Calon SPP Abdillah Zamzuri Ingin Tubuhkan Kumpulan Seni Bagi Penduduk Bishan-Toa Payoh GRC

Calon SPP bagi GRC Bishan-Toa Payoh berkongsi tentang apa yang mahu dilakukannya untuk golongan muda sekiranya dilantik sebagai AP di rapat pilihan raya yang berlangsung di Stadium Toa Payoh.

Encik Abdillah Zamzuri berkata, jika terpilih sebagai AP, beliau merancang menubuhkan sebuah kumpulan seni persembahan di mana para anggotanya merangkumi penduduk Bishan-Toa Payoh

Kumpulan itu katanya akan membuat persembahan dua hingga tiga kali setahun di bahagian berbeza GRC Bishan-Toa Payoh.

Dengan melakukan begini hujah Encik Abdillah, orang muda akan diberi peluang untuk bukan sahaja didedahkan kepada seni, tetapi juga berpeluang membuat persembahan untuk orang yang tinggal bersama mereka.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *