Tag: Geylang Serai

  • THE HEIGHT OF ARROGANCE!!! Hajjah Mona Nasi Padang Geylang Serai

    THE HEIGHT OF ARROGANCE!!! Hajjah Mona Nasi Padang Geylang Serai

    This will be the last time I patronise this stall. I just spent $22.50 on 3 nasi campur which I must say is not cheap in the first place. But price aside, what pissed me off is the sheer arrogance of the owner. When I politely gave him feedback that his plate was too small to accomodate the nasi campur, he rudely said to me “Ini saya punya style. Pinggan ini untuk makan pakai sudu, bukan pakai tangan” (seeing that I used my hand to eat). When he sensed that I was talking to my wife about him, he arrogantly approached us in a confrontational manner. The conversation went on like this:
    Him: “Kenapa awak tak puas hati? Ini style saya, saya yang punya kedai”
    Me: “Saya cuma kasi feedback. Lagi pun saya kenal adik awak Hisyam dan dah lama makan disini sejak arwah mak awak masih ada”
    Him : (switching to English) This is my shop and my style. If you’re not happy, open your own shop!”

    OPEN MY OWN SHOP???!!!

    A Complaint by Saudara Hilal Alwi

  • Dr Fatimah Lateef: Suasana Bazaar Geylang Tidak Dapat Ditandingi

    Dr Fatimah Lateef: Suasana Bazaar Geylang Tidak Dapat Ditandingi

    Meskipun pusat beli-belah yang baru telah dibuka di Geylang Serai, seperti OneKM, bazar Geylang pasti masih dapat menarik ramai pengunjung.

    Demikian pandagan Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Marine Parade Profesor Madya Dr Fatimah Lateef yang membuka rasmi bazar Geylang Serai sekitar 7:30 malam tadi.

    Beliau telah memotong reben bagi menandakan bermulanya bazar Ramadan di kawasan tersebut.

    Semasa ditemui Berita Harian, Dr Fatimah berkata:

    “Tarikan bazar berbeza sama sekali, dan suasananya tidak mungkin ditandingi. Oleh itu, tidak mungkin ia akan terjejas (oleh pusat beli belah baru),” ujar beliau yang telah mengunjungi beberapa gerai di bazar itu.

    Seperti tahun-tahun lalu, bazar Ramadan di Geylang Serai tertumpu di kawasan pasar Geylang Serai, Kampung Melayu Geylang Serai, Haig Road, kawasan lapang di hadapan bangunan Darul Arqam, Tanjong Katong Complex dan Onan Road.

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • Peniaga Barangan Melayu Khuatir Ditenggelami Arus Pembaharuan Paya Lebar

    Peniaga Barangan Melayu Khuatir Ditenggelami Arus Pembaharuan Paya Lebar

    Dalam masa beberapa tahun akan datang, kawasan Paya Lebar akan dibangunkan menjadi sebuah hab komersil di luar pusat bandar.

    Meskipun terdapat banyak manfaatnya, ada juga yang khuatir tentang nasib para peniaga kecil di sana, terutamanya yang mengusahakan barang-barang tradisional Melayu. Apakah mereka akan ditenggelami arus pembaharuan atau sebaliknya?

    Bangunan-bangunan baru yang mengubah wajah kawasan Paya Lebar menandakan arus pembangunan pesat yang tidak dapat dielakkan.

    Bangunan yang terbaru adalah Paya Lebar Square, yang dibuka kepada orang ramai akhir tahun lepas. Terletak bersebelahan stesen MRT Paya Lebar, bangunan 13 tingkat itu menempatkan ruang pejabat dan beli-belah seluas lebih 500,000 kaki persegi.

    Tidak jauh dari situ, sebuah lagi pusat beli-belah, One KM, pula dibuka pada November lalu.

    Seorang pengunjung, Cik Nur Fatin Joffri, berkata: “Ini macam satu peningkatan untuk Geylang Serai. Ia semestinya lebih untuk orang-orang seperti saya.”

    Pembangunan semula estet Paya Lebar adalah sebahagian daripada Pelan Induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) bagi kawasan Paya Lebar Central.

    Mengulas lanjut, Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Pertahanan, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata: “Kita telah melakarkan strategi di mana kita mahu memperluaskan, mengembangkan pusat-pusat luar bandar… supaya kita dapat mengurangkan kesesakan dan kesibukan kawasan pusat bandar.”

    Bagaimanapun, beberapa bangunan lama terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada yang baru. Hotel Lion City dan Panggung Hollywood antara yang pertama dirobohkan.

    Sementara itu, Tanjong Katong Complex yang terletak bertentangan hanya menanti ‘tarikh luputnya’ pada tahun 2022.

    Seorang pengunjung, Encik Mohd Ali Samad, berkata: “Memang kehilangan besarlah. Ini satu-satunya bangunan ‘legenda’.”

    Cik Latifah Mohamed Yusoff pula berkata: “Terutama pada waktu bulan puasa, kita semua ke sini, ada bazar, semua di sinilah.”

    Antara keprihatinan yang ditimbulkan ialah nasib para peniaga di Geylang Serai, terutamanya mereka yang menyediakan barangan keperluan orang Melayu.

    Encik Abdul Wahab Abdullah, merupakan satu-satunya pembikin songkok yang masih aktif di negara ini. Perniagaan yang diwarisinya itu sudah bertapak di kawasan Geylang Serai selama hampir 50 tahun.

    Kini, Encik Abdul Wahab khuatir sama ada kedainya di Tanjong Katong Complex (TKC) masih mampu untuk terus bertapak di Geylang Serai, selepas TKC dirobohkan.

    “Setiap kedai yang baru dibina, kemungkinan sewanya akan tinggi, dan di Geylang Serai, masing-masing semua ada penyewa kedai, jadi susah untuk kita mencari kedai yang ada sekarang ini.

    “Kalau sekiranya tempat dah tak ada, terpaksa saya bersara,” ujar beliau.

    Tinjauan BERITAMediaCorp juga mendapati bahawa sebilangan peniaga di Geylang Serai tidak merancang untuk membuka cawangan lain di kawasan itu selepas TKC ditutup. Mereka berpendapat selain faktor kos sewa, pembangunan-pembangunan baru yang ada sekarang juga kurang sesuai bagi para peniaga barangan tradisional Melayu.

    Dr Maliki bagaimanapun meminta para peniaga agar memberikan sedikit masa bagi kawasan itu membangun sepenuhnya sebelum membuat kesimpulan sedemikian.

    “Jika kita lihat sejarah TKC, ia pun tidak bermula sebagai satu tempat yang dikhususkan untuk peniaga-peniaga Melayu sahaja. Tapi setelah masa berlalu, konsep permintaan dan bekalan, konsep kita mengumpulkan, atau cara para peniaga menarik diri mereka ke sesuatu tempat itu akan berlaku.

    “Jadi saya rasa sama ada One KM dapat menarik peniaga-peniaga Melayu atau bangunan-bangunan lain akan dapat menarik peniaga-peniaga Melayu, terpulang kepada keadaan di mana masyarakat kita sendiri menunjukkan keperluan masing-masing,” ujar beliau.

    Beliau menambah bahawa kementeriannya akan terus berusaha bagi memastikan warisan para peniaga barangan Melayu terus kekal di kawasan Geylang Serai.

    Di samping itu, Dr Maliki berharap para peniaga Melayu di Geylang Serai dapat merebut segala peluang perniagaan yang ada apabila hab komersil di Paya Lebar siap dibangunkan.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • National Day Rally 2014: Apakah Ada Perkara Lebih Serius Dari Perhiasan Lampu Hari Raya?

    National Day Rally 2014: Apakah Ada Perkara Lebih Serius Dari Perhiasan Lampu Hari Raya?

    Credit: Ustaz Azmi Abdul Samad
    Credit: Ustaz Azmi Abdul Samad

    Antara perkara pertama yg diutarakan didlm Rapat Umum 2014 adalah mengenai lampu dan perhiasan di Geylang Serai sempena Hari Raya. Kesian masyarakat Melayu/Islam kita.. Kenapa? Kerana perkara2 remeh sebegini yg masyarakat kita dimomokkan serta disibuk2kan dan menjadikan isu. Maka, tanpa kita sedari, tahun ini perhiasan Raya telah dipastikan agar dibuatkan sedikit gah supaya masyarakat kita mendpt the “syiok feeling”

    Tetapi, adakah isu ini yg menjadi tumpuan atau kebimbangan utama kita? Ada tak perhiasan sempena Deepavali atau CNY sampai menjadi isu di ramat umum? Mungkin masyarakat mereka tahu mana yg penting dan mana yg lebih penting.

    2) Bukankah kita juga tak suka kelemahan masyarakat kita asyik diketengahkan.., maka tahun ini banyak ditonjolkanlah pengorbanan dan kejayaan masyarakat Melayu / Islam supaya masyarakat kita akan “gembira” dan mendpt “kepuasan” dan akan memuji ucapan rapat umum ini.

    Secara peribadi, sy rasakan sekali-sekala, kita perlu renungkan juga diantara yg tersurat dan yg tersirat didlm sesuatu ucapan…………………

    Sumber: Azmi Abdul Samad

    letters R1C

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: CONTACT RILEK1CORNER