Tag: Melayu

  • Jutawan Bujang 29 Tahun: Aaron Rylan Keder Kongsi Tip Kejayaan, Mahu Bina Empayar

    Jutawan Bujang 29 Tahun: Aaron Rylan Keder Kongsi Tip Kejayaan, Mahu Bina Empayar

    “Saya tidak memikirkan tentang rancangan kegagalan. Jika saya memikirkan tentang kegagalan, saya tiada masa untuk maju ke hadapan.” Itulah kata-kata anak muslim Singapura bernama Aaron Rylan Keder, yang menjadi jutawan pada usia 24 tahun sahaja!

    Aaron, yang kini berusia 29 tahun, adalah pemilik dua buah syarikat, ejen hartanah dan juga jurulatih motivasi, yang pernah menarik perhatian media tahun lalu apabila kereta Lamborghini miliknya menjadi sasaran aksi seorang penunggang basikal lasak.

    Tidak dapat dinafikan, aura, gaya dan cara perbualannya mudah membuat seseorang itu terpaku untuk terus mendengar dan menimba ilmu daripada pengalaman peribadi beliau. Apa tidaknya, beliau berjaya bergelar seorang jutawan pada usia muda sedang ramai rakan sebayanya baru mula bekerja.

    Ditambah pula dengan kejayaan serta kemewahan yang diraihnya setakat ini, jejaka bujang ini turut menjadi sumber inspirasi dan dorongan bagi ramai belia mahupun usahawan yang mahu mengikut jejak langkahnya dan menjadi seorang yang berjaya.

    “Jika kebanyakan orang memikirkan tentang rancangan kegagalan sehingga terlupa untuk bergerak ke hadapan, saya rasa saya lebih banyak meluangkan masa untuk berfikir tentang peluang-peluang sehingga terlupa memikirkan tentang kegagalan,” kongsi Aaron lagi tentang cara pemikiran yang diamalkannya, kepada BERITAMediacorp.

    Yang pasti, matlamat pemilik syarikat Newash Facility Management dan syarikat reka bentuk ARK-hitecture ini adalah jelas – untuk sentiasa mencari peluang dan menjana pendapatan.

    Malah, dengan berbekalkan ilmu dalam bidang hartanah, Encik Aaron turut memanfaatkannya untuk mengukuhkan perniagaannya bagi kedua-dua syarikat selain memastikan pendapatan yang terjamin.

    “Sebagai seorang ejen hartanah, saya menyasarkan kepada pasaran khusus besar iaitu bagi hartanah berlaman sahaja (landed property), untuk membantu perniagaan saya. Kerana di akhirnya, saya tidak mahu menjadi seorang ejen. Matlamat utama saya adalah untuk memajukan bisnes saya dan membina sebuah empayar,” kongsinya, yang membuka bisnes Newash terlebih dahulu.

    KECEWA DENGAN KOLABORASI, AARON BUKA SYARIKAT REKA BENTUK DALAMAN SENDIRI

    Memiliki sebuah syarikat pengurusan kemudahan dan meraih pendapatan besar dari penjualan hartanah berlaman mungkin dapat memuaskan sesetengah pihak, tetapi tidak semudah itu bagi Encik Aaron. Beliau ternyata enggan berhenti setakat di situ.

    Bahkan, beliau bertindak untuk berkolaborasi dengan seorang rakan yang memiliki syarikat reka bentuk dalaman bagi memberikan khidmat kepada kliennya dalam bidang hartanah.

    Bagaimanapun, Encik Aaron akhirnya bertekad untuk membuka syarikat reka bentuk dalamannya sendiri meskipun tidak mempunyai sebarang pengalaman, selepas berlaku apa yang didakwanya ketidakadilan dalam kolaborasi tersebut.

    “Secara jujurnya, bidang reka bentuk dalaman bukanlah minat saya. Saya tidak gemar melukis dan saya bukan seorang yang teknikal. Tetapi terdapat peluang di situ kerana pasaran reka bentuk kian meluas dengan adanya lebih banyak flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) dan flat jualan semula.

    “Dan dengan bisnes-bisnes di bawah naungan saya setakat ini, saya kini dapat melakukan khidmat di bawah satu bumbung,” jelasnya, yang mempunyai sekitar 300 pekerja bagi kedua-dua syarikatnya.

    DARI VAN KE KERETA LAMBORGHINI

    Yang jelas, beliau berjaya maju setapak demi setapak untuk mencapai kejayaannya hari ini. Malah, kejayaan ‘bertahap-tahap’ itu juga dapat dilihat menerusi kereta Lamborghini Gallardo LP560 miliknya, iaitu kereta keenam yang dibelinya setakat ini.

    Bermula dengan sebuah van Fiat Doblo, beliau kemudian menukar kepada kereta pertamanya, Mazda 3 dan beralih ke Toyota Silica, BMW Z4, Maserati Granturismo sebelum memiliki Lamborghini Gallardo Generasi Pertama.

    Encik Aaron memberitahu BERITAMediacorp: “Saya menetapkan matlamat jangka 1 tahun enam bulan untuk menukar kereta. Jika saya mampu membelinya, saya akan membelinya sebagai ganjaran kepada diri saya sendiri,” katanya, yang membeli tanpa sebarang pinjaman.

    AARON: DENGAN KEMEWAHAN INI, ADAKAH IA CUKUP BAGI SAYA?

    Malah, adalah mustahil untuk berkata wang tidak sedikit sebanyak membawa kebahagiaan. Begitu juga yang dirasakan oleh Encik Aaron sewaktu beliau menginjak dewasa. Bahkan, itu jugalah yang menjadi pendorong utamanya untuk terus berjaya ketika itu.

    Bagaimanapun, semakin beliau meningkat dewasa, beliau kini lebih terdorong apabila melihat mereka yang lebih berjaya. Meskipun begitu, beliau kini lebih memberikan tumpuan kepada usaha menghulurkan bantuan kepada orang lain.

    “Dahulu, saya terlalu memberikan tumpuan kepada kerja sehingga terlupa pada mereka yang berada dalam kesukaran dalam masyarakat saya sendiri.

    “Bahkan, pada bulan Ramadan lalu, saya mula tertanya-tanya, dengan semua kemewahan ini, adakah ia cukup bagi saya? Anda mungkin berfikir saya berasa gembira, tetapi tidak. Saya sedar kebendaan tidak membuat saya gembira.

    “Dan sebagai seorang muslim, saya yakin bahawa, lebih banyak kebaikan yang kita lakukan, lebih banyak keberkatannya dari Allah. Dan apabila saya membantu orang lain dan melihat mereka tersenyum, saya berasa gembira.

    “Jadi itulah matlamat saya sekarang. Saya tidak hanya mahu bergantung kepada kemewahan, tetapi saya juga mahu membantu orang lain dan harap-harap mereka juga akan mendoakan saya, sementara saya terus bekerja keras dan mencapai apa saya inginkan,” kongsi Encik Aaron, yang pernah berkhidmat sebagai seorang penjual bertih jagung dan pembersih sebelum menjalani Perkhidmatan Negara (NS).

    BERGAUL DENGAN MEREKA YANG LEBIH BERJAYA, TAPI BERPIJAK DI BUMI NYATA

    Juga ingin membantu melatih para usahawan belia, Encik Aaron turut berkongsi pendapat tentang cara untuk mengembangkan idea selain memberi panduan bagi memulakan bisnes.

    Antaranya adalah untuk mendapatkan geran pemerintah bagi syarikat pemula SME dan banyakkan bertanya serta mendapatkan bantuan daripada mereka yang terlibat dalam industri yang ingin diceburi itu.

    “Selain itu, jangan membeli sesuatu di luar kemampuan anda. Elakkan pinjaman kerana ia boleh membebankan anda. Jika anda sudah mengembangkan bisnes, cari pelabur untuk memperluaskan portfolio anda.

    “Dan juga, sentiasa berasa terdorong. Jika anda berada dalam zon keselesaan anda, sudah tiba masanya untuk anda keluar dan bergaul dengan mereka yang lebih berjaya daripada anda bagi berkongsi idea dan pendapat, tetapi usah lupa untuk berpijak di bumi nyata,” katanya.

    Encik Aaron turut menasihati supaya mengelakkan dua pemilik dalam sesebuah syarikat tetapi pemilik itu digalak untuk berkolaborasi. Beliau juga menekankan pentingnya mencari peluang untuk berkembang dengan membaca akhbar selain membuat lebih ramai rakan agar dapat melihat gambaran yang lebih luas.

    FALSAFAH – JANGAN NAIK LIF KERANA MAHU ELAK NAIK TANGGA

    “Pendek kata, seperti yang dinasihatkan oleh ibu saya – jangan pernah menaiki lif untuk mengelakkan dari naik tangga; sentiasa naik tangga itu setapak demi setapak,” katanya, yang turut mempunyai hasrat untuk menceburi bisnes makanan suatu hari nanti.

    Encik Aaron turut memberitahu BERITAMediacorp, prestasi masyarakat Islam kini semakin baik, dengan adanya lebih ramai graduan dari universiti tempatan. Cara pemikiran masyarakat juga kian berubah dan lebih ramai di kalangan golongan Melayu yang berani mencuba.

    “Saya gembira melihat perubahan ini. Ia adalah suatu perubahan positif. Tetapi mereka kurang dibimbing bagi memulakan bisnes. Lantas, saya ingin membantu melatih dan menghubungkan mereka dengan pihak-pihak yang sewajarnya bagi memperluaskan idea dan perniagaan mereka,” katanya lagi.

     

    Source: http://origin-berita.mediacorp.sg

  • Commentary: Do Muslims Actually Want To Live In Homogeneous Society & Fence Up From Everything Not Islam Or Islam Enough?

    Commentary: Do Muslims Actually Want To Live In Homogeneous Society & Fence Up From Everything Not Islam Or Islam Enough?

    Sometimes I wonder, really wonder, whether some Muslims want to actually live in a homogeneous society and fence themselves up from everything that is not Islam or Islam enough.

    But then I see them using facebook, whatsapp, smart phones, instagram; drive cars made by kafirs; eat kafir food at kafir franchise fast food restaurants; carry kafir handbags; wear nice little but expensive tudungs made in kafir countries; watch kafir tv; idolise kaya actors, actresses, icons who drape themselves with kafir made jewelries and attires etc etc etc. Some even drink halal beer.

    Many would commit mass pecah amanah secara terbuka by melayan social media waktu kerja or gossiping about some actresses tunjuk peha gebu during office hour (what irony) or lying to the doctor to get mc for an extra day off after a long weekend.

    Some would come to my house and actually ask where I bought the chicken and soya drinks that I was serving them. But they would pour chili sauce made by kafir companies, on their steaks no less. (eating steaks with chili sauce in itself is a sin).

    Really, aku tak paham perangai depa ni semua.

    Apakah persetubuhannya yang depa mau?

    #lostintranslation
    #scarlettjohansson
    #bastardbinabdullah
    #huntdowntheatheists
    #marryyourrapist
    #rapeandmarry

     

    Source: Azhar Harun

  • Legend, Comedian, Alias Kadir, Succesfully Underwent Operation To Remove His Left Leg

    Legend, Comedian, Alias Kadir, Succesfully Underwent Operation To Remove His Left Leg

    Comedian,  Alias Kadir, successfully undergo a surgery to remove his left leg below the knee, at NUH. This surgery was carried out on the advice of doctors after ascertaining that a cut on his toe had become worse and may threaten his life.

    Alias is in stable condition. At this moment, Alias is taking the opportunity to rest and recuperate.

    Selepas dua jari kakinya dipotong baru-baru ini, pelawak Alias Kadir kini terpaksa kehilangan kaki kirinya pula.

    Pagi tadi beliau telah selamat menjalani pembedahan untuk memotong bahagian bawah lutut kaki yang sama di Hospital Universiti Singapura (NUH). Ini selepas doktor menasihatkan beliau berbuat demikian memandangkan luka pada kaki kirinya itu semakin serius dan boleh mengancam nyawa.

    Alias yang sempat dihubungi beberapa jam selepas pembedahan berkata beliau masih berasa sakit dan perlu banyak berehat.

     

    Source: Berita Harian Singapura

  • Zed Zaidi Rasa Terugut, Kakitangan Persatuan Seniman Lapor Nick Mikhail Kepada Polis

    Zed Zaidi Rasa Terugut, Kakitangan Persatuan Seniman Lapor Nick Mikhail Kepada Polis

    Gara-gara mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zed Zaidi, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis terhadap seorang selebriti televisyen Singapura iaitu Nick Mikhail Razak.

    Pada Selasa lalu, Nick Mikhail mengeluarkan tuduhan itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya.

    Laporan polis dibuat oleh Pengerusi Biro Perpaduan dan Antarabangsa Seniman iaitu Datuk Subash Sundaramoorthy, 36, di Balai Polis Taman Melawati  pada Khamis.

    Menurut Subash, pihak Seniman terpanggil untuk melaporkan kepada polis mengenai perkara itu setelah merasakan tindakan Nick Mikhail itu melampau sehingga mencalarkan kredibiliti Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia.

    Malah jelas Subash, ia bukan kali pertama individu itu menyelar Zed Zaidi dan pihaknya sebelum ini hanya berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

    “Ini kali ketiga individu berkenaan mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat, fitnah terhadap Seniman dan presiden jadi atas sebab itu kita rasakan perlu membuat laporan polis kerana sebelum ini kami senyap sahaja.

    “Kata-katanya iaitu ‘kalau lu langgar sama Aliff Aziz lu langgar sama gua. Sekarang wa cabar sama lu, lu pancung, lu datang kita tunggu sama lu’ adalah satu ugutan melampau.

    “Kita rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan Seniman dan presiden dari terus diperkotak-katikkan oleh individu yang tiada kaitan dengan persatuan.

    “Zed sendiri tidak tahu kami akan buat laporan polis dan hanya memberitahunya pagi ini,” akhirnya.

     

    Source: www.karyahati.com

  • 2 Anak Melayu Cemerlang Lanjut Pelajaran Di Oxford, Harvard

    2 Anak Melayu Cemerlang Lanjut Pelajaran Di Oxford, Harvard

    KERJAYA dua penyelidik setempat ini dalam bidang akademik dan penyelidikan mendapat suntikan dengan biasiswa yang menyokong mereka mengikuti program di universiti terulung dunia.

    Cik Nurul Amilllin Hussain, 26 tahun, akan memburu ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang geografi di Universiti Oxford.

    Beliau mengkaji kemampanan dan cara orang ramai menggunakan sistem tenaga suria.

    Dr Izzuddin Aris, 31 tahun, pula akan ke Universiti Harvard bagi program poskedoktoran dalam bidang perubatan.

    Beliau pula mengkaji asal usul penyakit, termasuk faktor risiko di peringkat awal kehidupan – daripada sebelum kehamilan ibu hingga selepas kelahiran – yang boleh membawa kepada penyakit kronik dalam kanak-kanak dan kemudian sebagai dewasa.

    Mereka merupakan antara 38 penerima Skim Bakat Pengajaran dan Penyelidikan Akademik (Start) Kementerian Pendidikan (MOE) yang menyokong warga Singapura yang ingin memburu kerjaya di universiti berautonomi setempat dan bertujuan membantu universiti itu membangun bakat akademik mereka.

     

    Source: www.beritaharian.sg