Tag: Presiden

  • Mohamed Jufrie: Takkanlah Presiden Bertudung Tapi Sesetengah Jawatan Lain Tidak Dibenarkan Kerana ‘Problematic’

    Mohamed Jufrie: Takkanlah Presiden Bertudung Tapi Sesetengah Jawatan Lain Tidak Dibenarkan Kerana ‘Problematic’

    Terdapat harapan di sebahagian masyarakat Melayu Islam agar isu-isu yang membelenggu masyarakat kita itu, seperti pemakain tudung, diskriminasi dalam perkhidmatan negara dan banyak lagi, akan terhurai semasa tempuh perkhidmatan seorang Presiden Melayu Islam.
    Jika benar berlaku ia akan memberi makna kepada pindaan perlembagaan yang memberi giliran kepada masyarakat minoriti menyandang jawatan tertinggi negara itu.
    Sangat anih dan menghampakan jika peluang yang diberi ini tidak membuahkan perubahan yang diharapkan dan ianya hanya untuk dipamir-pamirkan kepada dunia tentang kewujudan masyarakat berbilang bangsa di Singapura.
    Takkanlah presiden bertudung tetapi sesetengah jawatan lain tidak dibenarkan pemakain tudung kerana akan menimbulkan masalah (problematic kata mereka)? Dan presiden seorang Melayu Islam tetapi masyarakat Melayu Islam didiskriminasi dalam angkatan bersenjata? Lucukan?
    Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Tariklah nafas panjang-panjang dan urut dada sementara menanti. Bukankah penantian seperti ini, yang berdekad-dekad lamanya, satu penyiksaan batin?

     

    Source: Mohamed Jufrie Bin Mahmood

  • Puan Halimah Yacob Menerima Surat Tahniah Dari Presiden Jamiyah

    Puan Halimah Yacob Menerima Surat Tahniah Dari Presiden Jamiyah

    Setinggi-tinggi tahniah buat Puan Halimah Yacob yang dipilih menjadi Presiden negara ini, demikian dinyatakan Jamiyah dalam satu surat yang dikirimkan kepada beliau hari ini (15 Sep).

    “Anda membuat semua rakyat Singapura bangga kerana menjadi Presiden wanita pertama dalam sejarah negara ini,” menurut surat itu yang ditulis Presiden Jamiyah Dr Mohd Hasbi Abu Bakar bagi pihak badan itu.

    Menurut surat itu lagi, pengalaman luas yang dibawa Puan Halimah ke pejabat Presiden akan memberi manfaat kepada beliau dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Presiden negara ini.

    “Moga Allah SWT melimpahkan kurnia dan rahmatNya bagi anda mencapai misi mulia anda,” tulis Dr Mohd Hasbi.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Dr MAZA: Tahniah Kepada Puan Halimah Yacob Menjadi Presiden Singapura

    Dr MAZA: Tahniah Kepada Puan Halimah Yacob Menjadi Presiden Singapura

    Tahniah Singapura!

    Saya nak ucapkan tahniah kepada Puan Halimah Yaakob yang menjadikan Presiden baru Singapura. Bagi sebuah negara sekular seperti Singapura memilih wanita muslimah bertudung menjadi Presiden merupakan sesuatu yang menarik.

    Walaupun ada pihak di Malaysia ini yang mempunyai sisi pandang yang kurang positif terhadap negara jiran kita itu, namun jangan kita lupa sudut positif yang banyak pada negara tersebut.

    Antara yang boleh kita sebut; negara Singapura yang lebih kecil saiz daripada Perlis itu lebih maju dari kita dalam banyak segi. Di sudut urus tadbir yang baik dan bebas rasuah mereka lebih cemerlang di mata indeks dunia. Demikian di sudut keselamatan dan keamanan.

    Perdana Menteri Singapura yang bukan Melayu itu jauh lebih fasih berbahasa Melayu dibandingkan ramai MP bukan Melayu kita. Walaupun ia negara sekular yang dipimpin oleh bukan muslim, mereka ada jawatan Mufti Negara dan pengurusan agama Islam secara rasmi. Pandangan agama mereka juga baik dan sederhana. Sesuai dengan sifat negara mereka.

    Tokoh-tokoh muslim progresif seperti Hamza Yusuf, Tariq Ramadan dan seumpama mereka disambut di peringkat negara. Fatwa mereka juga agak terbuka. Namun memerlukan keterbukaan yang lebih lagi. Pandangan hukum dari aliran literalis salafis dan traditionalis mazhab yang gagal melihat teks dan konteks dielakkan di negara berkenaan. Saya percaya ada perkara yang Umat Islam Singapura hendaklah melihat konteks mereka yang tersendiri yang berbeza dengan jiran-jiran mereka. Politik yang bijak dalam realiti yang ada lebih baik dari memperjuangkan sesuatu yang di luar kecapaian kita.

     

    Source: DrMAZA.com

  • Ismail L.A. : Polemik, Jenaka Dan Mati Pucok Presiden Pilihan

    Ismail L.A. : Polemik, Jenaka Dan Mati Pucok Presiden Pilihan

    ?? ALMARHUM YUSOFF ISHAK & SINGAPURA

    Semasa saya kecil saya selalu terdengar dan suka memerhatikan perbualan orang2 tua dengan arwah bapa saya berborak2 perihal politik Singapura dan selalu nama Presiden Singapura yang pertama iaitu Almarhum Yusoff Bin Ishak disebut.

    Waktu itu saya kurang mengerti soal politik semasa tetapi saya selalu dengar mereka menyebut Almarhum sebagai patung bernyawa, Presiden tidak guna, batang pisang dan lain2 lagi yang kurang enak, tidak pernah ada pujian dari lidah mereka.

    Sekarang baharu saya faham dan mengerti situasi pada masa itu dan apa yang selalu Pemerintah war-warkan sikap Almarhum sebagai Presiden yang berjiwa raayat sebenarnya banyak juga raayat yang tidak menyukai, mempersenda diri dan jawatan nya.

    Suatu tugas yang besar yang tidak mungkin dapat menyenangkan hati kepada semua lapisan masyarakat Singapura pada waktu itu.

    Jika polemik pemilihan Presiden untuk dibahaskan tahun ini supaya orang Melayu kita dapat sekali lagi menjawat jawatan itu dengan ehsan Pemerintah maka saya ingat kerendahan Presiden dimata masyarakat akan lebih lagi, bukan sahaja dikalangan Melayu sendiri malahan daripada masyarakat yang lain2 juga.

    Ini kerana hampir semua orang Melayu sedar yang Pemerintah hanya menpergunakan diri mereka dengan permainan politik kerana takut menerima kenyataan dimana Presiden pemilihan Pemerintah dalam pilihanraya Presiden kali ini akan kalah.

    Jika Pemerintah benar2 ikhlas mahukan bangsa minoriti Melayu memegang jawatan yang tertinggi itu kenapa Pemerintah menukar skim pemilihan langsung oleh konsensus Parlimen kepada pengundian raayat dimana umum semua tahu yang masyarakat kita belum lagi setara dengan kebolehan masyarakat bangsa2 lain.

    Hairan Pemerintah hanya mulai sedar bila mereka tersepit dan kini segala alasan tidak akan dapat memenangi lagi hati nurani masyarakat Melayu walaupun dihadiahkan jawatan Presiden itu.

    Presiden Melayu kita kali ini jika ianya terpilih akan dipersendakan dan kali ini akan lebih gelak dan memalukan lagi daripada yang dahulu dan puisi ‘Mati Pucok’ dari saudara Damanhuri Bin Abas politikus dari SDP sangat jelas kebenaran nya.

    Poetry by Mr Damanhuri Abas

    Mati Pucuk – Sempena Bulan Bahasa

    Maruah bangsa tidak berharga.
    Bila pemimpin dipilih sesuka.
    Mati pucuk pimpinan bangsa.
    Tinggal boneka bahan jenaka.

    Diangkat mahkota dibilang Raja.
    Mulut terbuka tanpa suara.
    Disuruh senyum Raja gembira.
    Kuasa konon ditipu bangsa.

    Dimata semua pembodek Kuasa.
    Melayu layu tidak semua.
    Akan ku tuntut Maha Kuasa
    Biar ku papa Maruahku Ada.

    Mati pucuk pimpinan bangsa.

    ✏️ Ismail L. A.

    Source: Mohamed Ismail Ismail

  • S R Nathan Banyak Sokong Usaha Masyarakat Melayu

    S R Nathan Banyak Sokong Usaha Masyarakat Melayu

    MUIS mengirim surat takziah kepada isteri dan keluarga mendiang Encik Nathan.

    MUIS melahirkan rasa “kesedihan yang mendalam di atas pemergian seorang pemimpin yang sangat dihormati”.

    Ia juga menganggap Encik Nathan sebagai “Presiden berjiwa rakyat” dan pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

    Menurut MUIS, mendiang Encik Nathan menghadiri banyak acara yang dianjurkan masyarakat Islam.

    Ini termasuklah inisiatif Cabaran Presiden Beriani Amal yang dipeloporinya.

    Dalam laporan berikut, Pengerusi Masjid Khalid, Encik Allaudin Mohamed berkongsi pengalamannya dalam menyediakan beriani amal itu.

    “Encik Nathan kalau pasal beriani, cakap di mana ada jual beriani, kata orang sedap sahaja, dia hendak cuba.Kalau dia makan beriani ada sistem dia sendiri, rasa nasinya dulu, apabila sudah hidu aromanya, letak masala, lepas tu campur daging. Apabila semua sudah cukup, baru makan dengan acarnya. Selagi ada beriani di rumah dia, di peti sejuk, nanti dia akan minta ‘Ada lagi beriani Allaudin?’,” Encik Allaudin memberitahu BERITAMediacorp.

    Selama 16 tahun, Encik Allaudin adalah ‘orang kuat dapur’ yang memasak beriani untuk acara tahunan Beriani Amal.

    Walaupun Encik Nathan tidak lagi menjadi Presiden, Pengerusi Masjid Khalid ini pastikan setiap bulan beliau akan menghantar sebungkus makanan kegemaran Encik Nathan itu ke rumahnya.

    Di sebalik hidangan istimewa ini, sebenarnya tersirat satu lambang.

    Lambang Beriani Amal Cabaran Presiden ini, beliau membuka satu ruang untuk masyarakat kita. Masjid ini bukan satu tempat untuk orang Islam sahaja.

    Selama berinteraksi dengan mendiang Encik Nathan, Encik Allaudin menyifatkannya sebagai seorang yang peramah, mempunyai budi pekerti yang tinggi dan sentiasa prihatin terhadap setiap lapisan masyarakat.

    “Selalu pesanan beliau adalah untuk masyarakat kita dan agama. Akhir-akhir ini berapa kali beliau bercakap mengenai agama sebab terdapat pergolakan Islam di dunia sekarang, beliau banyak prihatin dalam masyarakat Islam Singapura. Satu cerita yang beliau bilang dengan saya, “Allaudin, orang Melayu ini orang paling baik dan mereka senang. Mereka orangnya ‘simple’, tapi orang Melayu ini ada kekuatannya yang kita tidak nampak, cuma mereka terlampau baik jadi mereka tidak menggunakan kekuatan yang ada pada mereka itu untuk mempertengahkan kemahuan mereka.

    “Mereka lebih berkompromi. Mereka selalu mengalah, dan cari jalan yang lebih baik. Itu satu budi pekerti pada orang-orang Melayu yang lain masyarakat tidak ada. Pesanan beliau dengan saya, dan keluarga saya, bila saya bawa anak-anak saya, dia akan bicara tentang persekolahan. Tiap kali. Mesti mahu belajar pandai-pandai, kita dulu mak bapak tidak pergi sekolah, sekarang mesti pergi sekolah pandai-pandai. Jangan malas. Pendidikan adalah jalan menuju kejayaan dan menaik taraf masyarakat,” tambah Encik Allaudin.

    Tambah Encik Allaudin, kehadiran mendiang Encik Nathan dalam acara-acara kemasyarakatan seperti acara Beriani Amal menunjukkan komitmen dan penghargaan beliau kepada masyarakat Islam Singapura, sekali gus membina sebuah masyarakat penyayang.

    Source: http://berita.mediacorp.sg