Osman Sulaiman: MUIS Perlu Ambil Sikap Terbuka Dengan Masyarakat Demi Kebaikkannya Sendiri

Baru2 ini, saya ada mengetengahkan beberapa isu tentang pengendalian Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Sayangnya, ada juga rintangan dari sesetengah pihak, Ini saya anggap normal. Setiap perbuatan kita, akan ada yg tidak berapa senang atau setuju. Tapi malangnya, bantahan mereka tidak ada asas yg kukuh.Sebagai umat Islam di Singapura, saya berhak mendapat ketelusan dari MUIS. Walaupun MUIS ialah badan yg tertinggi di Singapura untuk mengendalikan hal2 ehwal Islam, sebagai individu, saya juga mempunyai tanggungjawab atas apa yg berlaku kepada MUIS.

Isu2 yg di bangkitkan dari sosial media bukannya hanya khabar angin atau sangkaan semata. Banyak juga isu dapat di cungkil dari penyata kewangan MUIS tahun 2013. Sayangnya MUIS tidak mahu respon kepada komunitinya. Ia cuma mengeluarkan iklan di suratkhabar tetapi tidak menjawab soalan2 penting yg di utarakan.

Ramai yg telah menghantarkan email kepada MUIS sama ada mahu berjumpa untuk mendapatkan duduk perkara, ataupun mengutarakan isu2 untuk mendapat keterangan. MUIS tidak menjawab dan memberi jawapan.

Antara isu2 yg harus diperjelaskan ialah:

1) Perihal MUIS berurusan dgn riba.

2) MUIS is a gov stat board tapi ia membayar gaji perkerjanya dari duit Zaka

3) Kepimpinan MUIS dilantik oleh pemerintah dan bukan komunitinya

Dari 3 perkara diatas, saya berpendapat yg ianya penting supaya MUIS menjawab atau memberi keterangan untuk perkara2 tersebut. Pengendalian MUIS harus transparent dan accountable.

Jatuhnya MUIS bukan dari orang yg mempersoalkan pengendaliannya, tetapi jatuhynya MUIS akan datang dari orang yg taksub dan berduduk diam apabila retakan2 kecil mula berlaku.

Saya harap tidak ada yg mencumuh saya hanya kerna saya bertanyakan soalan2 ini kepada ‘kuasa tertinggi’ Islam di Singapura. Ini hak saya dan tanggungjawab saya sebagai umat islam. Wasaalam.

 

Osman Sulaiman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *