Damanhuri Abas: Mahu Bangkitkan Isu-Isu Penting Bagi Masyarakat Melayu

Calon SDP bagi GRC Marsiling-Yew Tee, Damanhuri Abas berkata sebagai seorang calon kaum minoriti dalam pasukan SDP di GRC tersebut, beliau berharap akan dapat memperjuangkan isu-isu yang penting untuk masyarakat Melayu.

Berucap dalam bahasa Inggeris, Encik Damanhuri menimbulkan isu pemakaian tudung oleh wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan, contohnya jururawat.

Encik Damanhuri juga menegaskan peri pentingnya masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura.

“Kita semua rakyat Singapura tidak kira Cina, Melayu mahupun India. Kita hanya ada pulau kecil ini yang kita boleh katakan sebagai negara kita. Pada usia saya 45 tahun ini, saya menghauskan kesatuan, kesetiakawanan yang tulen.

SDP adalah sebuah parti yang melaungkan dengan lantangnya visi Singapura yang adil, makmur dan saksama,” tegas Encik Damanhuri.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *