Tag: tudung

  • Other Malay Stereotype Stories Surfaces After Viral Google & Canteen Helper Story

    Other Malay Stereotype Stories Surfaces After Viral Google & Canteen Helper Story

    After Singaporean woman, Atikah Amalina, who goes by the handle @thetudungtraveller, shared with the public of her experience with microaggression due to being Malay and wearing a tudung, a similar experience was shared by another lady named Ezura Al-Barakbah.

    Like Atikah whom a driver assumed worked in the canteen in Google, Ezura was stereotyped as a “kakak canteen who is uneducated and knows nothing but cooking.” Some even questioned how she got invited to Pesta Perdana and whether she religiously queued up at Mediacorp in order to get her hands on the tickets.

    This was her post in full,

    I know how it feels.

    They stereotype me as kakak canteen who is uneducated and knows nothing but cooking.
    So when they saw Medic Kid on TV then somemore got the cheek to say, ooh i thought you are a fulltime kitchen help.😢

    And asked me how come you got invited to Pesta Perdana ah?
    Is it you go Mediacorp queue up for the tickets ah😅

    I dont care about what others may think about me.
    All i know is i want to help the school and cook for the kids.
    It takes a huge village to raise a kid ok!!!

    I dont care if you look down on me pushing my trolley cart, wearing instant tudung and makeup less.

    Coz at the end of the day I loove cooking for the kids and arranged my busy schedule just to make time to cook for them

    Hey even though if I am just a kakak canteen in your eyes,
    A canteen cook is more knowledgable than you ok!!
    Must know costing, accounts, marketing be it for groceries or marketing on social media

    The stereotypes of a Malay lady wearing a hijab.. what else have you encountered?

    Share with us in the comments section.

     

    Rilek1Corner

  • Muslimahs At Workplaces – Gain Your Bosses’ Trust First

    Muslimahs At Workplaces – Gain Your Bosses’ Trust First

    Some workplace, tak benarkan kita pakai pakaian yang “terlalu” muslimah (baggy clothes/tudung labuh).

    After 11 years of working and jumping around few MNCs and gov offices, first time, boss aku talk to me about “professional attire”.

    Aku is vendor. Engineer dari lain company giving service to another company. So he told me, dia nak aku dress professionally and deliver expertise aku accordingly. Aku faham apa dia trying to say bila dia tengok aku atas bawah.

    He shared with me, dia taknak ada incident where he will be asked not to take “muslimah” again sebab diorang pernah encounter banyak problem with the previous muslimah.

    Waktu solat takes forever.
    Bila bercakap, tak tapis. Nak jaga with non mahram sampai appear rude.
    Dressing terlalu labuh/extreme.
    Datang kerja lambat.
    Buat kerja selalu ada mistakes.
    Bila ada mistakes, tak own up. Argue.

    Aku pernah ada staff muslimah.
    Bila kerja, mulut dia kumat kamit. Prolly berzikir.
    I dont have any problem with that.
    I dont have problem with dressing as well.
    But kita selalu kena be mindful of other religion and race. Nak baca apape.. jangan lah sampai macam tengah berjampi. Maybe ada orang tak selesa.

    And masa tu, aku was fronting auditors for my team. And tiap kali auditor spot a mistake, mesti it comes from this lady. Everyday datang lambat. Masuk waktu solat, hilang almost 45 mins. Pastu argue je.. dengan boss. Dia try to gunakan aku as a shield but aku, time kerja, kerja. Time friends, friends.

    So aku share skit, aku stick to black bila masuk office. So “nampak” professional. Tudung je tukar2 color. Try to wear baju office gi office. Baju kurung ke, jubah ke, maybe boleh pakai on Friday. On weekdays, you can wear palazzo/skirt and tops labuh.

    But one thing aku paling jaga is timing pergi balik office and work performance. Jangan lambat masuk office. Orang benci those yang tak datang on time tapi nak balik on time.
    Those yang tak jaga break time. Tak pernah ada dekat desk. Kalau nak gi solat pon, tu bukan company bapak kita. So plan your time wisely. Jangan sampai mulut orang kata “amik muslimah, nak kena put on radar. Because they are so irresponsible”.

    Bila boss aku amik aku, he told me honestly that dia akan put aku on radar, and aku baru dapat lepas his hook sebab aku selalu available bila clients ke customer carik.

    Jangan busukkan nama muslimah. Be a professional productive muslimah.

    Then once boss da percaya, nak pakai sari gi kerja.. pakailah..

     

    Source: Nisa Tahir

  • Mohamed Jufrie: Takkanlah Presiden Bertudung Tapi Sesetengah Jawatan Lain Tidak Dibenarkan Kerana ‘Problematic’

    Mohamed Jufrie: Takkanlah Presiden Bertudung Tapi Sesetengah Jawatan Lain Tidak Dibenarkan Kerana ‘Problematic’

    Terdapat harapan di sebahagian masyarakat Melayu Islam agar isu-isu yang membelenggu masyarakat kita itu, seperti pemakain tudung, diskriminasi dalam perkhidmatan negara dan banyak lagi, akan terhurai semasa tempuh perkhidmatan seorang Presiden Melayu Islam.
    Jika benar berlaku ia akan memberi makna kepada pindaan perlembagaan yang memberi giliran kepada masyarakat minoriti menyandang jawatan tertinggi negara itu.
    Sangat anih dan menghampakan jika peluang yang diberi ini tidak membuahkan perubahan yang diharapkan dan ianya hanya untuk dipamir-pamirkan kepada dunia tentang kewujudan masyarakat berbilang bangsa di Singapura.
    Takkanlah presiden bertudung tetapi sesetengah jawatan lain tidak dibenarkan pemakain tudung kerana akan menimbulkan masalah (problematic kata mereka)? Dan presiden seorang Melayu Islam tetapi masyarakat Melayu Islam didiskriminasi dalam angkatan bersenjata? Lucukan?
    Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Tariklah nafas panjang-panjang dan urut dada sementara menanti. Bukankah penantian seperti ini, yang berdekad-dekad lamanya, satu penyiksaan batin?

     

    Source: Mohamed Jufrie Bin Mahmood

  • Lelaki Dikecam Sebab Pandang Buah Dada Wanita Bertudung

    Lelaki Dikecam Sebab Pandang Buah Dada Wanita Bertudung

    Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu. Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

    Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. “Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?” Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas. Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

    “Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!” Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu? Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah?

    This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there as well as for your safety, pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Lelaki kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya. Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

    Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

    Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

    You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah. Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan?

     

    Source: M.S.

  • Koleksi Tudung Dari Anuar Zain

    Koleksi Tudung Dari Anuar Zain

    Dah lama tak dengar cerita tentang penyanyi pujaan wanita, Anuar Zain. Khabarnya Anuar Zain sudah mula berniaga. Lebih mengejutkan perniagaan yang diceburinya itu memang lain dari yang lain. Selalunya selebriti lelaki akan keluarkan jenama pakaian sendiri tapi Anuar Zain tampil berani dengan mengeluarkan jenama tudungnya sendiri yang diberi nama AwanByAz.

    Jangan terkejut, koleksi tudung ini sudah pun mula dijual menerusi laman rasmi www.shopbyaz.com. Menariknya tentang koleksi AwanByAz ini, setiap rekaan diinspirasikan daripada unsur-unsur keindahan alam semula jadi, kembara dan seni. Ketiga-tiga elemen ini diterapkan dalam koleksi AwanByAz. Apa yang pasti, tudung ini tampil dengan 7 rekaan corak moden yang pasti memikat hati para hijabista serta dihasilkan daripada fabrik yang berkualiti tinggi. Harga yang ditawarkan bermula RM220 hingga RM300.

    Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah mampukah tudung berharga RM200 ini bersaing dengan jenama-jenama hijab terkenal yang lain? Jom lihat koleksi tudung AwanByAz yang memang cantik-cantik belaka semuanya!