Redzwan Hafidz: Mahu Lihat Lebih Ramai Pembangkang Di Parlimen

Calon Parti Pekerja bagi GRC Jalan Besar, Redzwan Hafidz Abdul Razak, berkata cogan kata parti tersebut untuk memperkasa masa depan adalah satu perjalanan yang panjang.

Dan matlamat jangka panjang WP adalah untuk menambah kehadiran parti pembangkang itu di parlimen.

“Kesimpulannya, anggota pembangkang bukan musuh pemerintah. Mungkin ada yang beranggapan bahawa kehadiran kami bertujuan untuk menghancurkan Singapura. Saya ingin tekankan sekali lagi anggota Parti Pekerja mencintai negara Singapura,” jelas Encik Redzwan.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *