Tag: Islam

  • A Note For Struggling Musicians: Thank You For Inspiring Us

    A Note For Struggling Musicians: Thank You For Inspiring Us

    Random thoughts.

    I’m sure everyone here agrees that it can be difficult surviving as a musician especially in SG ( or well perhaps anywhere else in the world to be fair ) . I get asked alot if i could survive solely as a musician and the answer is “yes !! ” . My way is not the only way possible and there are definitely many other musicians that i know who are doing a much better job at this. (P.s!! i’m a nobody and pls treat this post as a random long comment )

    There are also a number of ppl who are still trying to break in and i would like to say that it is possible and don’t ever give up on your dreams . Hard Work always pay off. Keep believing in yourself.

    I see my peers and some of my musician friends working really hard and trying to make a difference in whatever they do and i just wanna say thank you for inspiring , for being so passionate about your music and for being the hardworking you . Be it your originals or being in a cover band , sessionists or even organizers , managers , sound engineers , music cafes or music club owners etc etc … everyone is making a difference . So to everyone who don’t get a thank u for all that hard work , here’s a little shout out to all of you . Thank you for the music and the opportunities and ooh keep all those videos coming. So informative and i love it. I’ll share it as much as i can .

    I’m sure that you have definitely shed a tear at some point of your life and i just want you to know that you are greatly appreciated.

    If you are reading this, i thank you . I know you’ll never get this few minutes of your life back haha. Sorry for the long post. This is just a random post . Sorry.. Good Night and Good Morning

     

    Source: Md Yazzit

  • Haron Satay Juara ‘Ultimate Satay Challenge’

    Haron Satay Juara ‘Ultimate Satay Challenge’

    Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Negara Dr Maliki Osman menyaksikan penjual sate Haron Satay dinobatkan sebagai sate terbaik dalam kejuaraan ‘Ultimate Satay Challenge’ pada malam Sabtu (22 Okt).

    Selain meraih gelaran ‘Satay Masters’ Haron Satay juga dipilih sebagai menyajikan daging sate terbaik.

    Gelaran sos sate terbaik dimenangi Jamil Saté Classic.

    Cabaran itu diadakan sempena acara Urban Kampung di Queen Elizabeth Walk, tapak lama Satay Club di Esplanade Park, semalam.

    Acara anjuran Gerakan Berbudi Singapura (SKM) bertujuan memupuk pemahamaan yang mendalam tentang budaya Melayu/Islam melalui masakan dan kegiataan yang menyeronokkan.

    Ia diadakan dengan kerjasama Halalfoodhunt.com dan ieatishootipost.

    Para pengunjung mengundi sate kegemaran mereka selain dapat mengenang kembali zaman silam sewaktu menjamu selesa di tepi sungai.

    Turut diadakan sesi perkongsian tentang budaya Melayu/Islam serta peluang menghidupkan semula permainan lama seperti batu serembat, capteh dan gasing.

    “Kita sudah fikirkan untuk menghasilkan suatu resipi yang kreatif, tetapi akhirnya kita tetap dengan elemen tradisional kita – dengan ketupat, resipinya seperti biasa, seperti mana kita lakukan 40 tahun dahulu,” kata Pemilik Bersama Haron Satay Nor Shima.

    “Saya harap akan menjadi satu titik permulaan sekali lagi, di mana lebih ramai rakyat Singapura, anak-anak muda kita sama-sama menikmati keindahan makanan seperti sate dan menyepadukan lagi perpaduan antara kaum di Singapura,” ujar Dr Maliki.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Orang Islam Di Itali Adakan Bantahan Bagi Kebebasan Bersolat

    Orang Islam Di Itali Adakan Bantahan Bagi Kebebasan Bersolat

    Beberapa ratus Muslim menunaikan solat di luar bangunan Colosseum di Rome sebagai bantahan terhadap apa yang menurut mereka adalah sekatan tidak adil terhadap kebebasan mengamalkan agama Islam di Itali.

    Para penganjur berkata mereka mengadakan bantahan itu semalam (21 Okt) menyusuli penutupan lima masjid sementara di negara itu atas sebab-sebab pentadbiran.

    Ramai rakyat Muslim Itali mengesyaki pihak berkuasa tempatan memberi respons terhadap rasa curiga terhadap orang Islam akibat serangan pelampau baru-baru ini di Eropah, dengan menutup tempat-tempat ibadah disebabkan masalah-masalah yang mudah dihuraikan, seperti jumlah tandas di sesebuah premis tertentu.

    “Kami merasakan orang ramai menuding jari ke arah kami,” kata Francesco Tieri, seorang warga Itali yang memeluk agama Islam yang merupakan penyelaras bagi beberapa kumpulan Islam.

    “Tiada keinginan politik untuk mengiktiraf bahawa kami ada di sini dan kami masyarakat yang aman. Kami terpaksa menyewa tempat untuk solat – yang bagi kami adalah seperti bernafas, jika kami tidak boleh lakukannya, kami akan mati,” katanya lagi.

    Menurut perangkaan rasmi, lebih 800,000 orang Islam tinggal di Itali secara sah dan para pegawai menganggarkan lagi 100,000 tinggal di negara itu secara tetap tanpa dokumen rasmi.

    Ini bermakna masyarakat Islam mungkin membentuk lebih 1.5 peratus penduduk di Itali dan Islam merupakan agama kedua yang paling ramai dianuti di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Roman Katolik itu.

    Islam bagaimanapun tidak diiktiraf sebagai agama rasmi di Itali, tidak seperti agama Yahudi atau Mormon, dan ramai orang Islam dari utara Afrika dan Asia Selatan rasa didiskriminasi dari segi kaum dan agama.

    Rome menempatkan masjid terbesar di dunia Barat, namun saranan-saranan untuk membina masjid-masjid bercorak tradisional di tempat lain kerap dibantah majlis-majlis tempatan yang boleh menyekat izin bagi merancang pembinaan atas pelbagai sebab teknikal daripada saranan saiz kemudahan meletak kereta, dan keharmonian seni bina dengan sesuatu kejiranan tertentu.

    Parti-parti berhaluan kanan menyeru agar mengharamkan mana-mana masjid yang dibina dengan dana dari penderma di luar Itali.

    Anggota Parlimen Barbara Saltamartini dari Liga Utara yang anti-imigresen, menyifatkan bantahan itu sebagai “provokasi tidak boleh diterima” yang tidak sepatutnya dibenarkan diadakan di Rome sama sekali.

    Source: Berita MediaCorp

  • Gilbert Goh: Global Charitable Organisations Deserve Support

    Gilbert Goh: Global Charitable Organisations Deserve Support

    Supported the emboidery work of this handicapped Palestinian refugee woman at Musawat Saida.

    The Palestinians are great with their hand-sewn emboidery work and its a pity there is a lack of marketing effort to sell them abroad.

    The refugee emboidery market is a great money-churning goldmine that remains very much untapped and we are trying our best to assist in this area.

    Moreover, for the refugees themselves, its great to earn one’s keep than sitting at home and wait for handout. The emboidery sewing can also be done at home with minimal interruption to their household chores as most refugee women also tend to look after the children themselves.

    The wealthy international charitable bodies these days are stretched to the limits with their funding resources and many local NGOs suffer from this reduction in funds.

    The idea of a social enterprise model whereby NGOs self-fund themselves from selling their own hand-made products takes more eminence now.

    However, its still difficult to change the mindset of NGOs here as they are used to easy access to funds contributed from the European charitable organisations.

    But such days are truly numbered…and my fear is that some noble charitable organisations may need to close down soon due to a lack of funds.

     

    Source: Gilbert Goh

  • 2 Perusahaan Milik Anak Melayu Singapura Dinobat Usahawan Sosial Dunia

    2 Perusahaan Milik Anak Melayu Singapura Dinobat Usahawan Sosial Dunia

    Dua perusahaan sosial anak Melayu berjaya mengatasi 42 pasukan dari 15 negara untuk meraih hadiah wang tunai $40,000.

    Pasukan PsychKick dan Nomad di kalangan enam pasukan pemenang acara Usahawan Sosial Muda (YSE) anjuran Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF) siang tadi (21 Okt).

    MASALAH SENDIRI JADI ILHAM TANGANI MASALAH PESAKIT LAIN

    Setahun lalu, Nurul Syafiqah, pelajar La Salle, 23 tahun, mengalami masalah kemurungan dan dimasukkan ke ward psikoterapi. Melalui pengalaman itu, beliau melihat sendiri kekurangan dari segi sistem rawatan yang diberi kepada pesakit. Ini memberi beliau ilham untuk menolong pesakit yang mengalami masalah sepertinya.

    Bersama dua lagi rakan beliau Sayid Hafiz dan Zachary, mereka memulakan PsychKick April tahun lalu.


    Kumpulan tiga sekawan ini menghasilkan sebuah aplikasi untuk membantu ahli psikoterapi memantau dan berhubung lebih rapat dengan pesakit mereka, sekali gus meningkatkan keberkesanan program rawatan dan mempercepat proses pemulihan.

    Mengulas tentang dana yang dimenangi, Nurul Shafiqah berkata, “Kita mahu menggunakan wang itu untuk operasi dan mbangunkan produk kami. Kami juga mahu habiskan aplikasi kami yang sedang kami buat.”

    Kini sedang diuji, PsychKick berharap untuk melancarkan ujian perintis apps itu hujung tahun ini. Syafiqah berharap setelah dilancarkan, aplikasi ini dapat menolong pesakit bukan sahaja di Singapura tetapi di luar negara.

    TEKAD TOLONG KANAK-KANAK SEDUNIA HASIL PENGALAMAN MERANTAU

    Muhammad Haziq Mohd Rashid dan Mohd Nasrul Rohmat, kedua-duanya pelajar sepenuh masa di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), mendapat ilham di Jaisalmer, India, di mana kemahiran menghasilkan kraftangan kulit adalah kemahiran turun temurun penduduk di sana.

    Di kawasan berhampiran juga, mereka ketemui sebuah daerah perkampungan di mana ramai keluarga tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah dek kemiskinan. Sekolah di kampung itu juga dalam keadaan serba kedaifan dan memerlukan kerja-kerja naik taraf.

    Dengan memanfaatkan bakat penduduk di situ, kedua-dua sepupu ini memasarkan barangan kulit berkualiti tinggi dan mesra alam dari Jaisalmer ke pasaran sejagat.

    Ini memberi mereka pendapatan tetap.

    Keuntungan selebihnya pula disalurkan bagi kerja-kerja naik taraf sekolah dan membiaya lebih 100 kanak-kanak di sekolah tersebut.

    NOMAD kini sedang meneroka pelbagai wadah untuk memperluaskan pasarannya dan meningkatkan penjualan beg-beg tersebut. Buat jangka masa panjang, NOMAD berharap untuk menolong masyarakat-masyarakat miskin di negara Asia lain.

deneme bonusu