Habib Hassan, Hj Mohd Alami Dan Iskandar Jalil Antara Penerima Anugerah Pingat Jasa Gemilang

Mei lalu Imam Masjid Ba’alwie Habib Hassan Muhammad Al-Attas menerima kejutan manis apabila jasa beliau kepada usaha Pertubuhan Antara Agama (IRO) diberi penghargaan dalam satu majlis di Istana.

Semasa sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini beliau sekali lagi menerima kejutan manis apabila disertakan dalam senarai penerima Anugerah Hari Kebangsaan tahun ini.

Habib Hassan merupakan salah seorang daripada 13 jasawan awam yang dikurniakan Pingat Jasa Gemilang.

Turut menerima pingat itu tahun ini ialah Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Mohd Alami dan pakar tembikar, Encik Iskandar Jalil.

Anugerah Hari Kebangsaan mengiktiraf jasa dan sumbangan warga kepada negara.

Tahun ini, seramai 3,888 individu menerima Anugerah Hari Kebangsaan yang dibahagikan kepada 15 kategori anugerah.

 

Source: http://beritaharian.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *