2 Anak Melayu Cemerlang Lanjut Pelajaran Di Oxford, Harvard

KERJAYA dua penyelidik setempat ini dalam bidang akademik dan penyelidikan mendapat suntikan dengan biasiswa yang menyokong mereka mengikuti program di universiti terulung dunia.

Cik Nurul Amilllin Hussain, 26 tahun, akan memburu ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang geografi di Universiti Oxford.

Beliau mengkaji kemampanan dan cara orang ramai menggunakan sistem tenaga suria.

Dr Izzuddin Aris, 31 tahun, pula akan ke Universiti Harvard bagi program poskedoktoran dalam bidang perubatan.

Beliau pula mengkaji asal usul penyakit, termasuk faktor risiko di peringkat awal kehidupan – daripada sebelum kehamilan ibu hingga selepas kelahiran – yang boleh membawa kepada penyakit kronik dalam kanak-kanak dan kemudian sebagai dewasa.

Mereka merupakan antara 38 penerima Skim Bakat Pengajaran dan Penyelidikan Akademik (Start) Kementerian Pendidikan (MOE) yang menyokong warga Singapura yang ingin memburu kerjaya di universiti berautonomi setempat dan bertujuan membantu universiti itu membangun bakat akademik mereka.

 

Source: www.beritaharian.sg

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *