Tag: GE2015

  • Aisha Alqadri: Thank You Damanhuri Abas For Speaking On The Tudung Issue

    Aisha Alqadri: Thank You Damanhuri Abas For Speaking On The Tudung Issue

    Thumbs up to ‪#‎YourDamanhuri‬! ??????

    A great speech at the rally, especially with regard to the tudung issue, in allowing the nurses to don the tudung as part of their uniform.

    “If the Madam Speaker of Parliament and the Malay/Muslim female MPs of PAP are allowed to don the white tudung, why are they still not allowing the nurses to do so? Don’t Mdm Halimah, Dr Intan Azura and Mdm Rahayu look like nurses in their all white outfit and tudung???”
    – Mr Damanhuri Abas
    Singapore Democratic Party

    A good one indeed!!!??????

    Why the double standard????
    ‪#‎GE2015‬ ‪#‎voteforchange‬

     

    Source: Aisha Alqadri

  • Fairoz Shariff: Perlu Suara Pembangkang Di Parlimen

    Fairoz Shariff: Perlu Suara Pembangkang Di Parlimen

    Calon Melayu Parti Pekerja untuk GRC East Coast, Encik Fairoz Shariff menyentuh tentang perlunya suara pembangkang di Parlimen di Rapat Pilihan Raya WP yang diadakan di kawasan tanah lapang di hadapan Blok 4, Boon Keng Road.

    Ini katanya penting untuk memastikan keseimbangan di parlimen demi kesejahteraan rakyat.

    “Kita memerlukan sebuah parti pembangkang yang berprestasi yang dapat memberikan rakyat Singapura pilihan untuk menentukan masa depan mereka.

    “Ia juga menyedarkan saya bahawa sebuah parti politik hanya boleh benar-benar meningkatkan prestasinya jika rakyat Singapura bersedia untuk menjadi ahli-ahli parti dan berdiri sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum,” kata Encik Fairoz.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Redzwan Hafidz: Mahu Lihat Lebih Ramai Pembangkang Di Parlimen

    Redzwan Hafidz: Mahu Lihat Lebih Ramai Pembangkang Di Parlimen

    Calon Parti Pekerja bagi GRC Jalan Besar, Redzwan Hafidz Abdul Razak, berkata cogan kata parti tersebut untuk memperkasa masa depan adalah satu perjalanan yang panjang.

    Dan matlamat jangka panjang WP adalah untuk menambah kehadiran parti pembangkang itu di parlimen.

    “Kesimpulannya, anggota pembangkang bukan musuh pemerintah. Mungkin ada yang beranggapan bahawa kehadiran kami bertujuan untuk menghancurkan Singapura. Saya ingin tekankan sekali lagi anggota Parti Pekerja mencintai negara Singapura,” jelas Encik Redzwan.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Damanhuri Abas: Mahu Bangkitkan Isu-Isu Penting Bagi Masyarakat Melayu

    Damanhuri Abas: Mahu Bangkitkan Isu-Isu Penting Bagi Masyarakat Melayu

    Calon SDP bagi GRC Marsiling-Yew Tee, Damanhuri Abas berkata sebagai seorang calon kaum minoriti dalam pasukan SDP di GRC tersebut, beliau berharap akan dapat memperjuangkan isu-isu yang penting untuk masyarakat Melayu.

    Berucap dalam bahasa Inggeris, Encik Damanhuri menimbulkan isu pemakaian tudung oleh wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan, contohnya jururawat.

    Encik Damanhuri juga menegaskan peri pentingnya masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura.

    “Kita semua rakyat Singapura tidak kira Cina, Melayu mahupun India. Kita hanya ada pulau kecil ini yang kita boleh katakan sebagai negara kita. Pada usia saya 45 tahun ini, saya menghauskan kesatuan, kesetiakawanan yang tulen.

    SDP adalah sebuah parti yang melaungkan dengan lantangnya visi Singapura yang adil, makmur dan saksama,” tegas Encik Damanhuri.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Fahmi Rais: Masalah Ekonomi Masyarakat Melayu Libatkan Isu Pekerjaan

    Fahmi Rais: Masalah Ekonomi Masyarakat Melayu Libatkan Isu Pekerjaan

    Parti baru pembangkang Warga Diutamakan, SingFirst mengadakan rapatnya yang pertama di Stadium Jurong.

    Turut berucap ialah calon GRC Tanjong Pagar, Fahmi Rais, yang mengetengahkan soal-soal ekonomi rumahtangga, pengangkutan dan pekerjaan.

    Encik Fahmi berkata masalah ekonomi masyarakat Melayu melibatkan isu pekerjaan.

    “Bagi saya masalah Melayu yang penting soal ekonomi rumahtangga bererti pekerjaan. Ada kerja ada gaji, tidak ada kerja mati. Betul tidak? Soal kerja ini, soal yang penting untuk kita, soal cari nafkah. Tanggungjawab.

    Jadi, apabila pekerjaan kita diambil oleh para pekerja asing, kita hendak ke mana? Mereka senang. Dia datang sini, dia bekerja, dia dapat BTO, lepas 5 tahun dia jual dia dapat untung dia ambil semua CPF dia, dia balik negeri, dia hidup senang,” ujar Encik Fahmi.

    Source:http://berita.mediacorp.sg