Tag: Halimah Yacob

  • Halimah Yacob: Kemajuan Lembaga Yang Pelbagai Perlu Lebih Pantas

    Halimah Yacob: Kemajuan Lembaga Yang Pelbagai Perlu Lebih Pantas

    Meskipun kepelbagaian dalam lembaga menunjukkan “tanda-tanda yang menggalakkan” sejak beberapa tahun lalu, rentak kemajuannya perlu lebih meluas dan pantas.

    Demikian ditekankan oleh Speaker Parlimen Halimah Yacob di satu acara yang membincangkan tentang kewujudan had bagi kaum wanita di tempat kerja.

    Sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp, Cik Halimah yang sudah bertahun-tahun memperjuangkan lebih ramai kaum wanita menyandang jawatan sebagai lembaga eksekutif dalam pertubuhan-pertubuhan, menyedari bahawa rentak kemajuan tidak seperti yang beliau harapkan.

    Cik Halimah berharap beliau dapat melihat “perubahan besar berlaku lebih pantas” walaupun beliau menyebut tentang “tanda-tanda perubahan yang menggalakkan” seperti saranan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada bulan lalu bahawa mungkin sekarang adalah masanya untuk menyemak semula kod tadbir urus korporat di negara ini berhubung isu-isu termasuk kepelbagaian lembaga.

    Komen-komen Cik Halimah dikeluarkan setelah Jawatankuasa Tindakan Kepelbagaian (DAC) menyatakan dalam satu laporan yang dibentangkan kepada Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin pada awal bulan ini yang menekankan bahawa perubahan dalam lembaga syarikat-syarikat tempatan perlu dilaksanakan dengan lebih pantas.

    JUMLAH WANITA DALAM LEMBAGA MASIH JAUH DI BELAKANG

    Menurut laporan tersebut, perwakilan kaum wanita dalam lembaga eksekutif melonjak dari lapan peratus pada tahun 2012 kepada 9.7 peratus menjelang hujung bulan Jun tahun ini.

    Perangkaan itu bagaimanapun, masih jauh di belakang negara-negara maju yang lain.

    Jawatankuasa tersebut turut memberi amaran, kegagalan untuk terus menerima kepelbagaian lembaga boleh menjejas reputasi Singapura sebagai “hab utama perniagaan dengan tadbir urus yang boleh dicontohi”, sambil menambah keseimbangan jantina dalam lembaga kekal sebagai elemen penting bagi tadbir urus korporat yang lebih baik dan telus.

    Cik Halimah berkata kemajuan dalam dunia korporat “perlu” bagi menggambarkan pembangunan masyarakat.

    “Ada satu tempoh pada tahun 1980an, di mana pada waktu itu langsung tiada kaum wanita dalam Parlimen. Sekarang, keadaannya seperti tidak dapat kita bayangkan jika tiada wanita dalam Parlimen kerana kami tahu mereka boleh mendatangkan usulan-usulan serta soalan yang bernas,” kata beliau.

    “Saya juga gembira bahawa norma-norma masyarakat semakin berubah ke arah memberikan lebih banyak sokongan bagi kaum wanita. Pada awal pelibatan saya dalam politik bertahun-tahun dahulu, soalan yang sering ditanyakan kepada saya ialah ‘siapa yang menjaga anak-anak saya’ dan saya mengingatkan mereka bahawa saya mempunyai seorang suami,” ujar Cik Halimah.

    Walau bagaimanapun, terdapat tanda-tanda positif daripada dunia perniagaan. Ketua-ketua eksekutif, bukan sahaja yang di syarikat-syarikat berbilang negara tetapi juga dalam perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana tempatan (SME), menunjukkan kesanggupan mereka memandang serius perkara-perkara seumpama ini, kata beliau.

    “DAC berunding dengan banyak syarikat dan itu adalah percubaan untuk mewujudkan momentum dari bawah ke atas,” kata Cik Halimah.

    “Saya rasa ia berguna bagi meningkatkan kesedaran, membuatkan orang bercakap tentang isu ini dan untuk syarikat-syarikat meneruskannya.”

    MEMECAHKAN BATAS

    Di acara semalam (27 Okt), yang dianjurkan oleh BoardAgender dan syarikat broker dan perunding insurans Willis Towers Watson juga menampilkan satu panel yang terdiri daripada para eksekutif kanan untuk membincangkan tentang kekurangan kepelbagaian dan kewujudan had di tempat kerja.

    Menurut pengerusi dan pengarah bebas bukan eksekutif Keppel REIT, Dr Chin Wei-Li Audrey Marie, sebahagian kecil kaum wanita yang berkhidmat dalam lembaga mungkin “hanya sementara” dengan kenaikan jumlah para pemimpin perniagaan di Singapura seperti CEO Singtel Chua Sock Koong.

    Sekalipun begitu, masih lagi terdapat faktor-faktor seperti norma-norma masyarakat seperti tanggungjawab menjaga anak-anak yang kekal sebagai faktor utama mengapa kaum wanita meninggalkan kerjaya mereka separuh jalan dan gagal sampai ke peringkat tinggi dalam pertubuhan, kata Dr Chin, yang juga berkhidmat sebagai ketua pengarah bebas lembaga Koperatif Insurans NTUC Income Singapore.

    “Jika anda tidak ada ramai wanita sebagai CEO, anda tidak akan dapat ramai wanita sebagai anggota lembaga. Isu ini disebabkan oleh kaum wanita yang meninggalkan kerjaya separuh jalan berdasarkan norma-norma masyarakat dan tanggungjawab, namun saya berasa ini hanyalah sementara dengan adanya lebih ramai CEO wanita sekarang,” beliau memberitahu Mediacorp.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Amrin Amin: Masyarakat Melayu Harus Ketepikan Stereotaip Negatif

    Amrin Amin: Masyarakat Melayu Harus Ketepikan Stereotaip Negatif

    Anak Melayu/Islam Singapura harus mengetepikan stereotaip yang sering dikaitkan dengan masyarakat Melayu, dan sejarah sebenarnya membuktikan stereotaip yang wujud sebenarnya salah.

    Malah, mereka berupaya untuk diri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa yang lain di negara ini, seperti yang dibuktikan tokoh-tokoh Melayu tempatan dan kejayaan yang diraih anak-anak Melayu sekarang ini.

    Demikian gesaan Setiausaha Parlimen Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin, di seminar belia bertajuk “Menerebos Tembok Stereotaip Melayu” anjuran Persatuan Kebudayaan Melayu Raffles Institution (RI), pagi tadi (23 Apr).

    Dalam ucapan yang disampaikannya di seminar tersebut, Encik Amrin akur bahawa orang Melayu dibelenggu stereotaip negatif sebagai masyarakat yang kurang cerdas, suka buat kerja yang mudah, cuma menunggu peluang bergolek ke riba, tidak berikhtiar dan lain lagi.

    “Dan hari ini, saya mahu cuba memadamkan, memecahkan stereotaip-stereotaip Melayu tadi.

    “Kita perlu ketepikan stereotaip yang tidak perlu itu. Melayu sememangnya sudah lama boleh dan akan terus boleh!” tegas Encik Amrin.

    Menjelaskan lebih lanjut, Encik Amrin berkata sejak dulu lagi, anak-anak Melayu Singapura mengharumkan nama negara dan bangsa.

    Beliau memberi pelbagai contoh, termasuk Profesor Ahmad Ibrahim, bekas pelajar Institusi Raffles yang meraih Biasiswa Ratu Elizabeth pada 1936 dan menuntut di Universiti Cambridge.

    Profesor Ahmad kemudian menjadi Peguam Negara Singapura yang pertama pada 1963.

    Presiden Yusof Ishak, iaitu presiden pertama Singapura turut menerima Biasiswa Ratu Elizabeth, yang sama tarafnya dengan Biasiswa Presiden sekarang ini.

    Singapura juga, katanya, mempunyai dua Pendeta yang bertaraf tinggi di peringkat antarabangsa, iaitu Pendeta Za’ba dan Pendeta Dr Haji Muhammad Ariff Ahmad.

    Malah sekarang ini, kata Encik Amrin, kian ramai anak Melayu yang menjadi saintis, peniaga bahkan juga pakar ekonomi.

    Beliau memberikan contoh CEO Bank Singapura, Encik Bahren Saari dan Cik Halimah Yacob, yang menempa sejarah sebagai wanita pertama di Singapura yang menjadi Speaker Parlimen – antara jawatan paling tinggi di negara ini.

    Encik Amrin juga menyebut Datuk M. Nasir, penyanyi, penggubah lagu, pelakon dan pelukis yang disegani di negara jiran – sesuatu yang bukan mudah dikecapi.

    Encik Amrin menambah, ramai anak muda Melayu tempatan memegang semangat juang generasi perintis, termasuk bekas pelajar madrasah, Encik Abdul Halim Ali Akbar dan pesilat Singapura, Muhammad Nur Alfian Juma’en.

    Selepas tamat pengajian di madrasah, Encik Abdul Halim, kata beliau, menuntut di sebuah maktab rendah, kemudian ke politeknik dan ke Imperial College dalam jurusan aeronautik.

    “Di bidang sukan pula, saya masih teringat Nur Alfian yang memenangi pingat emas bagi acara pencak silat di Sukan SEA.

    “Walaupun kakinya cedera, beliau tidak putus asa dan terus berjuang. Linangan air mata semasa lagu Majulah Singapura berkumandang sangat menyentuh hati,” ujar Encik Amrin.

    Encik Amrin menambah: “Semua ini membuktikan banyak peluang tersedia untuk kita. Kita boleh mencapai kecemerlangan yang diingini. Kita boleh mengubah status kehidupan kita. Percayalah, Pemerintah menyediakan pelbagai laluan untuk rakyat meraih kejayaan.”

    Berikut ini, ucapan penuh Encik Amrin Amin:

    Pertama sekali, setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur kerana menganjurkan seminar ilmiah bertajuk: Menerobos Tembok Stereotaip Melayu. Ini satu topik yang saya rasa sangat penting!

    Apakah makna stereotaip? Stereotaip adalah suatu tanggapan atau prasangka bahawa seseorang atau sesuatu itu mempunyai ciri-ciri tertentu kerana ia tergolong dalam kumpulan tertentu.

    Jadi, apa sebenarnya stereotaip yang sering dikaitkan dengan orang Melayu, masyarakat kita? Sebelum seminar ini, saya sudah ajukan soalan ini kepada beberapa pelajar di sini menerusi Cikgu Kamal.

    Rumusan yang saya dapat stereotaip orang Melayu begini:

    (a) Orang Melayu kurang tekun dan kurang cerdas. Hanya suka buat kerja yang mudah;

    (b) Kedua, orang Melayu tidak punya impian besar, tidak berfikiran jauh dan tak pandai menyambar peluang yang ada – cuma tunggu peluang bergolek ke riba kita. Pendeknya orang Melayu tidak berikhtiar. Ini antara rumusannya.

    Jadi, banyak yang negatif. Kenapa ya? Sebagai orang Melayu, anak Melayu – saya bimbang, saya prihatin!

    Dan hari ini, saya mahu cuba memadamkan, memecahkan stereotaip-stereotaip Melayu tadi. Apa tukul besi atau senjata saya untuk saya pecah-pecahkan stereotaip tadi? Sejarah!

    Mari kita imbas sejarah! Kita kenali tokoh-tokoh bersejarah masyarakatMelayu kita dan budaya kita sendiri.

    Siapakah kita? Mari saya ingatkan anda tentang pantun pusaka ini:

    Pisang emas dibawa berlayar,
    Masak sebiji di atas peti;
    Hutang emas boleh dibayar,
    Hutang budi dibawa mati.

    Apa kaitan pantun tadi dengan topik kita hari ini? Sebenarnya ada makna tersirat di sebalik setiap baris pantun tadi.

    Mari kita kupas. Pembayang pantun ini mengesyorkan kepada kita agar pergi berlayar. (Go see the world) Jadi seperti Christopher Columbus. Teroka alam baru, alam yang asing bagi kita. Itu dia sebenarnya semangat baris pantun tersebut.

    ​Namun, dalam penerokaan tersebut, kita perlu buat persediaan. Persediaan yang secukup-cukupnya. Kenapa dalam pantun ini, pelayar diminta membawa pisang emas?

    Hakikatnya, pisang emas ada rahsia istimewa – iaitu dapat mengelakkan pelaut daripada jadi ‘mabuk laut’. Jadi, ini suatu ilmu sains, ilmu penakatan, ilmu pelayaran. Ilmu bagaimana terus gagah walau merentas tujuh lautan.

    Jadi, para pelajar yang saya hormati, begitu indahnya dan tingginya warisan intelek Melayu kita.

    Pantun kita sangat berisi, halus, penuh bermakna. Inilah hasil ketajaman dan kedalaman penghayatan orang Melayu tentang alam yang dijadikan ilmu. Ilmu untuk mengembara misalnya.

    Oleh itu, anda masih percaya bahawa orang Melayu, datuk nenek kita tidak berpandangan jauh? Itu pandangan yang silap.

    Mari kita lihat khazanah warisan budaya kita yang lain. Seperti lukisan batik yang berusia ribuan tahun sebenarnya – lebih tua dari seni Picasso. Tenunan kain songket Melayu yang halus songket hingga kepada kelembutan syair dan puisi yang tidak ditelan dek zaman.

    Ini anda perlu tahu – sekitar 200 tahun lalu, Orang Perancis malah mengambil seni pantun daripada orang Melayu, dan menamakannya sebagai Pantoum!

    Ini semua menonjolkan kekayaan dan keunikan kita, sebagai orang Melayu. Ia juga mencerminkan kemahiran yang kita ada sehingga mempesona orang Eropah. Ini bukan nasib – tapi iniadalah hasil kesenian orang Melayu yang tinggi, diasah oleh sikap tekun, cerdas, berbakat dan ada ciri cemerlang.

    Bercakap tentang cemerlang, dari dulu lagi orang Melayu kita sudah cemerlang.

    Kita ada Profesor Ahmad Ibrahim, bekas pelajar Raffles Institution yang tahun 1936 mendapat Queen’s Scholarship (atau Biasiswa Ratu Elizabeth) dan menuntut di Universiti Cambridge. Tahun berapa? 1936! Prof Ahmad Ibrahim kemudian menjadi Peguam Negara Singapura yang pertamapada 1963.

    Kita ada Presiden Yusof Ishak – Presiden Pertama Singapura! Beliau juga penerima Queen’s Scholarship. Kalau sekarang persamaannya ialah President’s Scholar.

    Yusof Ishak selain cemerlang di bidang pelajaran, juga seorang olahragawan yang baik, mewakili RI dalam hoki, kriket, renang, polo air, bola keranjang, tinju dan angkat berat.

    Bahkan dalam acara angkat berat, beliau merupakan juara kelas lightweight kebangsaan pada 1933 !Ada di antara anda yang sekaligus handal dalam hoki, kriket, renang, polo air, bola keranjang, tinju dan angkat berat?

    Ini suatu kenyataan – 80 tahun dahulu kita sudah ada orang seperti itu. Jadi, saya bangga dengan Presiden Yusof Ishak.

    Kemudian kita ada Pak Zubir Said, anak Melayu Singapura yang lebih dikenali sebagai pencipta lagu kebangsaan – Majulah Singapura.

    Beliau dipercayai sudah menggubah lebih 1,000 buah lagu. Anda tahu ada orang lain di Singapura ini yang sudah menggubah lebih 1,000 lagu? Tak ada. Jadi kita ada orang Melayu hebat seperti Pak Zubir Said.

    Saya ingat lagi di bangku sekolah menyanyikan lagu karangannya bertajuk Semoga Bahagia. Begini bunyinya:

    Dengan hati bersih serta suci
    Sama-sama hormat dan berbudi
    Jaga tingkah pemuda-pemudi
    Adat dan budaya junjung tinggi

    ​Lemah lembut perangai pemudi
    ​Cergas tangkas wataknya pemuda​
    ​Suka rela selalu berbakti
    ​Sikap yang pembela dan berjasa

    Satu lagi lagu Pak Zubir Said yang penuh bermakna ialah Orang Singapura. Anda orang Singapura kan? Ini bunyi liriknya:

    Kalau sudah jadi, orang Singapura,
    Hati mahu baik, berbudi bahasa,
    ​Mesti tahan lasak, kuat berusaha,
    Cukup tatatertib, hormat orang tua,
    Barulah orang segan, hormat dengan kita,
    Boleh dinamakan: orang Singapura

    Inilah antara Melayu yang hebat-hebat. Mempunyai daya intelek besar! Berbakat besar! Berjiwa rakyat! Menjunjung bahasa, adat dan budaya kita.

    Kita juga ada seorang dua orang Pendeta – iaitu mahaguru paling tinggi dalam soal budaya, adat dan bahasa Melayu.

    Pertama Pendeta Za’ba. Kemudian Pendeta Dr Haji Muhammad Ariff Ahmad. Mereka ini bertaraf tinggi di peringkat antarabangsa. Mereka ini pemikir. Mereka ini ensiklopedia llmu.

    Cikgu Ariff Ahmad misalnya pernah berkongsi kata-kata falsafah berbunyi begini: “Kehidupan adalah universiti saya. Membaca dan mengkaji adalah amalan saya.”

    Teringat saya satu sajak beliau berjudul Jalan yang dihasilkan pada tahun 1949, yang menjadi falsafah beliau, antaranya berbunyi:

    “Jalan, jalan dan jalan.
    Jangan berhenti separuh jalan.
    Sesat hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
    Berjalan sehingga tidak boleh jalan.”

    Bermakna kita mesti terus berusaha sehingga mencapai apa yang diinginkan. Jangan sekali-kali menyerah kalah.

    Sekarang pula bagaimana? Semakin ramai yang menjadi penerobos dan pemimpin besar! Jadi saintis, jadi perniaga, jadi pakar ekonomi. Malah jadi CEO Bank of Singapore – iaitu Encik Bahren Saari, orang Melayu!

    Siapa lagi? Puan Halimah Yacob, menempa sejarah sebagai wanita pertama di Singapura menjadi Speaker Parlimen – iaitu antara jawatan paling tinggi di negara ini. Beliau membuktikan wanita Melayu, juga berkaliber tinggi, hingga dinobatkan dengan Anugerah Jauhari Berita Harian.

    Melayu Singapura juga melahirkan Datuk M Nasir. Siapa yang tak kenal M Nasir – seniman serba boleh, penyanyi, penggubah lagu, pelakon dan juga pelukis. Kini beliau disegani di seberang Tambak, bukan sesuatu yang mudah dikecapi.

    Ramai anak muda kita memegang semangat juang generasi perintis. Encik Abdul Halim Ali Akbar. Daripada seorang pelajar madrasah, kemudian menuntut di sebuah maktab rendah, sebelum tamat telah beralih ke Politeknik dan kemudiannya ke Imperial College, dalam jurusan aeronautik.

    Di bidang sukan pula, saya masih teringat Nur Alfian yang memenangi pingat emas bagi acara pencak silat di Sukan SEA. Walaupun kakinya cedera, beliau tidak putus asa dan terus berjuang. Linangan air mata semasa lagu Majulah Singapura berkumandang sangat menyentuh hati. Tekad usaha gigih dan semangat Singapura hidup dan bernyala di sanubari masyarakat kita.

    Ada Peribahasa Melayu yang berbunyi: “Bapa borek, anak rintik” – sering dikaitkan dengan Melayu tidak maju. Kalau bapa tukang kebun, anak akan jadi perantis tukang kebun. Sekiranya ayahnya seorang pemandu, anaknya juga bakal menjadi pemandu. Ini merupakan stereotaip yang perlu kita buang jauh-jauh.

    Siapa kata kita tidak boleh ubah nasib sendiri? Sepatutnya begini: Ayah tukang kebun, anak menjadi pakar hiasan landskap atau ahli hortikultur. Ayah pemandu teksi, anak juga boleh menjadi pemandu – tetapi kereta lumba F1! Ayah dahulu setakat buka gerai makanan di pusat penjaja, anak kini usahawan makanan.

    Lihat saja contoh seperti Jumain Sataysfaction, yang bukan saja jual satay, tetapi satay sangat canggih dan sofistikated. Berautomasi. Malah satay Singapura dari Jumain sudah terbang ke Timur Tengah dan banyak negara lain.

    Anda gemar makan nasi lemak Selera Rasa Adam Road? Nasi Lemak tersebut dah maju! Tak perlu hanya ke Adam Road untuk rasa Nasi Lemak popular itu. Kini Selera Rasa Adam Road ada cawangan di ION Orchard, Bedok Mall dan Hougang Mall. Malah ia merancang membuka 25 cawangan kesemuanya di seluruh Asia Tenggara! Inilah peningkatan sosial atau ‘social mobility’ yang kita inginkan bagi orang Melayu kita.

    Semua ini membuktikan banyak peluang tersedia untuk kita. Kita boleh mencapai kecemerlangan yang diingini. Kita boleh mengubah status kehidupan kita.

    Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Percayalah, pemerintah menyediakan pelbagai laluan untuk rakyat meraih kejayaan. Pelbagai bantuan disediakan untuk anda. Anak Melayu berupaya untuk diri sama tinggi, duduk sama rendah dengan yang lain.

    Jadi, sebagaimana bunyi Tema Seminar Belia hari ini, marilah kita sama-sama Menerobos Tembok Steretaip Melayu. Kita perlu ketepikan stereotaip yang tidak perlu itu. Melayu sememangnya sudah lama boleh dan akan terus boleh!

    Pisang emas sudah disaji. Marilah Kita sama-sama mengembara ke arah kemajuan dan kecemerlangan.

    Marilah kita menjadi generasi yang sentiasa dahagakan ilmu dan kejayaan, serta kenal adat dan budaya dan banyak berbudi.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • A Resilient Pioneer: 75 Year Old Retired Teacher Wants Job, Refuses Financial Assistance

    A Resilient Pioneer: 75 Year Old Retired Teacher Wants Job, Refuses Financial Assistance

    It was almost 12 am by the time we finished tending to our 106th resident who came to seek our assistance at the meet-the people session in Marsiling. It was a very long night indeed as we started our MPS at 7pm. Although I was dead tired, one case stuck in my mind. A 75 year old retired primary school teacher came to appeal for a HDB rental flat. She is currently living in one room, which she rented from the open market, with her low IQ daughter and grandson, both of whom she’s supporting.

    She had been re-employed after her retirement by the school until recently when they no longer needed her services. Without an income, she can no longer afford the market rental and is eligible for a public rental flat. I told her that I would appeal for her but also asked her whether she needed financial assistance. She declined but asked me instead to write to another primary school that she had worked for before to enquire whether they had a vacancy for her.

    I was quite astounded by the reply of this 75 year old as I have, on a few occasions, received requests from able bodied, younger men who refused to work but was expecting financial assistance which is really meant for the needy who cannot work or support themselves. Although she had politely declined, I will still proceed to secure financial assistance for her as she deserved it. It is cases like this that gives meaning to our work.

     

    Source: Halimah Yacob

  • Tranvestite Prostitutes Up Sleaze Factor In Woodlands Town Garden

    Tranvestite Prostitutes Up Sleaze Factor In Woodlands Town Garden

    Newly elected MP for Marsiling-Yew Tee GRC Halimah Yacob has pledged to clean up Woodlands Town Garden, a heartland park that has grown infamous for its nightly vice activities.

    Residents told The Sunday Times that they avoid the park and forbid their children from going there. Similar concerns were shared with her during the recent election campaign, said Madam Halimah, when asked about the issue.

    She revealed that she would be approaching the National Parks Board (NParks) to ask the agency to develop and upgrade the park, to “eliminate its attraction to those committing vice”.

    “This is something that NParks should seriously consider,” she said, highlighting how 2,000 new Housing Board residential units will be coming up in that area in a couple of years. The new residents, too, “should not be inconvenienced by such activities”, she added.

    She also urged police to step up patrols and conduct raids at the park more regularly.

    Tucked away in a corner of Marsiling close to the Causeway and housing blocks, the park was built in 1983, with seven Chinese pavilions and six Malay huts on stilts – a design which won it the SIA Architectural Design Award in 1986.

    But over the last decade, it has developed a seedy reputation. The 11ha park is largely deserted in the day. At night, transvestite prostitutes solicit for business at its carpark – always full with vans and lorries parked overnight, and at a bus stop next to it.

    The sex trade gets busier over the weekends, when as many as seven prostitutes ply their trade. Services are offered for as low as $30. Customers are often foreign workers, although Singapore-registered cars can also be seen pulling into the carpark. A check of a gay online forum also shows that the park is sometimes where strangers meet up for a tryst.

    Former Marsiling MP Hawazi Daipi, who had headed the ward since 1997 when it became part of Sembawang GRC, said he had highlighted the issue to the authorities. The ward now forms part of the new Marsiling-Yew Tee GRC. “That place is old and there is a plan to redevelop the area, so I think it will be much better in future,” he added.

    The 35-year-old Woodlands Town Centre – just across the road from the park – is slated for redevelopment by the HDB next year.

    A police spokesman said they do “conduct regular joint patrols at Woodlands Town Garden with our community partners” and use closed-circuit television cameras to deter and detect illegal activities.

    But Madam Halimah believes this may not be enough. “As (the police) can’t be there every day, what happens is a cat-and-mouse game that these perpetrators play, where they will disperse when the police patrol the area and then reconvene when they are gone,” she said.

    When asked, an NParks spokesman said the agency, too, has taken steps to increase safety, including pruning dense vegetation, improving lighting and removing shelters to prevent groups of people from congregating there.

    The spokesman added that there are “plans to upgrade the park and put in more measures, including additional lighting”, but details are not available at this stage.

    Residents told The Sunday Times that they hope things can change for the better soon.

    “I work the night shift… sometimes, you see people walking or going to the park. I know they go there for some hanky-panky,” said liaison officer Sukwinder Singh, 25. “Obviously, I am a little disgusted.”

    Factory worker Liu Qing Qing, 26, said: “I have always avoided the area because it does not feel safe.”

    Madam Lim Guat Thoe, who has lived in the area since 1963, remembers when the park’s lake was a popular spot for outings. “But now, it is dirty and very unsightly,” said the 53-year-old cleaner.

    Other residents complained that, at night, labourers could be seen sleeping in the underpass leading to the park.

    “It is dark there at night and, with all the people in the area, I tell my children they are not allowed to go there,” said resident Ishak Abdul Rahman, 52, who has been living in the area for 15 years.

     

    Source: www.straitstimes.com

  • Halimah Yacob Tekankan Kepentingan Pilih Pucuk Pimpinan Tepat

    Halimah Yacob Tekankan Kepentingan Pilih Pucuk Pimpinan Tepat

    Speaker Parlimen, Halimah Yacob menekankan soal pentingnya para pengundi memilih pucuk pimpinan yang tepat dalam Pilihan Raya Umum pada Jumaat ini (11 September).

    Cik Halimah, calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC yang baru dibentuk, Marsiling-Yew Tee, berkata demikian di sidang media PAP yang turut dihadiri Perdana Menteri Lee Hsien Loong, hari ini.

    Cik Halimah menyebut tiga perkara yang perlu diberi pertimbangan oleh para pengundi, iaitu pucuk pimpinan yang bertanggungjawab, dan yang dapat melaksanakan dasar-dasar yang telah dilakarkan dengan baik, serta kepimpinan yang dapat menerajui Singapura dalam tahun-tahun ke hadapan.

    “Ia bukan sesuatu yang saya katakan, tiga perkara ini – tetapi adalah perkara yang dikatakan oleh ramai penduduk di Marsiling, kawasan Marsiling semasa saya bertemu mereka.

    “Ramai yang mengatakan bahawa mereka telah lihat apakah sumbangan pemerintah yang ada, dan mereka yakin kerana mereka mahu melihat masa depan yang lebih baik bagi anak-anak mereka, cucu-cucu mereka,” ujar Cik Halimah.

    Source: http://berita.mediacorp.sg