Tag: Cathay

  • Masyarakat Melayu-Islam Patut Boycott Cathay Cinemas

    Masyarakat Melayu-Islam Patut Boycott Cathay Cinemas

    Admin,

    Saya ada baca tentang sokongan yang diberi syarikat-syarikat tempatan dan MNCs untuk menjayakan acara Pink Dot. Sekarang kita baru tahu yang pawagam Cathay pun teleh berniat untuk menyiarkan iklan Pink Dot di pawagam-pawagamnya . Usaha itu buntu sebab MDA tak luluskan ikklan tersebut.

    Ada pihak yang meneyeru agar Cathay diboycott. Saya sokong 100% seruan ini.

    Saya bapa kepada seorang anak lelaki berusia lima tahun. Saya dan isteri dulu juga sering ke Cathay untuk menonton wayang ketika tengah dating dulu. Sekarang kita juga ke Cathay sekeluarga untuk menonton cartoon…hiburan untuk anak.

    Jadi saya sekeluarga kecewa apabila diberitahu yang makanan dan minuman yang dijual Cathay tidak lagi Halal. Saya rasa terkilan. Memanglah kita boleh melanggani pawagam lain tetapi Cathay yang penuh bermakna bagi saya sekeluarga.

    Saya tertanya menagapa Cathay membuat langkah komersil sedemikian? Mungkin jumlah penonton Islam kekurangan. Mungking Cathay tak kisah langsung dan tidak endahkan maklum balas daripada pelanngan Islam mereka.

    Tetapi ianya lebih jelasa sekarang.

    Cathay lebih rela mempromosikan acara yang bercanggah dengan ajaran Islam daripada menjaga hati pelanggan Muslim. Bila makan minum dah tak halal dan mereka juga menyokong aktiviti haram, apa lagi yang boleh penonton lakukan?

    Tak payah kita buat bising. Jawapannya senang je. Kita sama-sama boycott Cathay, walau berat hati nak lakukannya.

     

    Adam

    [Reader Contribution]

  • Suhaimi Rafdi Letak Jawatan Sebagai CEO Cathay Organisation Holdings

    Suhaimi Rafdi Letak Jawatan Sebagai CEO Cathay Organisation Holdings

    Encik Suhaimi Rafdi akan meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Cathay Organisation Holdings pada 20 Februari ini, enam tahun selepas memegang jawatan itu.

    Penerima Anugerah Jauhari Berita Harian itu memberitahu akhbar ini semalam beliau ingin melakukan “sesuatu yang lebih bermakna”.

    “Kerjaya baru saya ada kaitan dengan kerja-kerja kemasyarakatan. Tetapi buat masa ini saya ingin berehat, dan bakal melakukan ibadah umrah,” ujarnya, yang sejak 2012 membantu Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di sesi bertemu penduduk (MPS) beliau di GRC Tampines.

    Ketika ditanya, Encik Suhaimi, 47 tahun, enggan mendedahkan rancangan beliau selanjutnya.

    Semangat menyumbang kepada masyarakat berputik dalam diri Encik Suhaimi setelah beliau aktif dalam kerja kemasyarakatan, termasuk menjadi mentor seorang belia di bawah program Mendaki Sense, cabang latihan Yayasan Mendaki, dan pembimbing program keusahawanan sosial kendalian Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

    Beliau, yang memulakan kerjayanya sebagai pengurus pelatih restoran makanan segera KFC, juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat (CCMC) Tampines West.

    Encik Suhaimi dipikat Cathay pada 1996 dan menyandang jawatan CEO sejak 2008, menyelia semua perniagaan Cathay, termasuk pengurusan pawagam, pengedaran filem dan penganjuran acara.

    Di bawah kepimpinannya, Cathay berkembang ke ke Timur Tengah, Afrika Utara, benua kecil India dan Indonesia.

    Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Cathay, Cik Choo Meileen, akan mengambil alih tugas beliau.

     

    Source: http://beritaharian.sg