Calon SDP Sidek Mallek Akui Kelakonannya Harus Diperbaiki Jika Ingin Yakinkan Orang Melayu

Calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Sidek Mallek, mengakui kelakonannya perlu diperbaiki jika ingin meyakinkan masyarakat Melayu/Islam bahawa beliau layak dilantik menjadi suara mereka di parlimen nanti.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kritikan yang diterimanya setelah enggan menjawab soalan dalam bahasa Melayu sewaktu sesi pengenalan calon SDP baru-baru ini.

“Hari pertama saya ditugaskan, mungkin tidak sebaik yang saya harapkan. Namun saya ingin tekankan bahawa saya adalah anak melayu yang jati, oleh bertutur dalam bahasa Melayu.

“Saya juga mempunyai komitmen yang tinggi untuk memperjuangkan hak-hak dan isu-isu rakyat di parlimen, bukan hanya untuk masyarakat Melayu, tapi juga untuk warga Singapura secara am,” tegas Encik Sidek.

Calon kali pertama itu turut membidas dakwaan PAP bahawa parti-parti pembangkang di Singapura tidak berwibawa, tidak ada modal serta tidak mempunyai usulan alternatif atau baru.

Beliau memberikan contoh dua usulan alternatif yang dilakarkan oleh partinya bagi menangani jurang pendapatan yang semakin luas.

Salah satunya ialah penetapan gaji minima bagi para pekerja.

“Penetapan gaji minima akan memastikan bahawa nilai setiap pekerjaan yang dilakukan oleh warga Singapura akan dapat menyara keperluan kehidupan mereka seharian. Saudara saudari, bayangkan bagaimana ini boleh menolong ibu atau bapa tunggal mengimbangi masa kerja dengan masa yang diluangkan bersama keluarga mereka,” jelas Encik Sidek.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *