Tag: Madrasah Al Maarif

  • Dahulu Tempat Pelajar Tercicir Kini Jadi Rebutan Ibu Bapa; Madrasah Al-Maarif Ingin Lahirkan Muslimah Tinggi Rohani Dan Berdaya Intelek

    Dahulu Tempat Pelajar Tercicir Kini Jadi Rebutan Ibu Bapa; Madrasah Al-Maarif Ingin Lahirkan Muslimah Tinggi Rohani Dan Berdaya Intelek

    Memupuk generasi pemimpin Muslimah yang tinggi rohani, berdaya intelek dan sentiasa bersama masyarakat.

    Itulah visi masa depan Madrasah Al-Maarif dalam usaha membawa institusi itu mencapai kemajuan lebih baik.

    Mudirah Al-Ma’arif, Ustazah Sukarti Asmoin berkongsi hala tuju dan harapan madrasah itu bersama wartawan Ummu Rabbisyfina sempena ulang tahunnya yang ke-80, tahun ini.

    Sebuah madrasah yang dahulunya menerima pelajar tercicir namun kini Madrasah Al-Maarif berdiri megah menghasilkan lulusan yang cemerlang dalam bidang duniawi dan ukhrawi.

    (Gambar: Madrasah Al-Maarif)

    Berkongsi perubahan landskap pendidikan al-Maarif, Ustazah Sukarti Asmoin berkata imej tersebut sudah berubah, malah kini madrasah itu menjadi ‘rebutan ramai’ ibu bapa.

    “Memang hari ini Madrasah Maarif merupakan antara Madrasah yang menjadi pilihan kepada ibu bapa, maknanya setiap tahun, kita menolak ramai pemohon kerana memang kita tidak mempunyai tempat,” dedah Ustazah Sukarti.

    Beliau percaya pencapaian ini adalah kerana perubahan pada pendidikan madrasah yang kini holistik dan pelbagai.

    Ramai juga yang kita lihat sumbangan mereka kepada pemerintah, sama ada dari segi mereka menjadi guru, mereka menjadi pegawai-pegawai eksekutif, sama ada dalam bahagian swasta atau pemerintah sendiri dan mungkin juga ada yang memiliki doktorat tetapi tidak berkhidmat di Singapura,” jelasnya lagi.

    Namun, menyingkap kembali pengalamannya sebagai pelajar, anggota tenaga kerja dan guru besar yang sudah berkhidmat sekitar 40 tahun ini akur pencapaian Maarif pada hari ini bukan sesuatu yang mudah.

    “Bila saya menjadi pelajar, bila madrasah Maarif mengorak langkah untuk memastikan pelajar mereka mesti duduk peperiksaan “O” itu bukan sesuatu perkara yang mudah, kerana kita kena tukar sukatan pelajaran kita, tukar kurrikulum kita, kita harus pastikan murid kita mampu duduk periksa pada 1971,” kata Ustazah Sukarti.

    (Gambar: Madrasah Al-Maarif) 

    Melihat kembali sejarah madrasah tersebut, Ustazah Majidah turut percaya pencapaian madrasah pada hari ini ialah hasil titik peluh perjuangan asatizah dahulu.

    Beliau sendiri sudah berkhidmat di Madrasah Al-Maarif selama 30 tahun.

    “Walaupun pada ketika itu mungkin dari sudut kekurangan buku, mungkin dari sudut gaji mereka, yang rendah tetapi mereka sanggup berkorban dan berjuang untuk wujudnya pembelajaran agama bagi masyarakat Singapura,” kata Ustazah Majidah, Ketua Jabatan Pengetahuan Agama Islam.

    (Gambar: MUIS) 

    Dengan pasukan asatizahnya yang berpengalaman dan kepakaran luas, Madrasah Al-Maarif yakin dapat memperkukuh lagi kedudukannya bagi memenuhi keperluan masyarakat.

    “Kami tinggal di abad 21 ini maknanya perkara-perkara moden berlaku,seperti pelajar-pelajar kita sekarang terdedah kepada internet, terdedah kepada media sosial, maka di situ guru-guru atau asatizah perlulah bersama-sama, iaitu menjadikan ICT, menerapkan ICT di dalam pembelajaran mereka,” dedah Cik Juyda Noor Mohamad, Ketua Jabatan Bahasa dan Ilmu Kemanusiaan.

    Sempena sambutan ulang tahunnya ke-80, satu majlis gilang gemiliang diadakan esok dengan dihadiri Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli.

    Turut dilancarkan nanti, buku sejarah madrasah tersebut ini.

     

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Pelajar Madrasah Al-Ma’arif, Nabilah Farhah, Raih 8A Bagi GCE O

    Pelajar Madrasah Al-Ma’arif, Nabilah Farhah, Raih 8A Bagi GCE O

    Jelas dengan matlamat yang ingin dicapai menjadi antara faktor kejayaan yang dikecap oleh Nabilah Farhah Ali, yang memperolehi keputusan 8A bagi peperiksaan GCE O tahun lalu.

    Nabilah merupakan pelajar terbaik Madrasah Al-Ma’arif Al Islamiah, dengan keputusan 7 A1, 1 A2 dan 1 B3.

    Meskipun beliau disifatkan sebagai pelajar yang rajin dan konsisten dalam pelajaran, Nabilah memberitahu BERITAMediacorp, sepanjang tahun 2016, cabaran paling hebat bagi dirinya adalah mengimbangi masa.

    “Pada tahun 2016 saya dipilih menyertai Bahas 4PM peringkat sekolah menengah. Jadi setiap hari selepas sekolah saya dikehendaki balik lambat selepas maghrib atau pukul 9.00 malam.

    “Bila sampai di rumah sudah pukul 10.000 malam dan banyak kerja sekolah atau projek yang perlu dihabiskan. Kadang-kala rasa macam tak boleh habis, kadang-kala sehingga saya menangis. Tidur juga kadang-kala tidak mencukupi,” ujar beliau.

    SALING CABAR-MENCABAR ANTARA ADIK BERADIK

    Menurut Nabilah lagi, salah satu cara untuk beliau sentiasa membakar semangat adalah saling ‘cabar-mencabar’ dengan dua orang abangnya.

    “Saya akan ambil keputusan GCE O abang saya dulu dan tampal pada meja ketika mengulangkaji pelajaran. Saya beritahu diri saya supaya dapatkan keputusan yang lebih baik daripada apa yang abang saya perolehi.

    “Kalau abang dapat keputusan B3 bagi sesuatu mata pelajaran saya beritahu abang yang saya akan dapat yang lebih baik. Abang saya pula akan mencabar saya,” kongsi anak bongsu tiga beradik itu.

    Nabila, yang kini sedang menyambung pengajian di peringkat pra-universiti di Madrasah Aljunied, menanam cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti yang diiktiraf di Timur Tengah.

    KURANG LEPASAN MADRASAH YANG JADI AHLI SAINS

    Bukan itu saja, setelah berjaya dalam bidang ukhrawi di Timur Tengah, Nabilah juga ingin melanjutkan pengajian dalam bidang sains!

    “Keutamaan saya adalah pendidikan ukhrawi. Ia penting bagi saya secara peribadi. Bidang akademik adalah yang kedua selepas ukhrawi.”

    Minatnya dalam bidang sains didorong oleh kurangnya pakar sains Muslim, khususnya kaum Muslimah, dan beliau merancang untuk mendalami ilmu sains bioteknologi molacular.

    “Saya rasa agak kurang lepasan madrasah yang menjadi ahli sains. Sebahagian asatizah saya juga ingin seorang pelajar yang dapat mengharumkan nama madrasah dalam bidang sains.

    Nabilah turut berkongsi kata-kata perangsang yang turut menjadi pegangan dirinya sendiri.

    “Kalau menuntut ilmu atau mengejar cita-cita mestilah ada satu pegangan yang membawa kita ke arah itu.

    “Bagi saya, saya mahu membuat ibu bapa saya bangga dengan saya. Saya mahu berjaya supaya mereka tahu saya boleh cemerlang dalam kedua-dua bidang ukhrawi dan duniawi.

    “Perlu ada alasan yang kukuh mengapa kita mahu mengejar cita-cita kita,” Nabila memberitahu BERITAMediacorp.

    TANGGUNGJAWAB LEBIH BERAT SETELAH IBU PERGI

    Seorang lagi pelajar Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah meraih keputusan yang baik walaupun perlu menggalas tanggungjawab yang lebih berat setelah pemergian ibu yang tercinta.

    Hazirah Nurfitriah meraih keputusan 5 A daripada sembilan mata pelajaran bagi peperiksaan GCE O tahun lalu.

    Hazirah adalah anak sulung daripada lima beradik.

    Hazirah memberitahu BERITAMediacorp, beliau perlu pandai menguruskan masa dengan baik supaya dapat mengimbangi pelbagai tanggungjawab yang diberikan kepadanya – baik di rumah mahupun di sekolah.

    “Saya ada dua orang adik yang masih berada di sekolah rendah dan mereka memerlukan bantuan apabila membuat kerja sekolah. Memang perlu tahu mana yang perlu diutamakan.

    “Saya perlu memastikan saya habiskan semua tugasan saya tepat pada waktu supaya boleh tumpukan perhatian pada pelajaran,” tambah beliau.

    RINDU IBU SEMASA AMBIL KEPUTUSAN

    Kerinduan Hazirah pada ibunya, yang meninggal dunia akibat barah hati pada 2013, amat dirasai pada hari beliau mengambil keputusan di sekolah.

    “Bila saya ambil keputusan, saya terfikir bagaimana agaknya reaksi ibu jika beliau ada sisi saya ketika itu. Saya lihat rakan-rakan saya semua bersama ibu mereka.

    “Saya berharap ibu saya akan berbangga. Beliau selalu memberikan sokongan kepada saya. Waktu saya menduduki PSLE, jika saya kurang pasti atau tidak berpuas hati dengan keputusan, ibu dan bapa saya akan menasihati saya supaya bersyukur jika saya sudah berusaha bersungguh-sungguh dan jika tidak, saya perlu berusaha lebih gigih lagi,” ujar Hazirah.

    Beliau juga bercita-cita untuk meneruskan pelajaran supaya di masa akan datang dapat membantu bapanya yang bekerja keras demi mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.

    Beliau, yang meminati bidang penulisan kreatif dan psikologi, sedang menimbangkan untuk melanjutkan pengajian di salah sebuah politeknik di sini.

    Source: BERITAmediacorp

  • Kerjasama Bawa Berkat Buat Pelajar Cemerlang Al-Maarif

    Kerjasama Bawa Berkat Buat Pelajar Cemerlang Al-Maarif

    Usah mengejar ilmu hanya untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran, jika ilmu tersebut tidak diterapkan dalam kehidupan harian.

    Itulah antara nasihat dan penekanan yang diberi ibu bapa pelajar terbaik Madrasah Al-Maarif, Cik Radiah Md Nizam, kepadanya dan masih dipegang erat sebagai pembakar semangat.

    Cik Radiah, 19 tahun, muncul sebagai antara pelajar terbaik GCE Peringkat ‘A’ madrasah itu dengan meraih empat gred ‘A’ tahun lalu.

    “Ibu bapa saya sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya dan sering menekankan peri pentingnya mendapatkan ilmu.

    “Mereka juga selalu ingatkan saya bahawa ilmu itu bukan sekadar meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan, malah kita harus mampu ‘menghidupkan’ ilmu itu dalam kehidupan harian,” kata Cik Radiah.

    Beliau telah meraih gred ‘A’ dalam mata pelajaran Undang-undang Islam, Teologi Islam, Bahasa Arab dan Melayu.

    “Saya bersyukur dapat meraih keputusan ini dan ia adalah satu cerminan kerja keras yang telah saya lakukan sebelum menduduki peperiksaan ini.

    “Dalam pada itu, ia juga berkat usaha padu asatizah di Madrasah Al-Maarif yang tidak berputus asa membimbing kami dalam perjalanan ini,” tambahnya lagi.

    Sebagai ketua pengawas Madrasah Al-Maarif, Cik Radiah juga sentiasa memberi sokongan yang sama kepada rakan-rakannya yang menduduki peperiksaan itu.

    Turut meraih keputusan empat ‘A’ ialah Cik Nur Diyanah Fatihin, 19 tahun.

    Beliau mendapat gred ‘A’ bagi mata pelajaran Undang-undang Islam, Teologi Islam, Bahasa Melayu dan Sastera Melayu.

    Anak keempat daripada keluarga lima beradik itu adalah anggota keluarganya yang pertama menduduki peperiksaan GCE Peringkat ‘A’.

    Walaupun rasa tertekan mahu membanggakan keluarganya, Cik Diyanah tidak membiarkannya menjadi satu halangan baginya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan itu.

    Beliau turut menyatakan bahawa abangnya sering memberinya kepercayaan membuat yang terbaik dan memasuki universiti.

    “Abang saya adalah antara anggota keluarga yang selalu memberi saya sokongan dan kepercayaan agar mencapai yang terbaik dalam peperiksaan ini.

    “Beliau turut menaruh harapan agar satu hari nanti saya dapat masuk dan melanjutkan pelajaran saya ke universiti,” kata beliau sambil menguntum senyum.

    Seorang lagi pelajar terbaik Madrasah Al-Maarif, Cik Nur Aida Poh Md Aizat Poh, 19 tahun, mendapat dua ‘A’ dan tiga ‘B’.

    “Sebelum peperiksaan, kami sentiasa saling bantu membantu dalam mata pelajaran yang kami tidak begitu pasti.

    “Kami akan belajar bersama dan berkongsi pengetahuan bersama-sama,” kata Cik Aida.

    Seramai 21 pelajar Madrasah Al-Maarif telah menduduki peperiksaan GCE Peringkat ‘A’ tahun lalu dan menurut madrasah itu, kesemua mereka mendapat surat mengundang mereka memohon masuk ke Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti itu.

    Ketiga-tiga pelajar itu berharap dapat melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi setempat.

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • Bekas Pelajar Madrasah Kecapi Ijazah Pujian Kelas Pertama Dalam Bidang Kerja Sosial Di NUS

    Bekas Pelajar Madrasah Kecapi Ijazah Pujian Kelas Pertama Dalam Bidang Kerja Sosial Di NUS

    Daripada madrasah ke menara gading.

    Namun bukan itu sahaja, Cik Siti Nur Diyanah Hardy, 23 tahun, kini menempa sejarah sebagai anak Melayu pertama yang lulus daripada jurusan kerja sosial di Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan ijazah kepujian kelas pertama.

    Cik Diyanah merupakan antara lebih 10,000 lulusan yang akan menerima ijazah mereka dalam majlis konvokesyen di NUS yang berlangsung hari ini hingga Selasa depan.

    Majlis konvokesyen bagi fakulti bekas pelajar Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah itu akan berlangsung pada 14 Julai.

    Meskipun beliau telah menghabiskan masa 13 tahun belajar di madrasah, Cik Diyanah berkata beliau tidak pernah mengalami kejutan budaya apabila melangkah masuk ke universiti.

    “Pastinya kehidupan di universiti baru dan lain bagi saya tetapi saya rasa perkara ini tentu sama bagi ramai pelajar lain, sama ada mereka daripada madrasah atau bukan.

    “Semasa saya membesar pun, saya tak fikir apa yang saya lalui di sekolah berbeza daripada pelajar lain di sini. Semakin saya membesar juga dan lebih tahu tentang perbezaan yang ada, saya tak mengalami cabaran masuk universiti,” katanya.

    Sepanjang di NUS, Cik Diyanah turut aktif menabur bakti kepada bekas madrasahnya.

    Anak kedua daripada empat beradik itu memulakan program Maarif Maths Mentoring tiga tahun lalu bersama temannya bagi membimbing pelajar Madrasah Al-Maarif yang mengalami kesukaran dalam mata pelajaran tersebut.

    Program itu telah berkembang kepada 20 mentor kini berbanding enam mentor apabila ia baru dimulakan dan sejauh ini telah membantu sekitar 250 pelajar madrasah itu.

    Sikap suka membantu itu juga mungkin antara sebab beliau terdorong menyertai sektor kerja sosial.

    Cik Diyanah turut diberi Anugerah Angkatan Karyawan Islam (AMP) yang mengiktiraf pelajar Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS) NUS yang menghasilkan tesis kepujian terbaik berkaitan isu yang relevan kepada masyarakat Melayu/Islam setempat.

    Tesisnya meninjau bagaimana individu seperti ustaz atau bomoh menjejas cara orang Melayu yang mengalami isu kesihatan mental mendapatkan bantuan profesional.

    “Topik ini menggabungkan minat saya dalam kerja sosial dan pengajian agama.

    “Pengalaman ini mendatangkan kepuasan bagi saya dan saya dapat belajar banyak bukan sahaja dengan menulisnya (tesis), malah dengan mendengar sendiri daripada mereka yang mengalami isu kesihatan mental.

    “Saya mahu suara mereka didengar menerusi tesis saya… dan saya harap hasil dapatannya akan mendatangkan manfaat kepada masyarakat,” kata anak pasangan guru dan pegawai logistik itu.

    Cik Diyanah kini mengikuti program internship dengan Jawatankuasa Singapura bagi sayap wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan antara lain terlibat dalam kempen Girls2Pioneers yang bertujuan menggalak lebih ramai golongan wanita menceburi kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem).

    Presiden Tony Tan Keng Yam yang juga Canselor NUS akan merasmikan majlis konvokesyen utama NUS tahun ini di Kampus Kent Ridge hari ini.

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • Dari Madrasah Ke Poly, Kini Ke NUS Ikuti Pengajian Perubatan

    Dari Madrasah Ke Poly, Kini Ke NUS Ikuti Pengajian Perubatan

    Dua lulusan madrasah yang memilih laluan politeknik mencipta sejarah apabila ditawarkan tempat di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura (NUS) baru-baru ini.

    Encik Ahmad Abdurrahman Hanifah Marican, 20 tahun, lulusan Madrasah Aljunied Al-Islamiah, ialah pelajar cemerlang kursus Diploma Sains Bioperubatan daripada Politeknik Singapura.

    Lulusan Politeknik Temasek, Cik Amalina Ridzuan, 22 tahun, pula bekas pelajar Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah yang meraih Pingat Emas Sysmex Asia Pacific bagi kursus Diploma Sains Bioperubatan.

    Tahun lalu, lulusan sains bioperubatan Politeknik Republic, Cik Noor Ahmed Alkaff, merupakan pelajar politeknik Melayu pertama diterima masuk ke Fakulti Perubatan NUS.

    Mengulas pencapaian ini, Cik Noor berkata: “Saya teruja kerana kejayaan mereka menunjukkan bahawa latar belakang pengajian bukan hambatan asal kita bermotivasi berusaha.”

     

    Source: http://beritaharian.sg