Nora Danish Dikritik Lagi

Rasanya ini bukan kali pertama selebriti terkenal Nora Danish dicemuh dan dikritik teruk di laman sosial mengenai cara pemakaiannya. Terbaru, dia sekali lagi dikecam kerana memuat naik foto dress berkilat yang didakwa agak ketat di bahagian dada.

Pelakon popular ini berpakaian ala-ala persis Puteri Arab kerana telah dilantik untuk menjadi duta bagi sebuah produk kecantikan. Untuk makluman, busana tersebut telah direka oleh pereka terkenal Rizman Ruzaini.

Walaubagaimanapun, Nora Danish seperti biasa tidak memberikan apa-apa kenyataan balas mengenai cemuhan peminatnya di laman sosial. Mengenai gosip yang mengatakan hubungannya bersama Nedim Nazri mempunyai masalah kerana memuat naik gambar dengan kapsyen “The End”, Nora hanya mampu tergelak dan tersenyum.

Menurutnya lagi, kapsyen tersebut tidak menggambarkan apa-apa mengenai perasaan apatah lagi perhubungan mereka. Ibu kepada Rayqal ini turut memberitahu dia tidak akan meluahkan perasaan negatif sekiranya mempunyai masalah bersama pasangan.

Dalam pada itu, Nora turut berkongsi perkembangan semasa mengenai anaknya Rayqal yang sudah memasuki darjah 1 di sekolah antarabangsa. Bukan itu saja, cabaran membesarkan Rayqal semakin jelas dan mencuit hati apabila anaknya sudah mula mahukan adik serta menyarankan agar Nora Danish tidak perlu diet sepanjang masa.

 

Source: http://era.fm

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *