Tag: Malays

  • RIA 89.7FM Ingin Jadi Lebih Interaktif Sempena Ulang Tahun Ke-26

    RIA 89.7FM Ingin Jadi Lebih Interaktif Sempena Ulang Tahun Ke-26

    Stesen radio tempatan RIA 89.7FM ingin menjadi satu saluran yang lebih interaktif bagi mereka yang berusia dari lingkungan 15 hingga 29 tahun sempena ulang tahun mereka yang ke-26 pada 1 Disember.

    Salah satu daripada usaha mereka adalah untuk lebih melawat sekolah-sekolah agar para pelajar dapat mendekati DJ-DJ dan lebih mempelajari tentang balik tabir dunia penyiaran radio.

    Demikian menurut Pemangku Pengarah Program RIA 89.7FM, Penyiaran Melayu Mediacorp, Aura Shai, selepas acara sambutan ulang tahun itu hari ini.

    Menurut beliau, langkah ini perlu diambil bagi menghadapi cabaran generasi ‘Snapchat’ yang inginkan pencernaan maklumat yang padat.

    Malah, sambutan ulang tahun RIA 89.7FM yang ke-26 kali ini juga penuh bermakna bagi stesen radio tersebut.

    Aura Shai memberitahu BERITAMediacorp: “DJ kami Fiza O baru melahirkan cahaya matanya yang kedua dan Dzar Ismail juga sedang menunaikan ibadah umrah. Kami rapat seperti sebuah keluarga dan sudah mencapai pelbagai kejayaan bersama-sama.”

    “Dan ia juga bermakna kerana kami juga disajikan dengan persembahan-persembahan oleh bakat tempatan yang tentunya dari kumpulan sasaran kami,” tambahnya.

    BUKAN SEKADAR STESEN RADIO

    Acara tertutup yang diadakan di Kaw Kaw Sg itu turut dimeriahkan oleh 90 hadirin, termasuk mantan DJ-DJ RIA, 18 pendengar bertuah dan barisan bakat muda setempat.

    Antara yang membuat persembahan ialah ARUS Band, Didicazli, Haqim Mokhtar, Farhan Shah dan Sunny Jackson.

    Sambutan ulang tahun itu juga diwarnai dengan kehadiran penyanyi terkenal Indonesia, Rossa, selama setengah jam, yang turut menyumbangkan sebuah lagu di acara tersebut.

    “Kami berharap agar kami dapat sentiasa berhubung dengan para pendengar melalui wadah Facebook atau menerusi panggilan. Anggaplah kami seperti keluarga dan bukan sekadar sebuah stesen radio,” kata Aura Shai kepada BERITAMediacorp.

    Sambutan selama dua jam itu juga diakhiri dengan sesi pemotongan kek.

    Acara itu turut dirakam di Facebook Live dan dapat didengar secara langsung melalui stesen RIA 89.7 FM.

    Source: Berita MediaCorp

  • Man Rants About ‘Noisy’ Void Deck Funeral, Curses Grieving Family

    Man Rants About ‘Noisy’ Void Deck Funeral, Curses Grieving Family

    Dear Editors,

    This man Apai Izal Kaizoku made insensitive racist remarks about a chinese funeral procession at night. He complain on fb that these “m*therfuc*ers still make noise at this hour”. He said that he wasn’t interested in their nonsense and claimed that if malays did this, they would be called terrorists.

    I don’t understand why this man is so upset over a funeral procession. This has been the way things are in Singapore for many years, each race group have their own processions which cause inconvenience to others but we endure and understand because this is life in Singapore. This is how we live in harmony with one another.

    Does this joker live in a cave? Is he Singaporean? Why make a fuss over a funeral and make such hurtful remarks when people are already grieving their dead? Shame on you, you need to reflect on your poor behaviour abang! You are downright rude!

    Hashim

    A.S.S. Contributor

     

    Source: www.allsingaporestuff.com

  • Rahayu Buang Dilantik CEO Baru MENDAKI, Berkuatkuasa 1 Jan 2017

    Rahayu Buang Dilantik CEO Baru MENDAKI, Berkuatkuasa 1 Jan 2017

    Yayasan MENDAKI akan mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru, Cik Rahayu Buang, mulai 1 Januari depan.

    Beliau mengambil alih jawatan tersebut daripada Cik Tuminah Sapawi, 56 tahun, yang sudah menerajui badan bantu diri itu selama tiga tahun.

    Cik Rahayu , 45 tahun adalah Pengarah Bahagian Sokongan dan Pendidikan Keluarga serta Pejabat Pembangunan Wanita di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

    Beliau menyertai MSF 20 tahun lalu dan sepanjang tempoh itu, terlibat dalam pelbagai program pembangunan termasuk isu-isu pemulihan, perlindungan, hilang upaya, keluarga dan wanita.

    Di bawah kepimpinannya juga, program-program pendidikan keluarga diperkenalkan dan keluarga yang bercerai disokong melalui program berasaskan kanak-kanak dengan penubuhan Agensi Pakar Sokongan Perceraian.

    Cik Rahayu adalah penerima Pingat Emas daripada Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, dan menerima Pingat Pentadbiran Awam (gangsa) pada 2014.

    Cik Tuminah pula akan menyertai Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada 1 Januari depan.

    Menurut MENDAKI, Cik Tuminah sudah banyak menyumbang kepada masyarakat Melayu/Islam, dan menyerahkan MENDAKI dalam keadaan yang lebih kuat kepada penggantinya.

    Beliau menerajui Semakan Pendidikan MENDAKI yang meletakkan asas bagi usaha meningkatkan program pembangunan guru-guru pembimbing dan memperbaiki program pendidikan ibu bapa.

    Di bawah pentadbiran beliau, MENDAKI juga meningkatkan usaha memupuk minda masyarakat Melayu Islam untuk siap menghadapi masa depan. Ini termasuk kempen #RaikanIlmu, yang menggalak masyarakat menghayati semangat mencari ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.

    YAACOB UCAP TERIMA KASIH KEPADA CIK TUMINAH ATAS PELBAGAI SUMBANGANNYA

    Sementara itu, menulis di laman Facebook beliau, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob mengucapkan terima kasih kepada Cik Tuminah Sapawi bagi pelbagai sumbangannya sejak tiga tahun lalu.

    Di bawah kepimpinan Cik Tuminah kata beliau, MENDAKI selesai melakukan semakan pendidikan menyeluruh untuk memperkuat sokongan pendidikan dalam masyarakat Melayu.

    Dengan fokus kepada usaha membangunkan generasi yang dinamik dan bersedia untuk masa depan tambah Dr Yaacob, MENDAKI di bawah Cik Tuminah menubuhkan sebuah unit Future Ready.

    Unit tersebut melengkapkan masyarakat dengan kemahiran-kemahiran dalam menghadapi ekonomi yang sentiasa berubah-ubah.

    Mengulas pelantikan Cik Rahayu pula, Dr Yaacob yang juga merupakan Pengerusi MENDAKI, yakin bahawa CEO baru itu mampu memimpin MENDAKI untuk meningkatkan khidmatnya kepada masyarakat dan negara.

    Source: Berita MediaCorp

  • Ustaz Abd Al-Halim: Siapa Rakan Kita Menunjukkan Budi Pekerti Kita

    Ustaz Abd Al-Halim: Siapa Rakan Kita Menunjukkan Budi Pekerti Kita

    AsSalaam’alaikum!

    Kenapa ramai diantara Muslimin jijik dengan sesiapa yang bergambar dengan Netanyahu?

    Kerana kita sering diajar oleh ulama kita serta ibu-bapa kita berhati-hati dengan siapa kita berkawan. Kita selalu di nasihatkan berhati-hati siapakah yang kita dampingi dan siapa kita jadikan kawan akrab. Benarlah kata-kata S. Ali r.a. – Jika kamu mahu tahu budi-pekerti seseorang itu, lihat lah kepada siapa dia berkawan.

    Ulama dahulu sungguh berjaga-jaga elakkan diri daripada bersekongkol dengan orang-orang yang tidak elok budi-pekertinya malah mereka berhati-hati tidak mahu sedikit pun dikaitkan dengan sesiapa yang tidak baik lagi-lagi dengan mereka-mereka yang akhlaknya buruk atau tidak beradab. Wallahu’alam!

     

    Source: Ustaz Abd Al-Halim

  • Peminat Singapura Taja Sepenuhnya Persandingan Ke-3 Amar Baharin Dan Amyra Rosli

    Peminat Singapura Taja Sepenuhnya Persandingan Ke-3 Amar Baharin Dan Amyra Rosli

    Pasangan pelakon popular yang bak pinang dibelah dua, Amar Baharin dan Amyra Rosli, akan diraikan dalam satu majlis persandingan di Singapura.

    Majlis itu yang akan berlangsung pada 3 Disember nanti, merupakan yang ketiga bagi pasangan tersebut dan ia ditaja sepenuhnya oleh para peminat mereka di Singapura.

    Menurut Amyra Rosli, 25 tahun, beliau terkejut apabila diberitahu majlis yang ketiga itu akan diuruskan sepenuhnya oleh kelab peminat mereka di Singapura, lapor laman Astro Gempak.

    “Kami tidak sangka juga apabila diberitahu peminat di Singapura yang mereka bakal adakan sebuah majlis persandingan untuk kami di sana.

    “Mereka uruskan semua tajaan dan hal perkahwinan kami sepenuhnya dan hanya meminta kami datang untuk menghadirinya sahaja,” kata Amyra seperti yang ditukil laman Astro Gempak.

    “Apa yang kami diberitahu mereka mendapat tajaan sepenuhnya untuk kami dari baju pengantin hinggalah ke seluruh majlis dan katering.

    “Peminat kami sangat menyokong dan kami amat menghargai segala usaha mereka lakukan ini. Kami anggap ini rezeki,” katanya.

    Menurut laporan Astro Gempak lagi, majlis persandingan itu dianjurkan oleh dua kelab peminat di Singapura iaitu Amyra Rosli Supporter dan Amar Baharin Official Page (ABOP).

    Amar dan Amyra sudahpun dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dalam satu majlis gah di Hotel Primiera Kuala Lumpur pada 11 November lalu.

    Source: Berita MediaCorp