Tag: Muslims

  • Lagi 25,000 Ruang Solat Disediakan Menjelang 2018

    Lagi 25,000 Ruang Solat Disediakan Menjelang 2018

    Menjelang 2018, sekitar 24,700 ruang solat akan disediakan, satu peningkatan sejak 2009.

    Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim di Parlimen hari ini (14 Apr).

    Ini selepas kerja-kerja peningkatan dan naik taraf selesai dijalankan bagi lima buah masjid di bawah Fasa Kedua Program Peningkatan Masjid; termasuk pembangunan semula Masjid Darul Ghufran dan pembinaan Masjid Maarof di Jurong West pada lewat tahun ini dan Masjid Yusof Ishak di Woodlands pada awal tahun depan.

    Bulan lalu, Dr Yaacob mengumumkan bahawa sumbangan bulanan kepada Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) akan dinaikkan antara $1 dengan $10, bermula 1 Jun. “Ini perlu bagi memenuhi keperluan kritikal masyarakat kita,” kata Dr Yaacob, sambil menarik perhatian bahawa sejak 2009, dua buah masjid dibina dan 17 dinaik taraf.

    Dr Yaacob turut mengumumkan bahawa kawasan solat sementara yang berbumbung boleh menampung 500 jemaah, bakal dibangunkan bertentangan Masjid Al-Istighfar pada lewat tahun ini bagi mengurangkan kesesakan. Dalam jangka panjang, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga akan menjalankan kerja naik taraf di masjid tersebut.

    Dr Yaacob menambah: “Tahun lalu, saya berkongsi pelan jangka panjang untuk membina sebuah masjid baru di Tampines North. Sepanjang tahun lalu, kami bekerja rapat dengan agensi-agensi pemerintah untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi masjid baru itu, sambil mengambil kira keperluan masa hadapan kejiranan itu.

    “Dengan itu, sukacita saya umumkan bahawa kami sudahpun mendapatkan tempat dekat Avenue 10 dan masjid baru itu bakal dibina di tengah-tengah bandar Tampines North. Masjid itu adalah untuk menampung para penduduk dan pekerja di kawasan itu, yang juga boleh dimanfaatkan oleh para penduduk di Pasir Ris West dan Punggol.”

    Source: Berita Mediacorp

  • PBB: Kebanyakan Mangsa Pengganas Adalah Orang Islam

    PBB: Kebanyakan Mangsa Pengganas Adalah Orang Islam

    Sebahagian besar mangsa fahaman pelampau ganas adalah orang Islam, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.

    Beliau menambah bahawa objektif pihak pelampau ialah “supaya kita bermusuhan antara satu sama lain, dan perpaduan kita adalah tamparan paling hebat kepada strategi mereka itu”, lapor akhbar Asianlite.

    Encik Ban berkata demikian di Persidangan Geneva tentang ‘Mencegah Fahaman Pelampau Ganas – Memandang ke Hadapan’, yang dihoskan secara bersama dengan pemerintah Switzerland dan PBB.

    Beliau ditukil Asianlite sebagai menegaskan: “Marilah kita sama-sama menyedari hakikat bahawa kebanyakan mangsa di seluruh dunia adalah orang Islam.”

    Kata Encik Ban, para anggota pelampau cuba memecahbelahkan masyarakat dan matlamat mereka ialah agar ketakutan dibiarkan bermaharajalela.

    “Marilah kami jadikan persidangan ini, dan perpaduan kami hari ini, tamparan paling hebat kepada strategi mereka,” ujarnya seperti ditukil Asianlite.

    Menurut laporan itu lagi, Encik Ban menekankan bahawa pelan bertindak yang dikemukakan beliau kepada Perhimpunan Agung PBB pada Januari lalu mengandungi saranan-saranan kukuh, dan boleh menjadi asas kepada kerjasama global bagi membanteras fahaman pelampau ganas.

    Encik Ban mengakui bahawa setiap kali kita bercakap tentang fahaman pelampau, tidak boleh dielakkan bahawa kumpulan pengganas seperti ISIS atau Boko Haram akan menjadi sebutan.

    Namun katanya, “fenomena fahaman pelampau ganas yang membawa kepada pengganasan tidak berakar atau terhad kepada sebarang agama, daerah, kerakyatan atau kumpulan etnik.”

    Beliau menambah bahawa fahaman pelampau ganas jelas satu ancaman rentas sempadan yang memerlukan kerjasama antarabangsa serta-merta.

    Encik Ban menjelaskan bahawa Pelan Bertindak untuk Mencegah Fahaman Pelampau Ganas yang dilakar beliau, mengemukakan pendekatan menyeluruh dan seimbang bagi tindakan bersama di peringkat global, serantau dan nasional.

    Source: Berita Mediacorp

  • Walid J. Abdullah: No Political Merits For Opposition To Fight For Foreign Workers Issue Vs Malay Muslim Issues

    Walid J. Abdullah: No Political Merits For Opposition To Fight For Foreign Workers Issue Vs Malay Muslim Issues

    The recent Parliamentary sessions really demonstrated both the positive aspects and limitations of our opposition, as it stands.

    MP Faisal’s question on Muslims and the navy has resulted in a discussion on the said matter. Not that he is the first person to ask this question; many Muslims have articulated similar concerns before. But because he is a parliamentarian, and because the question was asked in Parliament, the issue has gained traction. For people who always ask ‘what’s the point of having opposition MPs; all i want is a clean neighbourhood, shelters to my bus stops etc’, this is the perfect example you should consider.

    At the same time, the fact that Denise Phua wasn’t challenged for her statements in Parliament – by both her colleagues and the opposition – is more than slightly disturbing to me. There was nothing unambiguous about the speech; the moment i read it i cringed. And felt angry. And was perturbed. And disappointed. In many ways, the government response to the navy question was expected, but this speech, was extraordinary. Yet, it elicited no response.

    To be honest, i am just as disappointed in the opposition for not challenging her speech. An indirect Facebook status about the incident and some feel-good anecdotes to show Singapore society’s ‘tolerance’, is quite simply, not enough.

    One cannot help but wonder why this is the case. Worse still, some tried to justify it by stating it is ‘a matter of choosing the wrong words’. Erm, no it isn’t. It is about the essence of the speech! Not the ‘phrasing’.

    Why didn’t anyone comment on the matter? Is it because there is no political mileage in standing up for foreign workers? Or did the rest agree with her statements? Is it about foreign workers per se, or is it about Indian/South Asian foreign workers in particular (which would then indicate a racial dimension to the matter)?

    Whatever the reason is, together with the other incidents (Navy and halal food, Tampines 1’s Chinese audience and people subsequently trying to justify it by stating it is a business decision, not a racial one), as a minority, one cannot help but worry about the tone of proceedings.

     

    Source: Walid J. Abdullah

  • Staf Sarjan Abdul Hakim, Staf Sarjan Fadli Shaifuddin Dipuji PM Lee Kerana Tolak Rasuah

    Staf Sarjan Abdul Hakim, Staf Sarjan Fadli Shaifuddin Dipuji PM Lee Kerana Tolak Rasuah

    Dua pegawai polis trafik Melayu dipuji Perdana Menteri Lee Hsien Loong kerana menolak rasuah.

    PM Lee memuji Polis Trafik Staf Sarjan Abdul Hakim dan Staf Sarjan Fadli Shaifuddin, di laman Facebooknya hari ini (7 Apr), setelah bertemu mereka dan lagi 43 pegawai awam dan individu di majlis perasmian pameran bergerak CPIB “Declassified Corruption Matters”.

    Menurut PM Lee, kedua-dua pegawai itu diberi wang sogok sewaktu sedang menjalankan tugas namun dengan keras menolaknya.

    PM Lee menegaskan, sistem Singapura yang bersih dan bebas rasuah tidak boleh diambil mudah.

    PM Lee menambah, tugas mengawas sistem, menyiasat kes-kes dan mencari orang-orang yang jujur, telus dan berwibawa di semua peringkat dalam pemerintah memerlukan kerja keras.

    PM Lee turut merakamkan penghargaan dan terima kasihnya kepada para pegawai lelaki dan wanita yang mana kejujuran, kewibawaan dan keazaman mereka menjadikan Singapura sebuah negara yang bebas rasuah.

    Pameran “Declassified Corruption Matters” itu diadakan di Perpustakaan Negara sehingga 22 Mei.

    Source: Berita Mediacorp

  • Damanhuri: The Elites On Top Should Climb Down From Their High Towers

    Damanhuri: The Elites On Top Should Climb Down From Their High Towers

    When the government’s attitude and relationship with an entire minority community are based on suspicion and distrust, their arguments to dance around that disgusting truth gets more and more hollow and untenable. Discrimination based on race and religion still exists and must end starting with the government. 50 years of tolerance by the minority deserves a better response than pathetic excuses to justify policies that remains on the shelf when it has long past its expiry date. The majority Chinese, Malay, Indian and Eurasian Singaporeans (especially hdb-dwellers) are well in the road of integration, respect and tolerance. Its those few elites on top that seems out of sync in their high towers.

     

    Source: Damanhuri Abas