Tag: Malaysia

  • Man Kidal Menyerah Diri Kepada Pihak Polis

    Man Kidal Menyerah Diri Kepada Pihak Polis

    Atas nasihat rakan-rakan dan bagi membersihkan nama baiknya dan keluarga, dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,” kata pemain gitar popular, Man Kidal, 54, mengenai pembabitan anaknya, Mohd Shefflee, 32, atau Elly dalam perniagaan ‘money game’ dan melarikan jutaan ringgit wang pelabur seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini. Man atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood berkata, anaknya itu menyerah diri minggu lalu bagi memberi keterangan dan hanya dibebaskan Ahad lalu.

    Man berkata, berikutan dakwaan yang tular itu, keluarganya menjadi mangsa cemuhan netizen di media sosial. “Kepada mereka yang tidak henti-henti mencemuh, menuduh dan melontarkan tohmahan terhadap anak saya, hentikan segera kerana ia turut membabitkan nama saya dan seluruh keluarga kami. Serahkan kepada polis dan biar mereka melakukan tugas mereka. Pada masa sama kami sedang mengumpul bukti untuk membuktikan Elly tidak bersalah,” katanya. Man berkata, Elly kini menguruskan perniagaannya seperti biasa dan akan terus memberikan kerjasama kepada polis sehinggalah kes itu selesai.

    Man berkata, anaknya itu tidak pernah melakukan kegiatan itu. Menerusi syarikatnya Global Tijari Holdings Berhad, dia mengeluarkan pelbagai produk termasuk untuk kesihatan. “Dia ada kilang dan produk keluarannya memang berdaftar. Ada lebih 1,000 pelabur yang melabur dalam perniagaan itu tetapi hanya 80 orang yang mendakwa Elly menipu mereka. Mungkin perkara itu terjadi kerana ketika menandatangani kontrak, mereka tidak membaca dan memahami syarat serta terma tertentu yang terkandung dalam kontrak itu dengan jelas. Antaranya ialah keuntungan yang akan diagihkan kepada pelabur berdasarkan keuntungan yang diperoleh syarikat. Jika pada tempoh tertentu, syarikat tidak memperoleh keuntungan, maka ia turut memberi kesan kepada pelabur dan bukannya Elly melarikan wang pelabur seperti yang didakwa,” katanya.

     

    Source: Harian Metro

  • (Reader Contribution) Rakyat Malaysia Ditindas Oleh Orang Luar

    (Reader Contribution) Rakyat Malaysia Ditindas Oleh Orang Luar

    This reader, a Malaysian, mentioned that foreigners like those from Singapore and Australia are taking advantage of the good exchange rate for Malaysian currency by purchasing properties and assets in Malaysia, not just one or two, but more than that. Do you agree with him?

    ***

    Maaf, saya nak berkongsi rasa. Saya join group keluarga Singapura. Group ni terdiri dari saudara mara saya di Singapura dan Australia. Baru sempat baca whatsapp mereka petang tadi. Hari ni mereka upload gambar penduduk singapura dan australia reramai keluar beratur panjang beli duit ringgit kita sebab duit kita jatuh teruk. Berita tentang negara kita memang panaslah kat negara luar.

    Penduduk luar sangat gembira dengan kejatuhan ringgit ni termasuklah saudara mara saya. Saudara mara saya banyak beli aset di Malaysia. Saudara mara saya bukan beli aset satu dua aje di Malaysia tapi lebih. Hampir setiap dari mereka ada aset di sini. Rumah, tanah, rumah kedai yang tak mampu kita termasuk saya miliki, mereka mampu beli.

    Saya rasa sedih sangat. Bukan sebab cemburu or dengki tapi kesian pada nasib kita rakyat Malaysia ni. Saya guru sejarah, paatriotik saya terusik. Saya bimbang satu hari nanti kita hanya bangga sebagai rakyat Malaysia tapi kita dhaif tak punya apa-apa di negara kita sendiri. Keadaan itu sudah hampir jadi realiti. Bila kita kejar keuntungan, kita jugak yang rugi akhirnya. Adik saya jurutera di putrajaya holdings, buat rumah semi d, harga rm6 juta.

    Saya tanya habis tak terjual. Adik saya kata habis, dibeli oleh orang luar singapura, taiwan, australia. Sedih kalau kita terpaksa merempat di bumi kita sendiri. Nak salahkan mereka? Tepuk dad, sesamalah kita renungkan. Saya tak salahkan mereka bila kita sendiri yang membuka ruang, peluang dan kesempatan untuk mereka.

     

    Source: Bukhari

  • Orang Malaysia Buat Hal Di Jepun Lagi, Kali Ini Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai

    Orang Malaysia Buat Hal Di Jepun Lagi, Kali Ini Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai

    Kisah sebelum ini mengenai seorang rakyat Malaysia membuat perangai tidak elok semasa berada di negara Jepun baru sahaja reda, kali ini muncul pula kisah terbaru mengenai rakyat negara kita tidak mengikut peraturan semasa menggunakan bilik solat pelbagai agama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Jepun.

    Seorang pengguna laman sosial Facebook, Tok Sheikh memuatnaik status serta gambar insiden berkenaan yang berlaku di lapangan terbang tersebut.

    Menurutnya, dia mengetahui kejadian itu setelah berborak dengan rakyat Malaysia di Jepun ketika sedang makan di sebuah restoran halal di sana.

    “Gambar tersebut diambil semasa mereka ingin menggunakan ruang solat (wanita) dan mendapati dua orang perempuan telah tidur dan basuh pakaian mereka di situ,” ujarnya.

    “Mereka turut sidai pakaian di dalam bilik itu sedangkan papan kenyataan sudah menyatakan apa yang tidak boleh dibuat ketika berada di dalam ruang solat berkenaan,” jelasnya.

    Dia yang juga bekerja dengan syarikat pelancongan dan sentiasa berulang-alik ke negara itu berasa kesal dengan tindakan rakyat Malaysia yang tidak prihatin serta tidak mematuhi peraturan menggunakan kemudahan awam di sana.

    “Sekiranya nanti kemudahan seperti ini ditarik balik, ia akan menjadi masalah kepada semua pelancong yang ingin solat di tempat yang disediakan,” sambungnya.

    “Kepada mereka yang ingin belajar melancong ke luar negara, hendaklah juga belajar menjaga adab kerana kita membawa nama negara,” tambahnya lagi.

    “Jika perkara seperti ini terus berlaku, ia amat memalukan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

    Diharap kita semua dapat menjaga tingkah laku semasa berada di luar negara kerana kita bukan sahaja melancong, tetapi kita juga membawa nama negara jika melakukan perkara tidak elok di negara orang seterusnya menjejaskan imej dan nama negara.

     

    Source: https://www.vitdaily.com

  • Trump To Meet PM Najib On Sept 12 At White House

    Trump To Meet PM Najib On Sept 12 At White House

    US President Donald Trump plans to meet Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on September 12 at the White House.

    In a statement on Wednesday, the White House said Trump is looking forward to discuss ways to further strengthen and broaden US-Malaysia bilateral ties and expand regional cooperation with one of US’ closest partners in Southeast Asia.

    “President Donald J. Trump will welcome Prime Minister Najib Abdul Razak of Malaysia to the White House on September 12.

    “President Trump looks forward to celebrating the 60th anniversary of United States-Malaysia bilateral relations and discussing ways to strengthen and broaden our bilateral relationship and expand regional cooperation with one of America’s closest partners in Southeast Asia,” said the statement.

    The Wall Street Journal, which first reported the plan for a meeting, said Najib has been eager to emphasise his friendship with Trump.

    US relations with Malaysia, which the United States sees as an important partner in standing up to China’s extensive territorial claims in East Asia, had improved under former President Barack Obama, who in 2014 became the first US president to visit the country in 50 years.

     

    Source: https://www.nst.com.my/

  • Commentary: Perangai Ganas Msia Inspired Dari Zed Zaidi; Tak Terima Orang Luar Lebih Bagus

    Commentary: Perangai Ganas Msia Inspired Dari Zed Zaidi; Tak Terima Orang Luar Lebih Bagus

    Menteri dan Polis Malaysia sepatutnya ketatkan kawalan, memberi nasihat pada peminat2 sukan yg fanatik supaya jaga akhlak dan melayan tetamu dgn baik. Apa gunanya semangat nak bantu Syria, Palestin, Rohingnya, tapi bila part sukan, menjadi pengganas diluar stadium memukul orang menumpahkan darah, memanggil orang dgn kata2 makian. 👎

    Takde satu pun Menteri dan Polis bersuara untuk menjaga akhlak. “Majulah Sukan untuk Negara”? Apa gunanya harumkan nama negara dgn pingat emas tapi akhlak peminat fanatik seperti anjing serigala mengancam keselamatan dan membuat kerosakan. 👎

    Dalam 20 tahun sukan sea diadakan, kali ni di Malaysia paling buruk dan ganas dalam sejarah. Kalau tak tahu adat bersukan, lu main bola kocek sudah lah bro! Perangai inspired dari Zed Zaidi yg tak boleh terima orang luar menang pingat. Puikks! 💦💦💦👎

    Tapi aku banggalah kawan2 Malaysia aku kat fb ni semuanya sportmanship dan berakhlak. 👍
    Keep it up bro n sis.

    Majulah sukan untuk negara.
    Malulah akhlak untuk negara.

    Atok Bekam
    Atok Khairuddin

     

    Source: Ahmad Khairuddin