Ibu Rindu Allahyarham Nasrulhudin, Kakitangan SMRT Yang Terbunuh

Kehilangan juga terasa bagi keluarga Cik Norizan.

Anak lelakinya yang ketiga, Nasrulhudin Najumudin, 26 tahun, meninggal dunia dalam satu kemalangan MRT di Stesen Pasir Ris pada 22 Mac 2016.

Allahyarham sedang menjalani latihan di tempat kerja apabila beliau dan seorang rakan sekerjanya dilanggar kereta api.

“Kadang-kadang, terasa macam dia masih ada. Tapi bila fikir balik, memang arwah dah tiada lagi dengan kita. Tapi kadang-kadang, terkenang keletahnya,” kata ibu Nasrulhudin, Cik Norizan.

Menurutnya lagi, lauk raya kegemaran Nasrul ialah Sambal Goreng dan beliau kuat tahan pedas.

“Saya memang siapkan cili padi. Jadi apa pun dia makan, dia akan potong-potong cili padi. Jadi sekarang saya tengokkan cili padi itu, dah tak ada orang makan, sebab dia yang makan,” ujar beliau lagi.

Sebagai menyambut lebaran, Cik Norizan sering memasak beraneka juadah dan kuih untuk saudara-maranya.

Oleh itu, pemergian Nasrul lebih terasa pada Syawal kali ini, kerana beliau rajin membantu untuk menghantar semua makanan tersebut.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *