Kembalikan IRK Dalam Kurikulum MOE Demi Anak-Anak Kita

Credit: Atan Flybaits

Credit: Atan Flybaits

Siapa ada album kumpulan Flybaits?

Siapa ada album kumpulan Flybaits?

 

muslim tudung muslimah

Kita tidak sedar bahawa orang melayu Singapura sudah kehilangan dua elemen yang penting dalam masyarakat kita, ia itu ugama dan bahasa, kalau dulu jarang sekali kita ketemu anak melayu yang tak tahu kan ugama, tapi sekarang masaalah ini adalah perkara biasa, serupa juga dengan bahasa, maka kehilangan ini bukan lah di peringkat permulaan, ia di peringkat pertengahan – tapi jika kita berusaha mendesak pemerintah mengembali kan pelajaran IRK kepada kurikulum sekolah anak anak kita, masaalah ini akan dapat di tangani dengan meluas, maka di sini kita perlukan kerja sama para AP AP melayu Islam, tak kira sama ada dari pihak pembangkang atau pemerintah.

Bagi pihak rakrat pula, kita perlu kan suara semua lapisan rakyat, tak kira dari golongan apa pun, dari golongan cendekiawan atau peniaga atau pekerja pekerja biasa, jika kita satu kan suara kita lalu mendesak pemerintah untuk mengembalikan pelajaran IRK ke sekolah sekolah kita, hasil nya seumpama melontar sebiji batu untuk mendapat kan dua atau tiga ekor burung.

Pertama, kita dapat atasi masaalah anak anak yang tak tahu ugama, kedua , dengan ini masaalah asatizah yang sulit nak dapat kerja juga dapat di atasi dan ketiga, pelajaran ugama ini di ajarkan di dalam bahasa melayu, lalu masaalah bahasa juga dapat kita tangani, dan akan jadi lebih baik jika guru guru ugama ini juga di tugaskan mengajar bahasa melayu,lalu ini tidak akan membebankan tugas guru guru yang sedia ada.

Tapi usaha ini tidak akan Berjaya kecuali kita dapat sokongan dari bawah ke atas, maksud nya permintaan rakyat dan sokongan dari ahli ahli politik sama ada dari pihak pemerintah dan pembangkang !! tidak ada alasan bagi mereka untuk mengatakan bahwa mereka akan kehilangan undi bangsa lain, kerana, pelajaran IRK adalah menuju kearah membentuk maanusia maanusia yang baik , lalu ia akan menghakis sifat sifat buruk dari anak anak kita dan membuat negara kita sebuah negara yang lebih selamat dan sejahtera.

Sumber: Atan Flybaits

 

EDITOR’S NOTE

Mungkin ramai anak-anak muda sekarang tidak tahu bahawa Encik Atan ‘Flybaits’ adalah seorang penyanyi yang terkenal pada suatu masa dahulu. Lagu-lagunya masih bergemang di stesen-stesen radio tempatan dan juga di seberang tambak. Kumpulan ‘Flybaits’ merupakan kumpulan penyanyi Singapura yang terkenal dengan lagu Kenangan Lalu. Diketuai oleh penyanyi vokal, Fredo.

Kami di Rilek1Corner mengalu-alukan pendapat sesiapapun, tidak kira selebriti atau orang-orang biasa sahaja seperti kami di sini.

Nak tahu siapa gerangan Encik Atan Flybaits yang bersuara merdu ni? Tontonilah video ini 🙂

letters to R1C banner

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *