Tag: Indonesia

  • Nak Makan Mee ‘Bakso Astaghfirullah Aladzim’? Mari Ke Bandung

    Nak Makan Mee ‘Bakso Astaghfirullah Aladzim’? Mari Ke Bandung

    INDONESIA: Jika anda melancong ke Bandung, Indonesia dan perut anda sedang ‘berkeroncong’ hebat, mungkin anda perlu mencuba bakso di gerai ini.

    Ini bukan sembarangan bakso.

    Dengan saiznya yang luar biasa, sebesar bola sepak, bakso ini diberi nama ‘Bakso Astaghfirullah Aladzim’.

    Cabarannya adalah untuk menghabiskan sebiji daging bakso itu sendirian.

    Untung nasib badan, anda mungkin akan mendapat hadiah dari pemilik gerai. Menarik bukan?

    “Kalau yang bersaiz besar ini boleh dihabiskan seorang satu, mereka tidak perlu membayarnya. Malah, akan diberikan sebiji bakso lagi untuk dibawa pulang,” pemilik gerai, Laman, memberitahu wartawan stesen TV NET News.

    Laman sudah memulakan perniagaan menjual bakso sejak tahun 1985, namun setahun setengah yang lalu beliau memutuskan untuk cuba menjual ‘Bakso Astaghfirullah Aladzim’, lapor NET News.

    “Bakso yang besar ini asli daging sapi. Tidak ada campuran daging-daging lain,” jelas Laman.

    Dengan harga 150,000 Rupiah (S$15), bakso raksasa itu berjaya mencuri perhatian pelanggan.

    “Bukan hanya tepung semata-mata. Dagingnya memang terasa. Pada awalnya kami ingatkan mahu membeli dua. Tetapi ternyata saiznya lebih besar daripada gambar. Memang Astaghfirullah Aladzim!” kata salah seorang pelanggan, Sandi Taufik dengan gelak ketawa.

    Bagi mereka yang khuatir tidak mampu menghabiskan bakso sebesar itu pula, terdapat juga bakso lebih kecil bersaiz bola tenis, menurut laporan NET News.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Pokemon Go Didakwa Buat Si Pemain Sering Lupa Solat Maka Diharamkan

    Pokemon Go Didakwa Buat Si Pemain Sering Lupa Solat Maka Diharamkan

    Majlis Ulama Indonesia (MUI) bahagian Lebak, di wilayah Banten Indonesia mengharamkan Pokemon Go, permainan yang kian mendapat perhatian ramai.

    Langkah tersebut diambil berdasarkan pendapat para ulama secara amnya, bahawa permainan yang tidak bermanfaat hukumnya haram.

    MUI bahagian Lebak menyifatkan Pokemon Go sebagai tidak bermanfaat dan boleh menyebabkan si pemain menjadi lalai terhadap kewajipan bersolat lima waktu serta pekerjaan mereka.

    “Kami meminta MUI pusat segera melakukan kajian juga mengeluarkan fatwa terkait dengan Pokemon Go,” menurut Setiausaha Agung MUI bahagian Lebak, KK Ahmad Hudori, seperti yang ditukil laman Antara.

    Menurut beliau, ajaran Islam mengharamkan permainan yang membazirkan waktu dan juga yang boleh membahayakan diri sendiri.

    Demam Pokemon Go sudah sampai ke Indonesia dan sejauh ini, pemerintah negara itu berasakan masih belum ada keperluan untuk melarang permainan tersebut.

    Namun, permainan itu tidak dibenarkan di tempat-tempat berhampiran pejabat pemerintah dan bangunan-bangunan utama negara itu.

    Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi turut mengeluarkan fatwa mengharamkan permainan Pokemon Go.

    Menurut para ulama, kartun pokemon menggunakan simbol-simbol seperti “garisan silang menyerupai salib, segi tiga yang melambangkan Freemason dan simbol Shintoisme Jepun, yang berdasarkan kepercayaan terhadap lebih daripada satu Tuhan”.

    Source: Berita MediaCorp

  • K Shanmugam: We Don’t Live In Fear Of Anyone Else

    K Shanmugam: We Don’t Live In Fear Of Anyone Else

    SINGAPORE — Singapore may be small, but it is respected and successful, and “we don’t live in fear of anyone else”, says Home Affairs and Law Minister K Shanmugam, in response to ‘taunts’ by an Indonesian minister.

    In a Facebook post on Saturday (July 23), Mr Shanmugam said he did not understand why “there is this constant attempt (by Indonesian ministers) to put us (Singapore) down and taunting us that we are small”.

    He said that both countries benefit from good relations over the last 50 years and have cooperated on many matters. But he noted, “every now and then, someone in Indonesia will tell us that we should know our place, a little red dot.”

    “Yes, we are a little red dot. We may be small. But we are respected and successful. And our people lead meaningful lives. And we don’t live in fear of anyone else,” Mr Shanmugam wrote.

    His remarks came after Indonesia’s Finance Minister Bambang Brodjonegoro was quoted in Indonesian media on Tuesday saying that he was “not afraid of Singapore which is just a small country like that”.

    Mr Brodjonegoro and other Indonesian ministers this week have made several remarks about Singapore as their country attempts to recover millions stashed by Indonesian citizens overseas via a tax amnesty programme. Several Indonesian media reports have accused Singapore and its banks of coming up with a special scheme for Indonesians to leave their assets in Singapore instead of repatriating them home.

    The Ministry of Finance (MOF) and the Monetary Authority of Singapore (MAS) refuted these claims on Saturday.

    “Recent claims in the Indonesian media that Singapore is implementing policies to ‘thwart’ Indonesia’s tax amnesty programme are untrue. Singapore has not cut tax rates or changed any of our policies in response to Indonesia’s Tax Amnesty Programme,” said the MAS and MOF in a joint statement.

    “We subscribe to internationally agreed standards for combating money laundering and for exchange of information. If there is any case of suspected cross-border tax evasion, concerned authorities can approach Singapore – we have assisted and will continue to assist in line with the international standards,” the two agencies added.

     

    Source: www.todayonline.com

  • ‘Tipah Tertipu’, Suamiku Rupa-Rupanya Wanita!

    ‘Tipah Tertipu’, Suamiku Rupa-Rupanya Wanita!

    Siapa yang akan menyangka suami yang sah dinikahi rupa-rupanya seorang wanita.

    Namun itulah hakikat pahit yang terpaksa ditelan seorang wanita dari Boyolali, Jawa Tengah, lapor laman Jakarta Post.

    Wanita yang dikenali sebagai Heniyati, 25 tahun, hanya mengetahui identiti sebenar suaminya, Efendi Saputra, 40 tahun, setelah tiga bulan meniti kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

    “Dia (Efendi) memalsukan semua dokumen untuk perkahwinan itu. Dia merubah nama dan jantina daripada wanita kepada lelaki. Keluarga saya dan saya sudah ditipu. Kami berasa malu,” kata ahli keluarga terdekat Heniyati seperti dilaporkan Jakarta Post.

    Pasangan itu bertemu pada hujung tahun 2015 dan sepanjang pertemuan itu Efendi, atau nama sebenarnya Suwarti, mendakwa bahawa dirinya merupakan seorang anggota polis.

    Heniyati mempercayainya kerana paras rupa Efendi persis perwatakan seorang anggota polis.

    Setelah bercinta selama enam bulan kedua-duanya memutuskan untuk melangsungkan pernikahan.

    Namun, setelah berkahwin, Heniyati mula mencurigai suaminya memandangkan dia enggan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan menjalinkan hubungan intim.

    Lantas, Heniyati cuba mencari maklumat mengenai suaminya, sehingga beliau membongkar dompet Efendi dan mendapati kad pengenalannya tertera nama seorang wanita bernama Suwarti.

    Heniyati bersama keluarganya kemudian membuat aduan polis, menurut.

    Menurut Jakarta Post lagi, Ketua Polis Boyolali, Agung Suyono mengesahkan aduan yang dibuat dan Efendi sudahpun ditahan untuk siasatan lanjut.

    “Siasatan awal mendapati Suwarti memalsukan semua dokumen peribadinya untuk urusan lesen perkahwinannya,” kata Encik Agung.

    “Kami masih menyoal beliau untuk mengetahui tujuan perbuatannya itu,” tambah beliau sambil menambah bahawa Suwarti akan didakwa atas kesalahan penipuan dan pemalsuan dokumen.

    Source: Berita MediaCorp

  • Jejaka Muallaf Ini Keliling Dunia, Jatuh Cinta Dengan Keindahan Islam

    Jejaka Muallaf Ini Keliling Dunia, Jatuh Cinta Dengan Keindahan Islam

    Sudah mengunjungi 60 negara di dunia malah berhijrah memeluk agama Islam.

    Itulah dua ciri utama jejaka berketurunan Belanda-Belgium ini yang menarik perhatian ramai.

    Empat tahun lalu, Michael Ruppert membuat keputusan untuk meninggalkan rumahnya dan memenuhi impiannya untuk mengelilingi dunia, lapor laman Dream.co.id.

    Kini beliau sudah meneroka puluhan negara dalam masa empat tahun termasuk Turki, Indonesia, Albania dan Malaysia.

    Yang menariknya, perjalanan beliau membawa dirinya kepada Islam, justeru mempelajarinya dan akhirnya mengucapkan dua kalimah syahadah!

    Menurut Michael, 29 tahun, semasa beliau berada di Indonesia dan Malaysia, beliau banyak berinteraksi dengan masyarakat Islam.

    Kebanyakan masanya diluangkan bersama keluarga-keluarga angkat yang dikenalinya ketika dalam perjalanan ke pelbagai kota.

    Michael memberitahu saluran televisyen Indonesia Morning Show, kekerapan beliau menyaksikan amalan-amalan keluarga angkat, yang beragama Islam, mencetuskan minat dalam diri untuk mendalami agama mereka.

    “Setelah saya tinggal bersama beberapa keluarga Islam di Malaysia dan Indonesia, saya mahu mengetahui lanjut dan terdapat banyak persoalan seperti, apa yang mereka baca dalam Al-Quran, apa yang mereka lakukan di masjid dan apa yang mereka rayakan semasa bercuti. Perasaan ingin tahu itulah yang membawa saya kepada Islam,” menurut Michael seperti yang ditkil dari Mvslim.com.

    KIRIM POSKAD KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT 

    Beliau sering berkongsi pengalamannya menerusi kiriman poskad kepada rakan-rakan dan keluarga.

    Michael berkata semasa mengunjungi negara-negara lain, beliau mendapat inspirasi untuk memulakan projek ‘Starring You’ – yang membolehkan beliau mengelilingi dunia dengan bantuan orang-orang yang tidak dikenali beliau, menurut The Star.

    Projek itu bermula pada tahun 2012, di mana beliau akan mengirimkan poskad kepada setiap individu yang memberikan alamat mereka kepada beliau.

    Projek itu ternyata berjaya apabila begitu ramai orang dari merata dunia memberikan alamat mereka kepada Michael – beliau kini sudah menerima lebih 6,000 alamat, menurut The Star.

    “Manusia suka menerima sesuatu yang dikirimkan kepada mereka, yang boleh mereka pegang. Jika anda bandingkannya dengan emel, sekeping poskad adalah sesuatu yang boleh anda simpan dan dibaca semula pada masa lain. Manakala kiriman emel mudah dilupakan setelah anda membacanya,” jelas beliau tentang sebab beliau memilih mengirimkan poskad kepada orang yang tidak dikenali.

    MAKIN RAMAI PELAWA DANA BAGI PROJEK ‘STARRING YOU’

    Sedang laman Facebook ‘Starring You’ menjadi semakin popular, beliau turut menerima pelawaan daripada orang-orang yang tidak dikenali dari merata dunia yang mahu memberikan dana bagi projeknya itu malah menawarkan katil untuk beliau tidur, lapor The Star.

    Michael juga rajin memuat naik perkembangan terkini beliau di laman Facebook tersebut dan juga di laman starringyouworldwide.

    Menurut catatan terbaru di laman Facebook ‘Starring You’, Michael kini berada di Medan, Indonesia.

    Source: Berita MediaCorp