Tag: umrah

  • 200 Jemaah Umrah Terkandas, Keberangkatan Tertunda 5 Kali

    200 Jemaah Umrah Terkandas, Keberangkatan Tertunda 5 Kali

    Kira-kira 200 jemaah Malaysia yang dijadual berlepas bagi mengerjakan umrah, pada Isnin (12 Dis), terkandas selepas penerbangan mereka ditangguhkan berikutan permit kebenaran mendarat masih belum diperoleh syarikat penerbangan sewa khas untuk membawa rombongan berkenaan.

    Kesemua jemaah ketika ini ditempatkan di sebuah hotel di Nilai sementara menunggu maklumat terkini berhubung jadual penerbangan baru mereka daripada sebuah agensi umrah dan syarikat penerbangan sewa khas dari Malaysia.

    Seorang jemaah Mokhtar Mohamad, 62 tahun, dari Batu Pahat, Johor, berkata beliau tiba di hotel tersebut kira-kira 2.00 petang semalam, selepas dimaklumkan penerbangan mereka yang sepatutnya berlepas pada 10.30 malam semalam, terpaksa dibatalkan.

    “Saya dimaklumkan perkara ini ketika dalam perjalanan ke KLIA…mereka arahkan kami berkumpul di hotel ini kerana penerbangan kami tidak boleh berlepas disebabkan ada masalah pendaratan.

    “Kalau nak ikutkan, penundaan ini sudah banyak kali sebab sebelum ini penerbangan kami pada 5 Dis tetapi ditunda ke 6 Dis. Kemudian, ditunda lagi ke 10 Dis sebelum ditukar pada 8 Dis…dan akhirnya pada 12 Dis selepas menerima surat rasmi sebelum saya berangkat ke KLIA semalam,” katanya.

    Sambil melahirkan rasa kecewa dengan insiden itu, beliau berkata berdasarkan pengalamannya mengerjakan umrah sebelum ini, meskipun pakej umrah diambilnya murah, ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

    “Pakej saya ambil kali ini kira-kira RM6,500 (S$2,090) dan saya pergi bersama isteri dan seorang anak. Saya tidak sangka bukan isu pakej murah, tetapi isu lain pula yang timbul.

    “Sekarang saya kena tangguh lagi cuti dan sebagainya kerana kita sudah ambil cuti awal, kalau tergendala macam ini susah kami,” katanya.

    A. Husaini Rahman, 41 tahun, pula berkata beliau juga dimaklumkan bahawa pererbangannya dibatalkan ketika dalam perjalanan ke KLIA, semalam.

    “Sehari sebelum berlepas saya sudah menghubungi agensi umrah kami untuk mendapatkan kesahihan jadual penerbangan tetapi gagal diperoleh.

    “Jadi saya nekad bertolak dari Ipoh bersama isteri dan seorang anak tetapi dalam perjalanan baru kami terima maklumat bahawa penerbangan ditunda kerana masalah pendaratan,” katanya.

    Lebih menyebabkan beliau terkilan kerana syarikat yang menyediakan penerbangan berkenaan mengesan masalah itu sejak awal pada 24 November lalu, namun tiada tindakan diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

    Sementara itu, berdasarkan penjelasan kepada rombongan itu, wakil syarikat penerbangan memaklumkan mereka diarahkan memberi maklumat tambahan berhubung manual keselamatan pada saat akhir bagi memastikan keselamatan setiap jemaah.

    “Manual keselamatan kita kena ada penambahan disebabkan beberapa insiden yang berlaku di Timur Tengah, jadi mereka mahu pastikan prosedur kita mematuhi apa dikehendaki mereka.

    “Kita telah hantar dokumen tambahan yang diminta dan sekarang kita tunggu jawapan balas mereka petang ini (13 Dis). Apa pun kita akan pastikan jemaah yang terkandas ini mendapat maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

    Source: Berita MediaCorp

  • Saudi Government To Enforce Ban On Transgender People Performing Umrah

    Saudi Government To Enforce Ban On Transgender People Performing Umrah

    KARACHI: The Saudi government has enforced a ban forbidding transgender people from performing Umrah, reported Geo News on Tuesday.

    Transgender people particularly those willing to visit holy land with an aim to perform Umrah would not be issued travel visa.

    Saudi Consul General is said to have issued a notification in this regard, according to Geo News.

    Travel Agents Association of Pakistan has also been informed about the decision taken by the Kingdom of Saudi Arabia.

    Motive for the ban was not immediately known.

     

    Source: www.thenews.com.pk

  • Ratusan Pelajar Dan Guru Maahad Tahfiz Pulau Pinang Dakwa Ditipu Pakej Umrah Syarikat Pelancongan Popular

    Ratusan Pelajar Dan Guru Maahad Tahfiz Pulau Pinang Dakwa Ditipu Pakej Umrah Syarikat Pelancongan Popular

    BUTTERWORTH: Seramai 202 orang termasuk para guru dan pelajar Maahad Tahfiz Ibnu Sina Al Mawaddah di Pulau Pinang, mahu sebuah syarikat pelancongan popular memulangkan semula wang mereka kerana gagal memenuhi pakej umrah yang dijanjikan.

    Penasihat pusat pendidikan agama itu Mohd Neezam Mohd Ariffin berkata beliau dan yang lain sudah membayar bagi pakej lawatan ke Mesir dan umrah pada bulan Januari tahun ini tetapi malangnya, sehingga kini syarikat itu gagal memenuhi janjinya malah wang mereka juga lesap.

    “Pakej ‘Mahabbah Tour’ ini melibatkan kos sebanyak RM6,600 setiap orang dan mereka sepatutnya menunaikannya pada bulan Januari tahun ini.

    “Malangnya, apabila semua bayaran sudah dibuat, kumpulan kami juga sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), alangkah terkejutya apabila kami dimaklumkan tiada tempahan sedemikian dalam sistem dan tiket-tiket kami adalah palsu,” beliau memberitahu sidang media hari ini (19 Nov).

    Beliau menambah, menyusuli insiden tersebut imej pusat pendidikan itu tercemar kerana ramai yang menyangka sekolah tersebut menipu memandangkan lawatan tersebut dianjurkan oleh pusat berkenaan.

    Encik Mohd Neezam berkata pusat itu sudah membuat aduan polis dan di Biro Aduan Awam serta Kementerian Pelancongan berhubung perkara tersebut dan salah seorang daripada pengarah syarikat berkenaan sudahpun ditangkap polis awal bulan ini.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • 5% Jemaah Umrah Singapura Lakukan Umrah 2 Kali Setahun

    5% Jemaah Umrah Singapura Lakukan Umrah 2 Kali Setahun

    Para jemaah Singapura lega peraturan baru itu dikenakan ke atas mereka yang menunaikan umrah kali kedua dan seterusnya dalam masa tahun Hijrah yang sama bukan tempoh lima atau 10 tahun seperti yang dikhuatiri sebelum ini.

    Namun terdapat hanya 5 peratus jemaah umrah Singapura yang sering melakukan umrah lebih daripada sekali dalam masa setahun.

    Semalam (21 September), Kedutaan Arab Saudi di Singapura memaklumkan GSA-GSA tempatan, visa umrah dan haji akan dinaikkan kepada 2,000 Riyal Saudi (S$700) bagi mereka yang melakukannya buat kali kedua atau lebih.

    Encik Mahfudz suami isteri merancang untuk menunaikan ibadah umrah beberapa bulan lalu tanpa menduga akan peraturan baru yang bakal diperkenalkan pihak berkuasa Saudi mulai 2 Oktober depan.

    Tetapi kini, lebih kurang sebulan sebelum berangkat ke tanah suci, mereka redha akan peraturan visa itu.

    “Saya tak terperanjat kerana ini secara kebetulan saja sebab apa di mana-mana di dunia ini keadaan naik tiada yang turun lagi jadi kita kena terima hakikatnya. Niat kita nak belanja jadi kita pergi saja. Kalau kita fikir nak itu nak ini, jangan bergeraklah jawapannya.

    “Tiada siapa yang paksa kerana itu kehendak anda. Kalau rasa tak boleh, berhenti. Kalau rasa boleh teruskan saja jadi perjuangan, itu saja,” kata beliau, seorang bakal jemaah umrah pada November nanti.

    Ramai melihatnya sebagai satu dugaan yang perlu diatasi jika benar-benar ikhlas.

    “Bagi saya tak ada masalah, kalau ada rezeki pergi sajalah, bayar sajalah, sebab kalau tawar menawar seperti tawar menawar dengan Allah. Kalau kita benar-benar nak pergi bayar saja. Kalau kita banyak soal dengan sendiri ibadah kita pun terjejas. Yang penting ikhlas, bayar, jalan,” ujar seorang jemaah haji tahun ii Abdul Hashim Minhan.

    Namun majoriti yang ditinjau akur akan perlunya pihak berkuasa Saudi melakukan sesuatu untuk memastikan jumlah jemaah yang menuju ke tanah suci masih boleh dikawal.

    Pengarah Urusan Jalaluddin Travel Ustaz Jalaluddin Hasan berkata: “Saya melihat peraturan-peraturan yang baru yang dikeluarkan Arab Saudi ini pasti mempunyai kepentingan-kepentingan mereka yang khusus, sebab-sebab peribadi mereka.

    “Saya melihat mungkin atas dasar keselamatan. Dan kami berharap jemaah Singapura dapatlah juga memahami dan mematuhi kerana untuk keselamatan peribadi dengan jumlah jemaah yang ramai sekarang di tanah suci.”

    Dengan hampir siapnya kerja-kerja peningkatan Masjidil Haram, apa yang pasti lebih ramai jemaah boleh ditampung dan kemudahan yang lebih luas dan baru terus menjadi tarikan para jemaah merata dunia.

    “Ada tambahan penerbangan baru Scoot, misalnya, tiga kali seminggu, Saudia Airlines tambahan penerbangan lima kali seminggu dan banyak lagi penerbangan yang berikan pilihan kepada para jemaah dan berbagai lagi perkhidmatan. Sambutan kali ini amat baik sejauh ini kita ada 800 jemaah umrah,” kata Pengarah Urusan Shahidah Travel Ayob Angullia.

    Walaupun musim umrah kali ini dijangka bermula bulan depan, majoriti jemaah Singapura akan berangkat umrah mulai bulan November apabila musim cuti sekolah bermula.

    Source: Berita MediaCorp

  • Musim Umrah Mungkin Akan Dilanjutkan Kepada 10 Bulan

    Musim Umrah Mungkin Akan Dilanjutkan Kepada 10 Bulan

    RIYADH: Saranan untuk melanjutkan musim umrah daripada lapan bulan kepada 10 bulan sedang dipertimbangkan kerajaan Arab Saudi.

    Demikian menurut laporan media Arab Saudi yang menukil sumber-sumber yang maklum tentang perkara itu.

    Saranan itu, yang mahu merangkumkan bulan Muharram dan Syawal ke dalam musim umrah, dibuat sebagai sebahagian daripada visi baru bagi Makkah dan Madinah, menurut sumber tersebut seperti yang ditukil laman Arab News.

    Visa-visa umrah buat masa ini adalah bagi tempoh antara bulan Safar dengan hujung bulan Ramadan.

    Saranan itu juga seiring dengan objektif-objektif Visi Saudi 2030, yang bertujuan menaikkan jumlah jemaah umrah daripada lapan juta kepada 30 juta menjelang 2030.

    Visi itu juga bermaksud memperkaya perjalanan keagamaan dan kebudayaan para jemaah di Arab Saudi menerusi kerja-kerja binaan dan peluasan muzium-muzium dan tapak-tapak bersejarah dan penuh budaya.

    Menurut visi tersebut, muzium Islam terbesar di dunia akan dibina, mengumpul, menyimpan, mempamer dan merakam barang-barang yang bertujuan untuk mendidik para pengunjung tentang sejarah Islam yang kaya.

    Sementara itu, Dewan Keusahawanan dan Industri Makkah (MCCI) menganjurkan bengkel untuk membincangkan secara terperinci laluan-laluan bagi pertumbuhan mampan dalam semua sektor perniagaan di Makkah menerusi haji and umrah, lapor Arab News.

    Pengerusi MCCI, Mahir Jamal berkata tempoh selanjutnya adalah apabila projek-projek besar di Makkah selesai, untuk menampung jumlah masyarakat Islam yang kian bertambah di dunia.

    Terdapat sekitar 1.62 bilion muslim di dunia, mewakili 23 peratus penduduk dunia.

    “Inilah yang mendorong para pemimpin kita yang berwibawa untuk menjangkakan jumlah jemaah yang meningkat bagi ibadah haji dan umrah daripada lapan juta kepada 30 juta menjelang 2030,” kata beliau.

    Program Perubahan Nasional 2020 juga membentangkan matlamat-matlama strategik bagi Kementerian Haji dan Umrah, lapor laman Arab News.

    Source: http://berita.mediacorp.sg