muhammad Nurazlee Roslee pada atau sekitar 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di kolong blok Blok 36 Tanglin Halt Road.

    Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Aliff didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 16 Ogos lalu.

    Satu laporan di laman akhbar Berita Harian Malaysia pada 27 Ogos lalu memetik ibu Aliff, Cik S. Hafiza Basharahil, sebagai berkata bahawa anaknya itu berada di Singapura ketika itu dan keadaannya baik-baik sahaja.

    Menurutnya, Aliff berada di sini atas urusan peribadi dan akan pulang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

    Sebelum itu, dia dikatakan telah menghilangkan diri daripada lokasi penggambaran sebuah drama dan pulang ke Singapura.

    Aliff dan pasangan duetnya, Siti Nordiana, yang menyanyikan lagu Tak Ada Cinta Sepertimu, turut dicalonkan untuk kategori Kolaborasi Terbaik (Artis) bagi Anugerah Planet Muzik (APM) 2014 yang akan berlangsung pada 17 Oktober ini.

    Menurut satu laporan di laman mStar Online bulan lalu pula, dia ditukil sebagai berkata dia tidak hilang, bersembunyi atau melarikan diri daripada sesiapa atau mempunyai masalah kewangan tetapi sebaliknya hanya berehat daripada industri seni buat sementara bagi menguruskan beberapa hal peribadi.

    Dia juga berkata, dia memadamkan semua gambarnya di laman sosial Instagram kerana ingin mulakan hidup baru dan berjanji akan kembali semula dengan ‘Aliff yang baru’.

    Menerusi laman Twitter miliknya di bawah nama @aliffaziz pula, artis muda itu memuat naik status kelmarin dengan berkata: “Selamat tengah hari dunia. Saya akan kembali tidak lama lagi. Tidak lama lagi.”

    Sumber: http://beritaharian.sg/setempat/aliff-aziz-curi-telefon-bimbit-didenda-2000#sthash.bpRq5vrm.dpuf