Jangan Duduk Terkangkang And Other Don’ts When Going Raya Open House Visiting

Hari Raya adalah hari untuk kita mengeratkan hubungan silaturrahim. Jadi, jangan sampai perlakuan kita ketika beraya nanti menyakitkan hati orang lain pula.

1. Jangan biarkan anak anda berlari ke sana-sini dan usik barang-barang tuan rumah

2

Walaupun mungkin anak anda seorang kanak-kanak yang comel, tapi anda harus bertanggungjawab dalam menghalangnya daripada membuat ‘kacau’ di rumah orang. Kalau terpecah pasu bunga atau terkotorkan karpet mahal, anda juga yang susah nanti.

2. Jangan tapau makanan, walaupun kamu rasa makanan di rumah itu banyak

2

Memang pernah ada kes orang yang gigih membawa bekas makanan atau tupperware ke rumah terbuka. Jika anda tak mahu menjadi viral atas sebab yang salah, elakkan melakukan perkara sebegini ya.

3. Pakai pakaian yang bersesuaian dengan Aidilfitri atau sekurang-kurangnya pakaian yang kemas

2

Mungkin kamu kurang gemar berbaju kurung atau berbaju Melayu. Tapi jangan sampai kamu memakai tshirt berbaur provokatif atau pakaian yang terlalu seksi pula apabila beraya ke rumah orang.

4. Jangan katakan sesuatu yang boleh menyakitkan hati tuan rumah seperti “Eh panasnya rumah ni!”

2

Jika rumah tuan rumah itu panas, atau jika minuman kurang sejuk, atau baju rayanya sama dengan langsir sekalipun, anda tak perlu kata apa-apa sebaliknya bersyukurlah kerana anda diterima dan dijemput untuk beraya di rumah tersebut.

5. Jangan sibuk tukar siaran TV yang dipasang oleh tuan rumah

2

Kalau anda nak tonton TV, apa kata keluar dari pintu rumah tersebut, masuk ke dalam kereta, pandu berhati-hati sampai ke rumah anda sendiri dan tadaa!! Silalah tonton TV di rumah anda sendiri sampai puas. Senang kan?

6. Jangan lap tangan pada sofa atau langsir

2

Kalau tangan anda kotor terkena biskut atau kek, sila minta tisu pada tuan rumah. Jangan berat mulut dan buat perangai dengan lap tangan pada sofa atau langsir. Marah tuan rumah tu nanti.

7. Jangan berbisik sambil ketawa ketika berada di hadapan tetamu lain

2

Perbuatan sebegini akan membuatkan orang salah sangka yang anda sedang mengata dan mentertawakan mereka. Sebaiknya, bercakap saja macam orang normal yang lain. Tak payahlah nak bisik-bisik.

8. Jangan ambil kesempatan cas telefon di rumah orang

2

Di zaman sekarang, harga powerbank semakin murah. Jadi tak perlu tambah beban tuan rumah dengan tumpang cas telefon anda pula ya, melainkan kalau anda ‘tong-tong’ sekali bil elektrik.

9. Jika anak anda menangis, sila beransur-ansur minta diri. Jangan biarkan anak anda mengamuk.

2

Bila anak anda menangis, itu tandanya dia kepenatan dan mula rasa rimas. Tak perlulah anda tunggu lagi sejam dua, bawalah anak anda balik ke rumah untuk berehat. Kalau dia masih menangis, sekurang-kurangnya bukan di rumah orang lain.

10. Pastikan anda atau ahli keluarga anda duduk dengan sopan. Jangan biarkan mereka duduk terkangkang.

2

Mungkin anda sudah kekenyangan. Mungkin juga anda tak mampu nak duduk dengan betul lagi. Tapi itu tak bermakna anda boleh duduk terbongkang dan terkangkang sesuka hati di rumah orang. Ish, tak senonoh betul!

11. Jangan tanya “Tak ada duit raya ke?” sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk anak

2

Anda harus ingat, belanja untuk buat rumah terbuka bukannya sedikit. Bertimbang rasalah pada tuan rumah, janganlah kamu tambahkan lagi perbelanjaannya. Malahan, kamulah yang patut berikan tuan rumah duit raya.

12. Jangan lupa ucap terima kasih bila hendak minta diri

2

Akhir sekali, jangan lupa bersalam-salaman dan ucapkan terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput anda ke rumah terbukanya. Jangan balik begitu saja, okay? Kita kan rakyat Malaysia yang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan.

 

Source: www.harianblogger.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *