Dalam Kenangan: Ustaz Ibrahim Kassim

Credit: Asiaone

Credit: Asiaone

Assalamualaikum Wr. Wb

Ikhwah & Akhawat

Ustaz Ibrahim Kassim adalah seorang Ustaz yang tidak kenal erti penat dan jemu. Beliau bukan sahaja seorang Ustaz, namun seorang peniaga dan juga ahli politik. Antara sumbangan beliau adalah peneraju utama RRG (Kumpulan Pemulihan Agama) juga penasihat di RRG dan RRC (Majlis Pemulihan Agama) semenjak ianya ditubuhkan.

Beliau mula mengelolakan kelas pengajian Fardhu Ain, Tafsir, Tauhid, Fiqh dan Tasawuf di dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Tamil di beberapa buah masjid di Singapura. Beliau juga menulis khutbah dan merupakan Khatib di beberapa buah masjid di antaranya ialah Masjid Maulana yang akan dibacakan dalam tiga bahasa.

Almarhum juga gigih di dalam bidang penulisan. Beliau aktif menulis maqalah-maqalah di akhbar mengenai ekonomi. Beliau juga telah menerbitkan beberapa buku agama yang ringkas antaranya mengenai pemahaman Al-Quran, cara hidup seorang Muslim, dan panduan ringkas perkahwinan.

Beliau menjadi anggota Masyaikh Pergas dan juga anggota ARB (Asatizah Recognition Board) dan salah seorang senior Ustaz di MUIS untuk maqalah Risalah dari tahun 2006 hingga ke akhir hayat beliau.

“Asatizah hari ini juga perlu menerapkan dan menghargai serta mengamalkan ajaran Islam, agar dapat dicontohi oleh masyarakat,” nasihat beliau kepada asatizah di Singapura.

Semoga Allah merahmati rohnya. Al-fatihah.

 

Sumber: Singapore Islamic Scholars & Religious Teachers Association

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *