Tag: rakyat

  • Komentar: Hentikan Mengguna Agama Sebagai ‘Momok’ Untuk Tujuan Menakutkan Rakyat

    Komentar: Hentikan Mengguna Agama Sebagai ‘Momok’ Untuk Tujuan Menakutkan Rakyat

    Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, menggesa masyarakat khususnya ahli-ahli politik agar berhenti menggunakan agama untuk tujuan menakutkan rakyat.

    Beliau berkata bahawa adalah malang apabila sesetengah anggota politik menggunakan agama sebagai momok untuk tujuan memecahbelahkan rakyat.

    Memetik keunikan di Sabah dan Sarawak, Dr Salleh berkata kedua-dua negeri tersebut tidak pernah berdepan masalah agama “tetapi kini sebilangan ahli politik cuba membangkitkan sentimen agama sebagai sebahagian strategi politik mereka”.

    “Ini bukan sahaja licik tetapi juga berbahaya. Malah (pemimpin veteran DAP (Parti Tindakan Demokratik)) Lim Kit Siang juga memperkatakan mengenai agama dalam catatan blog terbaru beliau,” kata Dr Salleh dalam catatan blog beliau hari ini (27 Nov).

    AHLI POLITIK ‘CETEK IDEA’

    Beliau menambah, banyak contoh dapat dilihat di seluruh dunia tentang apa yang berlaku apabila konflik agama dibangkitkan.

    “Mengapa kita mesti memisahkan umat Islam menjadi umat Islam yang moderat dan ekstrem dan seterusnya mengasingkan orang Islam dan bukan Islam? Hanya ahli politik yang cetek idea akan melakukan perkara ini.

    “Ia juga ironik apabila mereka yang melakukan pemisahan itu, merungut mengenai masalah tersebut dan berkata Malaysia perlu diselamatkan. Ia seperti ‘the fox offering to save the chickens from getting eaten by other foxes’ (Harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya),” katanya.

    Dr Salleh juga menegaskan pembinaan negara tidak dapat dicapai dengan memisahkan rakyat.

    “Jadi mari kita dengar penyelesaian daripada mereka yang cuba memecahbelahkan Malaysia. Bercakap mengenai betapa teruknya pemisahan ini, tidak akan menyatukan negara. Ia hanya akan memisahkan rakyat Malaysia.

    “Kita terus mendengar mengenai masalah ini tanpa memberi penyelesaian. Dan mereka yang mengkritik itu sebenarnya yang bermasalah,” katanya.

     

    Source: berita.mediacorp.sg

  • Damanhuri Abas: Pemimpin-Pemimpin Melayu PAP Diam Sepi Membisu, Membolehkan Pemerintah Terus Menerus Lakukan Diskriminasi

    Damanhuri Abas: Pemimpin-Pemimpin Melayu PAP Diam Sepi Membisu, Membolehkan Pemerintah Terus Menerus Lakukan Diskriminasi

    Siakap senohong gelama ikan duri.
    Bercakap bohong lama-lama mencuri.

    Peribahasa yg penuh hikmah diketepikan bangsa sendiri demi menegakkan benang yg basah.

    1. Jangan sekali-sekali menipu kerana ia akan menjadi tabiat buruk yg membinasakan.

    2. Pemimpin Melayu PAP dulu sekarang dan selama-lamanya kini kelihatan berani menggunakan kononnya pegangan mereka kepada keadilan dan anti-perkauman dalam menyoalkan rakyat yg ingin menggunakan hak mereka bersuara dan menentang penipuan. Rakyat marah terhadap cara. Agama kita murni dan mendidik niat tidak boleh menghalalkan cara. Kenapa kita rela menggadaikan nilai kita hanya demi kepentingan puak kita. Kerana pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.

    3. Di mana pula pemimpin-pemimpin ini, apabila pemerintahlah yg sebenarnya bertanggungjawab terhadap semua perkara yg mereka menuduh pihak lain lakukan. Kenapa mereka diam sepi membisu sahaja selama 52 tahun. Padahal pada waktu itu sesiapa yg bersuara menentang perkauman dituduh anasir oleh mereka sendiri yang kononnya akan menjejas keharmonian kaum.

    4. Mereka jugalah pemimpin Melayu yg telah membolehkan pemerintah terus menerus lakukan diskriminasi sewenangnya terhadap anak-anak muda melayu kita dalam perkhidmatan negara dengan segala alasan kepentingan dan maslahat lebih besar yang masih terus berlaku. Kenapa kesetian bangsa kita dipersoalkan tidak mereka tentang dan berani membela. Malahan merekalah yg paling di hadapan mencari alasan untuk Tuan mereka walaupun mereka bersikap dan bersifat perkauman.

    4. Sungguh Allah Maha Mengetahui, dolak dalik serta percobaan untuk mengelirukan rakyat akan menempelak ke muka mereka sendiri akhirnya.

    Budaya bangsa memberi peringatan agar jangan mudah terpedaya dengan kata-kata dan slogan manis. Lihat pada sejarah untuk mengenal musuh kesatuan kaum melalui tindakan dan apa yang mereka telah dan masih lakukan. Memang benar peribahasa melayu, indah kabar dari rupa.

     

     

    Source: Damanhuri Bin Abas

  • Commentari: Perlantikan Secara “Paksa” Adalah Langkah Ke Belakang / 10 Sebab Kenapa Orang Terasa Marah Terhadap PE2017

    Commentari: Perlantikan Secara “Paksa” Adalah Langkah Ke Belakang / 10 Sebab Kenapa Orang Terasa Marah Terhadap PE2017

    Sebenarnya perlantikan secara “paksa” ini adalah langkah ke belakang (Regressive move) dan ini bukanlah kali pertama ia berlaku di Singapura. Mungkin Dr Maza tidak tahu perkara ini, khususnya point no 7.

    Natijah (Wanita bertudung menjadi presiden) tidak menghalalkan cara.

    Jangan mudah terpedaya dengan bentuk, sistem dominan hari ini dalamannya bersopak, maka mereka harus bersungguh-sungguh untuk tutup dengan baju besi hebat yang berkilat.

    Memang kalau diperhatikan dalam sejarah yang tidak berapa lama, mereka yang suka melaungkan slogan “Tajdid” ala modenisasi ini biasanya bersifat literalis dalam bab menanggapi sistem yang datang dari barat, sifat yang mereka benci dalam membaca teks agama mereka buat dalam membaca konteks. Sedangkan bukan sahaja teks, konteks juga kadangkala perlu ditakwil.

    “Pemilihan secara paksa” ini adalah untuk memastikan tiadanya dissenting voice yang benar-benar substantial daripada Presiden terhadap PAP.

    Dari En Mohd Khair :

    10 Sebab Kenapa ada orang begitu marah terhadap PE2017

    1. Tan Cheng Bock terhalang dari bertanding kerana calon dihadkan hanya kepada orang Melayu

    2. Satu-satunya calon Presiden yang Terpilih mempunyai ayah bukan dari keturunan Melayu

    3. Kriteria Presiden Terpilih diubah sehingga menyempitkan pilihan bagi calon-calon Melayu yang layak

    4. Tiadanya calon Melayu yang benar-benar dianggap Melayu tampil ke depan untuk bertanding. Kedua-dua calon lelaki mohon untuk bertanding datang dari susur galur Marican dan Khan, manakala yang dua lelaki lain adalah dari kaum Cina

    5. Definisi siapakah itu orang Melayu oleh pemerintah tidak diterima kerana dianggap sebagai terlalu longgar

    6. Siapakah Presiden Terpilih yang pertama? – Ong Teng Cheong atau Wee Kim Wee? Tan Cheng Bock mencabar bahwa Presiden Terpilih pertama bukan Wee Kim Wee, tetapi Ong Teng Cheong. Oleh itu, menurut kata Tan Cheng Bock, pilihanraya Presiden kali ini bukan yang terhad kepada kaum minoriti. Menurut pemerintah, Wee Kim Wee adalah Presiden Terpilih pertama kerana beliau Presiden Singapura yang pertama mempunyai bidang kuasa yang diluaskan oleh perlembagaan yang dipinda.

    7. Menghadkan Presiden Terpilih hanya kepada calon Melayu melanggar dasar meritokrasi Singapura dan Perlembagaan Negara

    8. Menghadkan Presiden Terpilih hanya kepada calon Melayu menguatkan lagi tanggapan yang masyarakat Melayu tidak boleh maju ke depan tanpa bantuan pemerintah – pola pemikiran bertongkat atau “crutch mentality”

    9. Kenapa Presiden Terpilih boleh dihadkan atau dikhususkan kepada kaum minoriti tetapi tidak pula untuk jawatan Perdana Menteri

    10. Kenapa tiada pilihanraya kecil apabila Puan Halimah Yacob mengosongkan kawasan undinya untuk bertanding bagi jawatan Presiden Terpilih

    Beberapa fakta relevan mengenai Kedudukan Presiden Singapura, samada dilantik atau diplih

    1. Puan Halimah BUKAN calon Presiden yang pertama kali menang tanpa bertanding. Sebelum ini, Mendiang S R Nathan juga pernah menang tanpa bertanding sebanyak DUA kali, iaitu pada tahun 1999 dan 2005, apabila tiada calon lain yang layak untuk terima Sijil Kelayakan atau Certificcate of Eligibility.

    2. Presiden-Presiden berikut dilantik, dan tidak dipilih melalui proses pilihanraya:
    2.1 Yusof Ishak, 1965 – 1970
    2.2 Benjamin Henry Sheares, 1970 – 1981
    2.3 Devan Nair, 1981 – 1985
    2.4 Wee Kim Wee, 1985 – 1993

    3. Perlembagaan dipinda pada 1991 untuk menjadikan kedudukan Presiden bukan lagi diisi dengan perlantikan, tetapi dipilih melalui proses pilihanraya. Kuasa Presiden juga diluaskan merangkumi kuasa terhadap perbendaharaan negara dan juga perlantikan jawatan-jawatan penting dalam pemerintah. Pindaan ini dilakukan sewaktu tempoh Presiden Wee Kim Wee. Dengan pindaan perlembagaan tersebut, Presiden Wee Kim Wee diberi kuasa seorang Presiden Terpilih. Presiden-Presiden Terpilih selepas itu adalah berikut:
    3.1 Ong Teng Cheong, 1993 – 1999
    3.2 S R Nathan, 1999 – 2005 – 2011
    3.3 Tony Tan, 2011 – 2017

     

    Source: Noor Deros

  • Is She Out Of The Race? Singaporeans Knows She’s Indian?

    Is She Out Of The Race? Singaporeans Knows She’s Indian?

    I saw a post on facebook and wanted to share it because it might have a significant effect to Singapore and our malay community here.

    As you know the presidential election is coming, and Halimah Yacob might probably not be a ‘Malay’. It turns out that she actually had an Indian-Muslim father and her IC would have stated ‘Indian’ had her father not pass away before the registration. So now it really depends on the new committee to declare her either ‘Malay’ or ‘Indian’.

    But the lady had been a close friend to the Muslim society throughout the years, definitely a better people’s choice as compared to other potential Malay presidential candidate.

    Sumbanganya terhadap rakyat Singapura memang disanjung tidak seperti ahli-ahli politik yang lain. Tak tahulah apa yang akan terjadi nanti beberapa bulan kemudian. Adakah negara kita dilanda jenis politik perkauman?

    Maaf kalau tersilap, saya mahu kongsi maklumat sahaja.

     

     

    Ros

    Reader’s Contribution

  • JAKIM: Allah Hina Rakyat Yang Tidak Hormat Pemimpin

    JAKIM: Allah Hina Rakyat Yang Tidak Hormat Pemimpin

    KUALA LUMPUR, 11 Mac ― Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan umat Islam agar mentaati pemimpin kerana ia salah satu perintah Allah.

    Melalui khutbahnya hari ini, jabatan itu berkata pemimpin bukan sahaja mempunyai tanggungjawab terhadap rakyat tetapi pemimpin juga berhak mendapat keadilan daripada rakyatnya.

    “Sesiapa yang memuliakan dan menghormati pemerintah, maka Allah akan memuliakannya pada hari kiamat.

    “Manakala mereka yang tidak memuliakannya (pemimpin), maka Allah akan menghinanya pada hari kiamat kelak.

    “Perbuatan merendah-rendahkan pemimpin ibarat melepaskan tali kekang Islam dari lehernya,” teks khutbah bertajuk “Ujian Sebuah Kesetiaan” dipetik.

    Mimbar berkata larangan menghina pemimpin terdapat dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad daripada Abu Dzar.

    “Sesungguhnya akan muncul selepasku pemerintah, maka janganlah engkau menghinanya, sesiapa yang ingin menghinanya, maka sesungguhnya dia telah melepaskan tali kekang Islam dari lehernya,” mafhum hadis seperti dipetik dalam teks khutbah.

    Khutbah hari ini turut mengingatkan bahawa mentaati penguasa atau pemerintah umat Islam menjadi salah satu prinsip dalam iktikad Ahlus Sunnah wal Jamaah.

    Teks itu menyebut umat Islam wajib memahami tanggungjawab dan menghormati pemimpin, bahkan menyokong apa yang telah dirancang.

    “Rakyat wajib taat kepada pemerintah dan negara. Jika mereka cuai dan tidak bertanggungjawab, maka mereka tidak beradab di sisi Allah.

    “Kombinasi antara pemerintah yang adil dan rakyat yang taat akan mencetuskan kebaikan yang merata dalam sesebuah masyarakat dan dinikmati oleh semua pihak.

    “Bagaimana mungkin kita mampu mengecapi semua nikmat ini seandainya barisan kepimpinan kita bukan dalam kalangan yang layak iaitu adil, cekap, bijak dan prihatin?” kata khutbah.

     

    Source: www.themalaymailonline.com