Datuk Jamal Abdillah Bernikah Dengan Wanita Berusia 23 Tahun

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Jamal Abdillah memilih wanita berusia 23 tahun sebagai isterinya yang dilangsungkan pada 1 April lalu.

Bagaimanapun, menurut laporan mStar, penyanyi itu enggan berkongsi lanjut tentang butiran majlis perkahwinan kali keempatnya itu.

Difahamkan, isteri penyanyi yang terkenal dengan lagu Azura itu berasal dari Kulim, Kedah.

“Alhamdulillah, benar saya sudah bernikah, doakan yang baik-baik buat rumah tangga saya.

“Maaf saya tidak mahu berkongsi lanjut. Saya tidak yakin perbincangan di media akan membawa sejahtera kepada sesebuah rumah tangga,” jawabnya ringkas kepada mStar.

Jamal pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali.

Dalam petikan laporan mStar, isteri pertamanya ialah Basariah Abdul Latiff, kedua, Noraina Mohd. Yusof dan ketiga, Fatimatuzahrah Samad. Jamal sudahpun berpisah dengan ketiga-tiga wanita tersebut.

Beliau memiliki dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani hasil perkahwinan kedua dan Ahmad Zaki Yamani daripada perkahwinan ketiga.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *