Dalam Kenangan – Mohd Isa bin Abdul Aziz

Al-Fatehah.

Salah seorang ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat daripada Parti Demokratik Singapura (SDP), Allahyarham Mohd Isa bin Abdul Aziz, telah meninggal dunia akibat sakit buah pinggang kelmarin.

Allahyarham telah menyertai SDP pada akhir 1980-an. Allahyarham telah dicalonkan SDP dalam pilihan raya 2011 untuk bertanding di Sembawang GRC. Walaupun dia sakit, dia masih menyertai aktiviti-aktiviti SDP seperti tinjauan mesra dan lawatan rumah.

Allahyarham pernah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1980-an.

Allahyarham meninggalkan isterinya, Puan Norjan dan tiga orang anak – Naajia, Daanaa dan Asif.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Isa. R1C ingin mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham Mohd Isa bin Abdul Aziz kerana sumbangan dan usaha besar beliau selama tiga dekad dalam memperjuangkan yang terbaik untuk masyarakat Melayu Islam Singapura.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *