Setiausaha Agung PKMS: Melayu Singapura Perlu Berjuang Berteraskan Kudrat Sendiri

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura, A Jamal Rashid mendakwa, kira-kira 15 peratus atau lebih 500,000 rakyat Singapura berbangsa Melayu menghadapi pelbagai isu diskriminasi.

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan, beliau mendakwa selain isu larangan pemakaian tudung, peluang orang Melayu memegang jawatan tinggi dalam organisasi juga disekat.

“Alasan yang diberikan, kononnya mengambil kira sensitiviti serantau. Walaupun sudah dibentangkan di Parlimen, kerajaan menolak dakwaan bahawa diskriminasi kaum wujud. Sektor awam paling ketara kerana dipelopori kaum bukan Melayu,” katanya.

Beliau berkata: ”Majikan mendakwa pengambilan pekerja dibuat berdasarkan sistem meritokrasi. Hakikatnya, sikap ‘pilih bulu’ seperti mengutamakan calon kaum Cina atau yang mempunyai asas bahasa Mandarin masih wujud walaupun selepas diminta diberi pertimbangan sewajarnya.”

Apabila ditanya sama ada benarkah dakwaan bahawa kepentingan dan nasib masyarakat Melayu di Singapura sering dipinggirkan, Jamal mendakwa menerusi media sosial, suara masyarakat Melayu terutama keluhan dan pendapat mereka semakin didengari.

BH Interview With SG PKMS

“Sekolah Berprestasi Tinggi (ACP) di Singapura yang lazimnya dipelopori pelajar Cina adalah generasi pelapis di peringkat penggubal dasar kerajaan. Maka, mereka kurang berinteraksi secara langsung dengan Melayu sehingga mengakibatkan sesuatu dasar yang dirangka itu tidak inklusif,” katanya.

Jamal juga berkata, iltizam UMNO menunjangi perjuangan Melayu, institusi beraja dan Islam di Malaysia wajar dan seharusnya diteruskan kerana tambahnya, “Masyarakat Melayu Singapura sering mengambil teladan dan pelbagai usaha dirangka UMNO, supaya dasar sama boleh dilaksanakan.”

“Konsep wasatiyyah atau kesederhanaan diterapkan UMNO dilihat pendekatan terbaik bagi mengimbangi kepentingan Melayu di Singapura, di samping menjaga hak kaum lain,” katanya.

 

Sources: http://www.freemalaysiatoday.com/category and https://www.facebook.com/pkms.org.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *