Tag: election

  • Amrin Amin Azan Untuk Perjuangkan Masyarakat Melayu Islam

    Amrin Amin Azan Untuk Perjuangkan Masyarakat Melayu Islam

    Calon Melayu/Islam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang baru, Encik Amrin Amin, bertekad untuk memperjuangkan masyarakat Melayu/Islam sekiranya dilantik menjadi Anggota Parlimen.

    Encik Amrin, 36 tahun, antara dua calon baru bagi GRC Sembawang yang diperkenalkan hari ini untuk Pilihan Raya Umum akan datang.

    “Perjuangan saya ialah untuk menyumbang, membina masyarakat Melayu/Islam, baik dari segi pendidikan, kewangan, dari segi amalan Islam, dan juga masyarakat yang menjunjung budaya dan bahasa kita,” ujar beliau.

    Encik Amrin, peguam korporat di firma guaman Joseph Tan Jude Benny, sudah berkhidmat di pelbagai jawatankuasa akar umbi seperti Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) dan Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat.

    SERTAI POLITIK UNTUK BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN

    Encik Amrin berkata beliau terpanggil untuk menyertai politik kerana ingin membantu golongan yang memerlukan.

    Beliau sudah melakukan kerja-kerja kemasyarakatan sejak 2004 di Chong Pang dan kemudian di Marsiling pada 2013 dan yang terbaru, di Woodlands pada 2014.

    Having received so much from my family and the community, it’s time for me to pay it forward.

    Posted by Amrin Amin on Thursday, August 13, 2015

     

    “Jumaat lalu, saya telah bertemu dengan keluarga yang kurang kemampuan. Ibunya sakit, malah lima anaknya juga kurang sihat. Saya berbual degan mereka, dan semasa berbual, saya dapat tahu yang abang lima beradik itu menjimat wang ‘recess’nya supaya dapat meringankan beban ibunya.

    “Saya amat tersentuh mendengar cerita itu. Dan ini menguatkan lagi azam saya untuk menolong keluarga-keluarga kurang berkemampuan, supaya mereka mendapat peluang baik untuk meningkatkan mutu kehidupan mereka, supaya mereka dapat mendapat pekerjaan yang baik, pendidikan yang baik dan sebagainya,” ujar Encik Amrin.

    Amrin Amin di sebuah acara kemasyarakatan. (Gambar: Facebook/Amrin Amin)

    LATAR BELAKANG SEDERHANA, FAHAM KESUSAHAN PENDUDUK

    Encik Amrin berkata latar belakangnya yang sederhana, membolehkan beliau memahami kesusahan yang dialami penduduk.

    Beliau membesar di flat HDB tiga bilik dan mendapat pendidikan di sekolah-sekolah kejiranan di Singapura.

    Dari 2004 hingga 2006, Encik Amrin merupakan penolong perundangan kepada Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Luar K Shanmugam. Beliau bertugas sebagai peguam korporat di New York dari 2007 hingga 2010 selepas tamat pengajian di Universiti Columbia.

    (Gambar: Facebook/Amrin Amin)

    “Latar belakang saya membolehkan saya memahami kesusahan yang dialami penduduk. Contohnya, semasa di sesi bertemu penduduk, kadang-kadang saya terdengar cerita tentang ibu bapa yang mungkin diberhentikan kerja, dan saya fikir, jika ia berlaku kepada saya, semasa saya kecil dahulu, pasti amat payah, amat sukar bagi saya melanjutkan pelajaran saya dan mendapat peluang-peluang yang ada.

    “Dan ini adalah satu azam bagi saya, selepas saya meraih banyak manfaat daripada masyarakat kita ini, untuk menabur jasa untuk sama-sama menjayakan masyarakat kita, supaya generasi akan datang, supaya mereka yang berada di dalam situasi yang sama, dapat peluang-peluang yang saya ada.

    “Saya rasa inilah tanggungjawab semua yang telah mendapat pendidikan yang baik, yang meraih manfaat dari sistem kita, untuk sama-sama berjasa kepada negara, berbakti kepada masyarakat supaya kita sama-sama pay it forward untuk beri peluang kepada generasi masa hadapan,” ujar Encik Amrin.

    PEMBANGUNAN BELIA PENTING

    Encik Amrin juga berpendapat bahawa pembangunan belia itu penting lebih-lebih dalam masyarakat Melayu/Islam Singapura, yang katanya, mempunyai bilangan belia yang lebih banyak berbanding masyarakat lain.

    Justeru, beliau merancang untuk bekerja dengan badan-badan akar umbi untuk mendekati belia.

    “Buat masa ini saya ingin bekerja dengan badan-badan akar umbi untuk sama-sama menjayakan program-program yang ada. Kita sudah ada banyak program-program belia yang menumpukan belia untuk membangunkan belia, contohnya 4PM, LBKM, saya bergiat dalam LBKM, dan baru-baru ini kita telah memperkenalkan program duta belia.

    “Dan inilah satu cara untuk kita mendekati belia, memberi mereka ownership yang mereka, walaupun VWO kita, walaupun badan-badan Melayu/Islam kita, sudah lama ada, masih ada tempat untuk belia untuk menyumbang, dan memberi idea mereka untuk memperkayakan usaha-usaha yang telah ada sekarang ini.

    “Ini adalah satu peluang keemasan untuk masyarakat kita untuk membangun dan meraih peluang-peluang yang ada,” kata Encik Amrin.

    Selain Encik Amrin, satu lagi calon baru yang diperkenalkan bagi GRC Sembawang ialah Encik Ong Ye Kung, Pengarah Kumpulan Strategi di Keppel Corporation.

    Mereka akan menggantikan Setiausaha Parlimen Kanan Hawazi Daipi dan Presiden Persatuan Tenis Meja Singapura, Ellen Lee, yang kedua-duanya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

    Encik Hawazi yang juga Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Tenaga Manusia akan bersara dari politik selepas 19 tahun berkhidmat di GRC Sembawang.

    Kelima-lima calon yang akan bertanding di GRC Sembawang ialah Menteri Pembangunan Negara Khaw Boon Wan, Encik Vikram Nair, Dr Lim Wee Kiak, Encik Ong Ye Kung dan Encik Amrin Amin.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Potential New PAP Candidates Present At People’s Association Event

    Potential New PAP Candidates Present At People’s Association Event

    SINGAPORE: A People’s Association event celebrating senior citizens in the Aljunied Cluster, comprising Aljunied GRC and Hougang SMC, was held on Saturday (Nov 15) evening.

    Speaker of Parliament Halimah Yacob graced the event, alongside former PAP leaders Lim Boon Heng and Zainul Abidin Rasheed.

    News faces touted as potential PAP candidates for Aljunied and Hougang were also present.

    They include:

    • Banker Chua Eng Leong, who is chairman of Eunos PAP branch
    • K Muralidharan Pillai in Paya Lebar; he is a lawyer by profession
    • Chan Hui Yuh in Serangoon, who works in a family business
    • Victor Lye in Bedok Reservoir-Punggol
    • Kahar Hassan, who took over the Kaki Bukit branch chairmanship from Ong Ye Kung
    • Lee Hong Chuang, who took over as chairman of the Hougang branch, replacing Desmond Choo

    Former PAP Chairman Mr Lim said it is still early to say if the new faces will be fielded as candidates as this depends on how they can work the ground. He said two key factors the party is looking out for are the ability to understand people and resolving problems.

    “Any lesson that I would learn from the past or the trend in the past few elections is that people want to have representatives in Parliament who are close to them. In terms of ability, of course it’s good if a person can make it beyond an MP to become an office holder,” said Mr Lim. “But what is more important to residents is: ‘Is he close to me, does he understand me? Can he effectively bring my issues before the government and get those issues redressed?’”

     

    Source: www.channelnewsasia.com

  • Ketelusan Serta Aplikasi Konsep Kebebasan Bersuara

    Credit: Google Images
    Credit: Google Images

    EKSKLUSIF DARI MEJA EDITOR RILEK1CORNER

    Setelah lima bulan beroperasi, kami di Rilek1Corner sangat terharu dengan sambutan meriah daripada para pembaca yang banyak memberikan kami semangat memperkembangkan media alternatif kami ini, baik untuk pembaca yang berbangsa Melayu mahupun mereka yang beragama Islam.

    Kami juga menganggap segala kritikan dan sokongan sebagai satu rangsangan dan dorongan untuk terus memajukan hak kebebasan bersuara di Singapura.

    Tanpa sokongan anda, siapalah kami di Rilek1Corner.

    Namun, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, anggota Rilek1Corner telah menerima ancaman dan ugutan daripada beberapa pihak yang berasa tidak puas hati dengan berita dan surat-surat pembaca yang diterbitkan dengan segera di lelaman kami.

    Walaupun segala berita dan informasi yang telah dipublikasikan terdiri daripada media cetak dan juga surat-surat kiriman pembaca yang setia, ada segelintir pihak tertentu berasa kurang senang kerana publikasi-publikasi tersebut mendapat kritikan daripada masyarakat umum.

    Ada dua insiden yang boleh dijadikan ikhtibar.

    Pertama, ada sekumpulan orang Melayu yang beragama Islam di Singapura telah memperkenalkan diri mereka sebagai ahli kewangan dan pengendali bisnes-bisnes skim cepat kaya. Setelah dimaki-hamun dan dicaci, mereka menuduh para pembaca, anggota Rilek1Corner, dan wartawan-wartawan akhbar Berita Harian Singapura sebagai pengecut, jahil dan iri hati dengan kejayaan mereka meraih duit lumayan dengan senang.

    Seperti tidak cukup dengan kata-kata kesat, pihak tersebut juga telah membuat ancaman dan ugutan kepada para pembaca dan juga anggota Rilek1Corner. Ancaman dan ugutan yang dimaksudkan mempunyai unsur-unsur kekerasan fisikal dengan niat mencederakan mereka yang tidak berdosa.

    Ugutan dan ancaman kekerasan ini berlaku setelah beberapa surat pembaca, beserta keratan akhbar daripada Berita Harian Singapura, dan juga gambar-gambar pihak yang terlibat telah dimuat-naikkan di Rilek1Corner, hasil perkongsian maklumat dari para pembaca. Siasatan kami mendapati bahawa gambar-gambar tersebut senang diperolehi secara terbuka di Facebook (tanpa sebarang sekatan privasi) untuk menarik anggota-anggota baru menyertai skim cepat kaya tersebut.

    Ada juga diantara para pembaca yang telah menjadi mangsa skim cepat kaya yang diperkatakan, dan bersungguh-sungguh ingin berkongsi pengalaman mereka supaya masyarakat umum dapat mengelakkan diri daripada mengalami nasib yang serupa.

    Kami di Rilek1Corner juga akur tentang kewajipan moral ini.

    Jika betul bisnes, produk atau servis yang diberikan itu bermutu tinggi, seratus-peratus dijamin halal, dan juga sahih dari segi undang-undang, apakah perlu membuat ugutan sehingga ingin mencederakan semata-mata orang lain mempunyai pendapat yang berbeza atau memberi kritikan yang berasas?

    Insiden kedua pula mengenai seseorang yang bakal menerajui satu jawatan yang mencabar sebagai pemimpin masa hadapan Islam Singapura yang berkaliber dan berwibawa. Dua minggu yang lepas, beliau telah diumumkan oleh pihak media setempat sebagai salah satu calon parti pembangkang untuk Pilihan Raya Umum yang akan datang.

    Rilek1Corner telah berkongsi keratan akhbar dari sebuah media setempat dan memuat-naikkan butir-butir kelayakan beliau yang diberikan oleh seorang penyokong kuat parti pembangkang tersebut. Menurut pembaca itu, butir-butir kelayakan calon pembangkang tersebut senang diperolehi secara terbuka. Siasatan kami juga mendapati segala informasi yang diberikan senang diperolehi di Internet (tiada sekatan privasi). Namun, kerana rasa tidak puas hati, calon pembangkang tersebut membuat beberapa ugutan kepada Rilek1Corner, dan malangnya ugutan beliau itu mendapat tindak balas yang tidak disangkakan.

    Rilek1Corner tidak tahu-menahu tentang apa yang telah dilakukan oleh ahli politik tersebut dan hanya dimaklumkan tentang kejadian tersebut semalam. Dengan jujur, anggota Rilek1Corner sangat kecewa dengan apa yang telah dilakukan walaupun kami telah memberi sokongan padu kepada beliau.

    Kalau betul tiada apa yang ingin disembunyikan, apakah perlu berahsia? Sudah lumrah hidup orang politik. Segala hal peribadi akan tersebar buat santapan umum baik publisiti positif ataupun yang buruk, terutama sekali dalam zaman media sosial ini. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya.

    Soalan-soalan yang bermain di fikiran kami ialah: Apakah yang maksudkan dengan media alternatif dan hak kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi kita di Singapura yang selama ini menjadi idaman kalbu? Adakah masyarakat Melayu dan juga Islam setempat sudah benar-benar bersedia untuk menerima konsep kebebasan bersuara ini, atau ianya hanya manis dimulut sahaja? Apakah tiada toleransi terhadap pendapat orang lain yang bercanggah dengan pendapat kita? Apakah mereka yang dianggap sebagai ‘public figure’ sudah benar-benar bersedia menerima hakikat bahawa mereka bukan sahaja mendapat sokongan positif, malah akan juga menerima kritikan hebat daripada orang-orang yang tidak mempunyai matlamat yang sama atau visi yang sehaluan.

    Kebebasan Bersuara

    Kebebasan bersuara ialah kebebasan menyatakan pandangan mahupun fikrah tanpa batas atau penapisan tentang apa yang ingin diperkatakan. Semua masyarakat mempunyai hak kebebasan bersuara tanpa mengira kaum atau pangkat.

    Kebebasan bersuara juga merangkumi aspek seperti kebebasan bersuara secara percakapan verbal, tindakan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat atau idea, dengan tidak mengira medium yang digunakan. Kebebasan bersuara juga mempunyai etika dimana cara penyampaiannya beradab dan sopan, tanpa sebarang bahasa kesat.

    Jika seseorang manusia itu mempunyai hak berfikir untuk dirinya sendiri dan kebebasan menggunakan mindanya semahunya, maka dia juga haruslah mempunyai hak untuk mengekspresikan dan meluahkan buah fikirannya dan idea-idea dalam bentuk yang konkrit, sama ada dalam bentuk penulisan ataupun lisan.

    Tiada sesiapun boleh memaksa kita dirasakan sesuatu perkara itu benar atau salah melainkan kita melihat sendiri kebenarannya. Tiada jumlah paksaan yang akan mampu mengubah persepsi sesiapapun terhadap sesuatu individu, subjek atau benda.

    Kebebasan bersuara juga memainkan peranan yang sangat penting dalam melindungi individu-individu yang mempunyai pendapat berbeza. Apabila pendapat segelintir orang tersilap, ianya adalah menjadi kewajipan bagi sekelompok minoriti untuk menyuarakan kebenaran.

    Peranan Media Sosial Dalam Menyemarakkan Kebebasan Bersuara

    Kewujudan media sosial yang bersifat terbuka, pelbagai dan bebas dari tapisan dan sekatan adalah antara asas penting bagi pembentukan masyarakat demokratik kerana ia menyumbang ke arah kemudahan pengaliran maklumat, idea secara bebas, dan menjamin ketelusan serta kebertanggungjawaban.

    Persoalannya ialah, sejauh manakah kebebasan bersuara dalam media sosial ini benar-benar bebas? Apakah hubungan di antara media sosial dan kebebasan bersuara?

    Media sosial adalah salah satu cabang atau bentuk ekspresi yang ada di dalam sistem sosial manusia yang luas. Malah kehadiran media sosial itu sebenarnya melengkapi dua lagi gelombang teknologi komunikasi sebelumnya – cetak dan gelombang udara sebagai wahana untuk manusia – baik secara individu atau berkelompok – untuk mengkomunikasikan maklumat, bertukar-tukar idea, pandangan, dan pendapat.

    Sebagai satu konsep liberal dan ‘batu asas’ kepada demokrasi barat, kebebasan bersuara bertujuan untuk melindungi ekspresi rakyat jelata dan penyebaran maklumat ke pentas awam daripada campur tangan pihak kerajaan atau sesiapapun.

    Jangan kita simpan mentaliti paranoia dan perbuatan melulu yang melampau.

    Ugutan, Ancaman Diambil Serius

    Rilek1Corner memandang serius terhadap segala ancaman baik terhadap diri kami mahupun ugutan terhadap para pembaca yang hanya ingin menyuarakan pandangan mereka.

    Yang lebih membimbangkan ialah perkembangan media sosial yang ingin disekat dan ditapis semata-mata pandangan yang berbeza, walaupun pada hakikatnya segala pendapat telah ditulis atas nama hak kebebasan bersuara dengan cara yang beradap dan sopan.

    Peliknya, pihak-pihak yang telah membuat ancaman dan ugutan terhadap kami dan juga pembaca-pembaca budiman, juga merupakan orang-orang yang pernah menegakkan hak kebebasan bersuara dan hak kemanusiaan dengan lantangnya.

    Bak kata pepatah, rambut sama hitam hati lain-lain.

     

     

    BACA ARTIKEL TENTANG WORKERS’ PARTY

    BACA TENTANG SKIM CEPAT KAYA GALAXY TRIO & ULTRASONIC SINGAPORE

  • PAP New Face: Research scientist Dr Ismail Muhamad Hanif Seen With Halimah Yacob

    Dr Ismail Muhamad Hanif. Dr Ismail, 35, was seen mingling with Bukit Batok East residents on Sunday morning. — FILE PHOTO: NUS ALUMNI OFFICE

     

    Research scientist Dr Ismail Muhamad Hanif, 35, was seen mingling with Bukit Batok East residents on Sunday morning as Jurong GRC MP Madam Halimah Yacob took Acting Minister for Culture, Community and Youth Lawrence Wong on a walkabout around shops in the area.

    Dr Ismail, who is married, has been a member of the Tampines West Citizens’ Consultative Committee (CCC) since 2009 and had helped out in the last general elections.

    Madam Halimah told reporters that she had met Dr Ismail at a community event and invited him to volunteer in her ward.

    She declined to say if he was a potential PAP candidate for the next polls, only that he was part of Bukit Batok East’s Volunteer Induction Programme, which was started in 2010.

    Source: The Straits Times