Tag: GE2015

  • Calon SDP Sidek Mallek Akui Kelakonannya Harus Diperbaiki Jika Ingin Yakinkan Orang Melayu

    Calon SDP Sidek Mallek Akui Kelakonannya Harus Diperbaiki Jika Ingin Yakinkan Orang Melayu

    Calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Sidek Mallek, mengakui kelakonannya perlu diperbaiki jika ingin meyakinkan masyarakat Melayu/Islam bahawa beliau layak dilantik menjadi suara mereka di parlimen nanti.

    Beliau berkata demikian sebagai menjawab kritikan yang diterimanya setelah enggan menjawab soalan dalam bahasa Melayu sewaktu sesi pengenalan calon SDP baru-baru ini.

    “Hari pertama saya ditugaskan, mungkin tidak sebaik yang saya harapkan. Namun saya ingin tekankan bahawa saya adalah anak melayu yang jati, oleh bertutur dalam bahasa Melayu.

    “Saya juga mempunyai komitmen yang tinggi untuk memperjuangkan hak-hak dan isu-isu rakyat di parlimen, bukan hanya untuk masyarakat Melayu, tapi juga untuk warga Singapura secara am,” tegas Encik Sidek.

    Calon kali pertama itu turut membidas dakwaan PAP bahawa parti-parti pembangkang di Singapura tidak berwibawa, tidak ada modal serta tidak mempunyai usulan alternatif atau baru.

    Beliau memberikan contoh dua usulan alternatif yang dilakarkan oleh partinya bagi menangani jurang pendapatan yang semakin luas.

    Salah satunya ialah penetapan gaji minima bagi para pekerja.

    “Penetapan gaji minima akan memastikan bahawa nilai setiap pekerjaan yang dilakukan oleh warga Singapura akan dapat menyara keperluan kehidupan mereka seharian. Saudara saudari, bayangkan bagaimana ini boleh menolong ibu atau bapa tunggal mengimbangi masa kerja dengan masa yang diluangkan bersama keluarga mereka,” jelas Encik Sidek.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Calon SPP Abdillah Zamzuri Ingin Tubuhkan Kumpulan Seni Bagi Penduduk Bishan-Toa Payoh GRC

    Calon SPP Abdillah Zamzuri Ingin Tubuhkan Kumpulan Seni Bagi Penduduk Bishan-Toa Payoh GRC

    Calon SPP bagi GRC Bishan-Toa Payoh berkongsi tentang apa yang mahu dilakukannya untuk golongan muda sekiranya dilantik sebagai AP di rapat pilihan raya yang berlangsung di Stadium Toa Payoh.

    Encik Abdillah Zamzuri berkata, jika terpilih sebagai AP, beliau merancang menubuhkan sebuah kumpulan seni persembahan di mana para anggotanya merangkumi penduduk Bishan-Toa Payoh

    Kumpulan itu katanya akan membuat persembahan dua hingga tiga kali setahun di bahagian berbeza GRC Bishan-Toa Payoh.

    Dengan melakukan begini hujah Encik Abdillah, orang muda akan diberi peluang untuk bukan sahaja didedahkan kepada seni, tetapi juga berpeluang membuat persembahan untuk orang yang tinggal bersama mereka.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Calon NSP Yadzeth Haris Dakwa PAP Cuai Tangani Masalah Pendidikan Remaja Melayu Singapura

    Calon NSP Yadzeth Haris Dakwa PAP Cuai Tangani Masalah Pendidikan Remaja Melayu Singapura

    Calon Melayu NSP bagi GRC Sembawang, Yadzeth Haris menyentuh tentang soal pendidikan di rapat pilihan raya malam tadi.

    Beliau mendakwa para Anggota Parlimen Melayu PAP cuai untuk menangani masalah pendidikan remaja-remaja Melayu.

    “Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam tetap menekankan bahawa remaja Melayu telah membuktikan kemajuan usaha dalam pendidikan tetapi pada masa yang sama terdapat jurang yang besar antara remaja Melayu kita dengan bangsa-bangsa lain.

    “Malah tiada yang menunjukkan sebarang hasil dari segi peningkatan yang memberangsangkan dalam pendidikan remaja-remaja Melayu kita,” kata Encik Yadzeth.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Calon SDA, Abu Mohamed, Saran Gunakan Wang Simpanan CPF Untuk Tunaikan Haji

    Calon SDA, Abu Mohamed, Saran Gunakan Wang Simpanan CPF Untuk Tunaikan Haji

    Para calon Perikatan Demokratik Singapura (SDA) bagi GRC Pasir Ris-Punggol mengadakan rapat pilihan raya pertamanya malam tadi (4 September).

    Dalam ucapannya, calon baru, Encik Abu Mohamed antara lain, mengusulkan agar sebahagian daripada simpanan akaun khas CPF diketepikan untuk keperluan menunaikan Haji.

    “Kita boleh membentuk sistem perkiraan yang tidak sekali rumit bagi memberi kelonggaran bagi mengeluarkan simpanan tersebut kepada pekerja selama 30 atau 40 tahun.

    Ia adalah wajar bagi kementerian itu melihat pada sudut memberi pilihan kepada pekerja mengeluarkan sebahagian daripada caruman CPF untuk melaksanakan rukun Islam kelima tanpa beban sebelum bersara,” ujar Encik Abu.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Reform Party’s Ang Mo Kio Candidates Share Issues They Want To Champion In Videos

    Reform Party’s Ang Mo Kio Candidates Share Issues They Want To Champion In Videos

    The Reform Party (RP) has uploaded short campaign video clips of five of its candidates in this election, where they introduce themselves and talk about the issues they want to champion if they get into Parliament.

    The five candidates featured are from the RP’s slate in Ang Mo Kio GRC — lawyer M Ravi, blogger Roy Ngerng, entrepreneur Osman Sulaiman, activist Gilbert Goh and former banker Jesse Loo. The clips, lasting between one and three minutes, were uploaded on YouTube on the eve of Nomination Day on Sept 1.

    While he said he never saw himself as a politician, Mr Ravi said there had been a “heartwarming response” for him to contest. “So, I have reconsidered my decision to be able to be your voice in Parliament,” he added.

    Mr Ravi reiterated his pledge to use his legal background to check what he called “oppressive and discriminatory laws” in Singapore.

    Elderly Singaporeans who still have to work as cleaners and cardboard collectors was what spurred Ngerng to stand in the polls.

    “For a country that is as wealthy as Singapore, there should be no elderly Singaporeans who have to work until their old age,” he said.

    He added that the Government has to be “transparent and accountable” to Singaporeans about the Central Provident Fund system, so that the elderly can save enough money to retire.

    Mr Goh touched on how his team met poor families living in rental flats when they went on walkabouts in Ang Mo Kio GRC. Although they work very hard, he said they are unable to own a flat. Some households earn less than S$1,000 and live from hand to mouth, he added.

    “If you vote for us in Parliament, we will fight for minimum wage legislation so that our poor can live in dignity with a minimum wage,” said Mr Goh.

    The RP sent a team to Ang Mo Kio GRC in the 2011 General Election, where they took 30.7 per cent of the votes, giving People’s Action Party chief Lee Hsien Loong’s team the best performance across the constituencies.

     

    Source: www.todayonline.com