Tag: solat

  • Mufti Fatris Bakaram: Solat Kaffaratul Baul Bukan Solat Yang Disyariatkan

    Mufti Fatris Bakaram: Solat Kaffaratul Baul Bukan Solat Yang Disyariatkan

    Baru-baru ini saya ditanya seorang kenalan mengenai Solat Kaffaratul Baul, atau di dalam Bahasa Melayunya: Solat Penghapus Dosa Kencing. Jawapan spontan saya kepadanya ialah itu kali pertama saya mendengar tentang solat sunnat bernama demikian.

    Saya cuba mencari sumber atau asal usul kepada solat berkenaan. Usaha saya yang tidak seberapa membawa saya kepada sebuah kitab yang tidak pernah saya kenali sebelum ini, iaitu kitab Khazinah al-Asrar Jalilah al-Azkar. Kitab ini dikarang oleh seorang yang bernama Muhammad Haqqy al-Nazily, dan selesai penulisannya pada tahun 1320H.

    Di antara perkara yang dibicarakan di dalam kitab ini ialah mengenai solat-solat sunnat. Di antaranya ialah Solat Kaffaratul Baul yang terdapat di halaman 38, seperti yang saya lampirkan gambarnya di sini. Terjemahannya adalah seperti berikut:

    “Yang ketiga belas Solat Kaffaratul Baul, iaitu dua rakaat yang dikerjakan selepas Solat Dhuha. Dibacakan dalam rakaat pertama Surah al-Fatihah sekali dan Surah al-Kauthar tujuh kali, dan di dalam rakaat kedua pula al-Fatihah sekali dan Surah al-Ikhlas tujuh kali. (Beliau) berkata, “Barangsiapa mengerjakan solat ini dan diniatkan sebagai kaffarah (penghapus dosa) kencing, maka diampunkan Allah kencing yang telah mengenai tubuh dan pakaiannya”.

    Tidak dinyatakan samasekali di sini siapakah tuan punya riwayat ini yang menyebut tentang fadilat dan kelebihan Solat Kaffaratul Baul. Walaupun bab ini dinamakan oleh pengarang sebagai “Bab Hadith-Hadith Sohih Yang Berkaitan Tentang Solat-Solat Sunnat Bagi Sebab-Sebab Yang Mendatang”, saya tidak pula berjaya menemui kata-kata di atas di dalam mana-mana riwayat hadith, baik sohih, hasan, dhoif, atau malah yang maudhu’ dan palsu sekalipun. Bahkan mencarinya di antara kata-kata para Sahabat Nabi juga tidak saya temui.

    Saya berpegang dengan pendapat jumhur ulama yang menolak pengamalan sesuatu ibadat solat jika tiada sumber riwayat yang dapat dijadikan sandaran. Wallahu a’lam, mungkin ada riwayatnya yang saya tidak jumpa lantaran kekurangan saya sendiri. Tetapi setakat ini, pendirian saya kepada status Solat Kaffaratul Baul ini ialah ia bukan solat yang disyariatkan. Nasihat saya kepada semua ialah hendaknya kita melaksanakan ibadat solat sepertimana yang ada ajarannya daripada Rasulullah. Semoga usaha kita menghampirkan diri kepada Allah mendapat ganjaran kasih sayang dan keridhaanNya.

    Allah jua Yang Maha Mengetahui lagi Maha Luas IlmuNya.

     

    Source: Fatris Bakaram

  • A Story On The First Day Of Syawal

    A Story On The First Day Of Syawal

    A CONVERSATION ON THE FIRST OF SHAWWAL

    ISYAK: They came for me at the Masjid every night in Ramadhan… every night! I really thought they came for me. And I only realised I was wrong when our guest Mr Tarawih told me that they came for him and not me. I mean.. come on.. Im wajib and he’s sunnat..

    MAGHRIB: Me too bro… they were anxiously waiting for me to come every evening! They actually memorised my arrival time man! I was so happy until Mr Iftar told me they were waiting for him and not me.

    SUBUH: You guys should be thankful… They only came for me in the Masjid in the last 10 nights of Ramadhan. I thought they came for me but realised I was wrong when Mr Laylatul Qadr told me they came for him. And the saddest part was yesterday on 1st Shawwal. So many came although they were late. So many of them came. It was more than the numbers who came for Mr Jumaat. And then I realised they came for Mr Eid. Not me.

    LAYLATUL QADR: And those who knew my story, they only came on 5 of the odd nights, not 10. Imagine if Allah had revealed to them my actual date!

    ZUHUR & ASAR: [Silent, not understanding a single thing]

     

    Source: Aydarus Alhabshi

  • Keeping Our Musollahs Alive – Badan Kebajikan Khairat Kampong West Coast

    Keeping Our Musollahs Alive – Badan Kebajikan Khairat Kampong West Coast

    Badan Kebajikan Khairat Kampong West Coast (BARKIS) was set up in the 1980s. Every Ramadan, they would set up a musollah so that the residents can pray together. After Asar prayers or at about 5pm, a group of volunteers led by Haji Ali would come down and make preparations, such as laying out the prayer mats. Prior to Ramadan, they would set up the fixtures and clean the floors. The close-knit relationship between themselves and the community transcend beyond the month of Ramadan. They would come together for funerals, weddings, celebration of the newborn (cukur jambol ceremony and etc) and many other occasions.

    Badan Kebajikan Khairat Kampong West Coast (BARKIS) ditubuhkan pada tahun 1980-an. Setiap Ramadan, mereka akan mendirikan musollah supaya para penduduk West Coast dapat menunaikan solat terawih berjemaah.

    Selepas solat Asar atau kira-kira jam 5 petang, sekumpulan sukarelawan yang diketuai oleh Haji Ali akan turun untuk persiapan Musollah, seperti membentangkan tikar dan sejadah.

    Sebelum Ramadan, mereka akan memasang kemudahan dan membersihkan lantai. Hubungan rapat mereka semasyarakat ini tetap berterusan setelah bulan Ramadan. Mereka akan berkumpul tidak mengira perkahwinan, majlis cukur rambut atau kenduri arwah.

     

    Source: Our Musollah

  • Penjelasan Zahiril Adzim Terpaksa Solat Di Parkir PWTC

    Penjelasan Zahiril Adzim Terpaksa Solat Di Parkir PWTC

    PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan tindakannya menunaikan solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada 7 November lalu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

    Zahiril, 29, berkata, dia terpaksa menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta tersebut berikutan sudah kesuntukan masa selepas berkejar-kejar dari lokasi penggambaran untuk menghadiri majlis berkenaan.

    “Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.

    Gambar Zahiril yang tersebar di laman sosial selepas dimuat naik oleh seorang peminatnya.

    “Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau,” ujarnya kepada mStar Online.

    Zahiril berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya sedang bersembahyang di kawasan parkir sebelum bermula majlis ASK 2014 tersebar dan dibualkan di laman sosial.

    Gambar dirakamkan oleh peminat yang melihat situasi itu menyebabkan Zahiril dituduh mahu menunjuk-nunjuk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC.

    Jelas Zahiril, dia sendiri terkejut apabila diberitahu tentang gambar itu tersebar dan diperkatakan di laman sosial.

    “Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet  sahaja.

    “Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat,” katanya.

    Sumber www.mstar.com.my

     

    Source: http://ooomedianetwork.blogspot.sg

  • Ragu-ragu Jika Terkentut Ketika Solat

    Ragu-ragu Jika Terkentut Ketika Solat

    Pernahkah anda mengalami rasa ingin terkentut hilang secara tiba-tiba dan tidak dipastikan sama ada angin tersebut sudah keluar atau tidak? Entri ini boleh membantu anda yang ragu-ragu untuk memastikan solat sah dan adakah benar terkentut.

    Seringkali ragu-ragu mendatangkan kesulitan kerana ia terikat pada keadaan sah atau tidak sesuatu ibadah khususnya solat. Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian merasai sesuatu di perutnya, lalu ia ragu-ragu apakah keluar sesuatu ataukah tidak, maka janganlah ia keluar dari masjid hingga ia mendengar suara atau menghidu bau.” (Riwayar Muslim no.362).

    Melalui hadis ini dapat diambil satu kaedah fiqh yang mengatakan “Keyakinan tidak akan hilang dengan ragu-ragu”, iaitu ragu-ragu tidak sekali-kali akan wujud dalam suatu keyakinan. Dalam erti kata lain, kita yang berwuduk akan kekal berwuduk sehinggalah kita benar-benar yakin berlaku hadas dan sekiranya kita berhadas maka kita akan kekal berhadas sehingga berwuduk kembali.

    Dalam hadis lain, Baginda s.a.w bersabda “Janganlah berpaling hingga dia mendengar suara atau mendapati bau.”(Riwayat Bukhari no. 177 dan Muslim no. 361). Maka bagi kita yang ragu-ragu tentang hadas, tidak harus untuk kita berwuduk bahkan kita perlu tetap meneruskan solat. Namun, jika telah yakin berlakunya hadas samada dengan mendengar atau menghidu bau maka hendaklah kita berwuduk.

    Sumber: http://majalah-i.karangkraf.com/baitul-muslim/ragu-ragu-keluar-angin-ketika-solat-1.307679#main-section

    letters R1C

     

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: CONTACT RILEK1CORNER