Tag: Malays

  • Pakar: Hang Tuah Wujud, Pernah Perintah Temasek

    Pakar: Hang Tuah Wujud, Pernah Perintah Temasek

    SINGAPURA mungkin sebuah pusat pelabuhan utama bagi Empayar Melaka pada abad ke-15 yang ditadbir seorang laksamana yang dipercayai Hang Tuah.

    Laksamana itu dikatakan bukan sahaja berkuasa memerintah pulau ini dan mentadbir pelabuhan tersebut, bahkan mengetuai angkatan laut Kesultanan Melaka yang menjadikan Singapura pangkalannya.

    Sebagai Laksamana, Hang Tuah juga menjadikan pulau ini tempat tinggalnya, kata pakar sejarah dan arkeologi Singapura, Profesor John Miksic.

    Baru-baru ini, kewujudan Hang Tuah sekali lagi dipersoal kerana tiadanya bukti arkeologi yang mengaitkan kehidupannya, seperti yang dilaporkan media seberang tambak Mei lalu.

    Ia menukil Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai mengesahkan bukti arkeologi mengaitkan kewujudan Laksanama Hang Tuah masih belum ditemui.

    Walaupun akur dengan ketiadaan bukti tersebut, Dr Miksic tetap percaya Hang Tuah wujud bahkan pernah bermastautin di Singapura berdasarkan surat-menyurat yang ditemui di Pulau Okinawa.

    “Orang seperti Hang Tuah pasti ada. Jabatannya sebagai Laksamana ada. Gelarannya juga sebagai Sri Bija Diraja, kita ketahui pasti ada. Orang yang namanya Hang Tuah belum dapat diperkuat dengan data dari sumber selain daripada Sejarah Melayu. Tapi tidak ada alasan untuk percaya bahawa orang dengan nama itu tidak ada,” ujarnya.

    Menurut beliau, watak Hang Tuah itu sering disebut dalam sumber-sumber asing seperti dokumen dari China dan Okinawa di Jepun, selain Sejarah Melayu.

    “Itu yang paling menentukan, sebab ternyata pada akhir abad ke-15, Laksamana dari Singapura itu berhak mengirim surat atas namanya sendiri kepada raja asing. Surat itu masih ada di Okinawa…

    “…Masih ada surat-surat di Okinawa yang dikirimkan dari Laksamana Melaka, tanpa nama, hanya gelarannya yang disebut. Tapi dia yang berhak bertindak atas nama Sultan,” tambah Profesor Jabatan Pengajian Asia Tenggara Universiti Nasional Singapura (NUS) itu, yang ditemui baru-baru ini untuk mengesahkan kewujudan Laksamana mahsyur itu.

    Dr Miksic mengajar di NUS sejak 1987. Sebelum itu, beliau mengajar di Universiti Gadjah Mada, Indonesia, selama enam tahun.

    Memberi perincian Singapura sebagai pusat pelabuhan Empayar Melaka, Dr Miksic menegaskan ia jelas dilaporkan perwira angkatan armada Laksamana Zheng He (Cheng Ho) dari China pada 1435.

    Menurut Profesor Miksic, setelah tertubuhnya Kesultanan Melaka, Singapura tetap wujud dan tidak musnah akibat serangan Majapahit.

    Sebelum ini, sejarah menyatakan Singapura musnah selepas serangan itu, yang dilakukan agar dapat menangkap sultan terakhir Singapura, Sultan Iskandar Shah. Kenyataan itu dibuktikan bukan sahaja dari segi sejarah, malah arkeologi.

    Ia menunjukkan Singapura, atau ketika itu masih dipanggil Temasek, merupakan sebuah pelabuhan yang memainkan peranan penting dalam hubungan luar negara.

    Singapura juga dikatakan pusat pemindahan kapal dan sangat strategik dalam struktur kerajaan Melaka – tempat bagi orang seperti dari tanah Jawa atau Sumatrea contohnya datang ke Singapura dengan menaiki kapal, sebelum berpindah ke kapal lain menuju ke tempat lain seperti India atau China.

    Angkatan laut Kesultanan Melaka pula ditempatkan di Singapura disebabkan kedudukan pulau ini lebih strategik berbanding Melaka yang terbuka dan mudah diserang.

    Selain melindungi perairan Selat Melaka dan sekitarnya, angkatan tersebut dikerah membasmi kegiatan melanun di perairan Singapura.

    Hang Tuah juga mempunyai kuasa memerintah Singapura.

    “Jelas beliau juga harus mengadap ke Istana kalau ada upacara atau ada tugas lain, yang bererti harus ketemu dengan Raja, Sultan atau Bendahara, misalnya. Tetapi hari-hari tempat tinggalnya di Singapura,” kata Dr Miksic.

     

    Source: Berita Harian

  • Baby Dies While Being Bottle Fed By Father Playing With Handphone

    Baby Dies While Being Bottle Fed By Father Playing With Handphone

    A coroner’s inquiry heard on Tuesday a three-month-old baby might have choked to death while being bottle-fed by her father who was distracted playing a football game on his handphone.

    At about 10.20am on Oct 12 last year, Reyhana Qailah Mohamad Shiddiq was being fed by her father, Mr Mohamed Shiddiq Sazali, now 27.

    The baby’s mother, Madam Nurraishah Mahzan, now 31, had just left her Telok Blangah Crescent flat to report for a urine test at Clementi Police Division.

    Alone with the baby, Mr Shiddiq was playing a football game on his mobile phone while feeding Reyhana with his left hand when she began struggling.

    He was then seated on a bed and Reyhana was resting on his lap.

    Investigation officer Tony Won testified Reyhana had started pushing the milk bottle away using her tongue.

    Yet, her father continued to play the game and placed the milk bottle inside her mouth.

    Reyhana cried and started kicking.

    Mr Shiddiq continued playing without looking at his daughter.

    Two minutes later, Reyhana went silent.

    At about the same time, the baby’s maternal grandfather returned from the market to find the baby pale and motionless.

    Reyhana, who initially had a pulse, vomited milk when the older man performed cardiopulmonary resuscitation (CPR) on her.

    CPR was subsequently performed on the unresponsive baby by her mother, a police officer and then a paramedic.

    Reyhana died about an hour later in hospital.

    Police do not suspect any foul play.

    An autopsy found old injuries on her including fractures on her right ribs and skull.

    A pathologist said the injuries would not have caused or contributed to her death.

    While Reyhana’s cause of death cannot be ascertained, the final cause of death report mentioned smothering or suffocation, and choking on milk may also be possible causes of death.

     

    Source: The New Paper

  • Mangsa Langgar Lari Di Johor Bahru: Isteri Mangsa Berbesar Hati Tengku Temenggong Johor Datang Ke Flat

    Mangsa Langgar Lari Di Johor Bahru: Isteri Mangsa Berbesar Hati Tengku Temenggong Johor Datang Ke Flat

    TERCEGAT seketika apabila Cik Rohaya Zainal Abidin menerima kunjungan istimewa daripada Tengku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, ke flat sewanya di Marine Terrace kelmarin.

    Balu kepada Allahyarham Zulkefli Haji Yusop, yang maut akibat nahas langgar lari di Pandan, Johor Bahru, Jun lalu itu sedang berehat dan menonton televisyen bersama keluarga apabila Tunku Idris melawatnya.

    Ibu empat anak berusia 44 tahun itu berkata:

    “Sebelum itu, saya dapat telefon daripada orang Johor mengatakan bahawa ada orang nak melawat.

    “Saya ingatkan orang awam.”

    Tunku Idris, yang melawatnya sekitar 1.30 petang, turut memberikan hadiah, hamper dan wang sumbangan kepadanya.

    Bahkan, Cik Rohaya juga mendapat kad Raya khas yang ditandatangani sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

    “Saya berasa sangat berbesar hati kerana saya tidak menyangka akan lawatan itu.

    “Rezeki saya dapat lihat Tunku secara dekat,” ujar beliau.

    Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia telah pun menahan pemandu yang dipercayai terlibat dalam nahas langgar lari tersebut.

    Pemandu kereta Proton Waja berwarna oren dipercayai terlibat dalam nahas itu di jalan susur keluar ke Pandan, Johor Bahru.

     

    Source: Berita Harian

  • Ibu Rindu Allahyarham Nasrulhudin, Kakitangan SMRT Yang Terbunuh

    Ibu Rindu Allahyarham Nasrulhudin, Kakitangan SMRT Yang Terbunuh

    Kehilangan juga terasa bagi keluarga Cik Norizan.

    Anak lelakinya yang ketiga, Nasrulhudin Najumudin, 26 tahun, meninggal dunia dalam satu kemalangan MRT di Stesen Pasir Ris pada 22 Mac 2016.

    Allahyarham sedang menjalani latihan di tempat kerja apabila beliau dan seorang rakan sekerjanya dilanggar kereta api.

    “Kadang-kadang, terasa macam dia masih ada. Tapi bila fikir balik, memang arwah dah tiada lagi dengan kita. Tapi kadang-kadang, terkenang keletahnya,” kata ibu Nasrulhudin, Cik Norizan.

    Menurutnya lagi, lauk raya kegemaran Nasrul ialah Sambal Goreng dan beliau kuat tahan pedas.

    “Saya memang siapkan cili padi. Jadi apa pun dia makan, dia akan potong-potong cili padi. Jadi sekarang saya tengokkan cili padi itu, dah tak ada orang makan, sebab dia yang makan,” ujar beliau lagi.

    Sebagai menyambut lebaran, Cik Norizan sering memasak beraneka juadah dan kuih untuk saudara-maranya.

    Oleh itu, pemergian Nasrul lebih terasa pada Syawal kali ini, kerana beliau rajin membantu untuk menghantar semua makanan tersebut.

    Source: Berita MediaCorp

  • Hotel Jen Pamerkan Karya Usahawan Tempatan

    Hotel Jen Pamerkan Karya Usahawan Tempatan

    Hotel Jen di Tanglin membuka pintunya kepada para usahawan baru tempatan untuk menjual produk-produk mereka.

    Tujuannya untuk menggalak inovasi dan kreativiti serta menyediakan wadah untuk para usahawan berbakat mempamerkan jenama mereka bagi pelanggan antarabangsa.

    15 usahawan baru tempatan berpeluang mempamerkan produk-produk mereka di hotel empat bintang, Hotel Jen Tanglin dalam acara ‘A Superlife Affair’.

    Acara dua hari itu merupakan sebahagian daripada kempen #NextJen oleh Hotel Jen yang bermatlamat untuk mendedahkan jenama-jenama tempatan di peringkat antarabangsa.

    Arfian Ishak, 29 tahun, pengasas syarikat yang memanggang dan membekal biji kopi ‘Nomad The Gallant’ adalah satu-satunya usahawan muda Melayu yang dipamerkan.

    “Sekarang ekonomi tidak berapa baik, ini adalah cara untuk kekalkan atau tambahkan lagi pendapatan dalam perniagaan. Saya mahu mencabar diri sendiri untuk melihat sejauh mana dan tahap saya boleh capai,” kata beliau.

    Arfian yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam industri kopi, memanggang sendiri biji kopi dari Brazil dan India lalu mencampurkannya.

    Campuran jenis kopi tersebut yang diberi nama “Exodus” kemudian dibekalkan kepada 18 tempat di Singapura termasuk kafe Jen’s the Kitchen On-The Go di Hotel Jen Tanglin.

    Akur terdapat persaingan sengit di kalangan peniaga baru, Arfian berpegang kepada prinsip tidak mudah menyerah.

    “Tidak takut untuk menghadapi orang yang lagi berjaya. Kadang-kadang mereka adalah orang yang boleh memberi nasihat. Jadi banyak bergaul, tidak boleh malu dan segan bak kekata, “malu bertanya sesat jalan”,” tambah beliau lagi.

    Arfian bakal membuka dua cawangan kafe di The Arcade dan Stanley Road menjelang akhir bulan ini.

    Acara ‘A Superlife Affair’ di Hotel Jen Tanglin berakhir esok (2 Julai).

    Source: Berita MediaCorp