Polis Israel Masuk Masjid Al-Aqsa Banteras Kumpulan Didakwa Perusuh Palestin

JERUSALEM: Polis Israel memasuki tapak suci yang amat sensitif, Masjid Al-Aqsa, bagi membanteras kumpulan yang didakwa adalah perusuh Falastin.

Polis Israel berkata, mereka memburu para penunjuk perasaan Palestin yang lari bersembunyi di dalam masjid itu di timur Bailtulmakdis.

Mereka dipercayai sedang menyiapkan bekalan bunga api dan bom petrol untuk melakukan rusuhan.

Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan. Enam warga Falastin dilaporkan ditahan.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *