4 Orang Paling Banyak Berkahwin Di Dunia

MERDEKA.COM: Perkahwinan adalah satu ibadah – inilah yang diajarkan setiap agama di dunia.

Misalnya, agama Islam membenarkan kaum lelaki bernikah sebanyak empat kali, sedangkan agama Kristian pula menggalak para penganutnya berkahwin sekali dalam seumur hidup.

Sayangnya, melayari bahtera perkahwinan bukanlah satu pengalaman yang indah bagi semua orang.

Malah, sesetengah orang berkahwin sebanyak puluhan kali! Apakah yang mendorong mereka berbuat demikan? Berikut ini kisah benar 4 orang yang paling banyak berkahwin, seperti ditukil dari oddee.com.

1) Lelaki warga Malaysia bernikah 53 kali

Setelah bernikah sebanyak 52 kali dan menceraikan hampir kesemua wanita yang dikahwininya itu, lelaki warga Malaysia, Kamarudin Mohamad, akhirnya bertemu juga dengan jodoh sejatinya.

Kamarudin Mohamad dan Khadijah Udin. (Gambar: Reuters/Laman Merdeka.com)

Pada 2004, Encik Kamarudin, 72 tahun, bernikah buat kali ke-53 dan terakhir dengan Khadijah Udin, 74 tahun.

Cik Khadijah rupa-rupanya isteri pertamanya yang beliau ceraikan 50 tahun yang lalu, setelah berkahwin hanya setahun.

Encik Kamarudin mendakwa beliau bukanlah ‘playboy’, tetapi tidak berjaya menemui wanita yang sesuai dengannya.

Perkahwinannya yang paling lama bertahan ialah yang ke-52, iaitu dengan seorang wanita warga Thailand. Encik Kamarudin kekal menjadi suami wanita itu selama 20 tahun sehingga wanita tersebut meninggal dunia akibat penyakit barah.

Di kalangan 52 wanita yang dinikahinya, seorang adalah warga Inggeris, dan dua adalah warga Thailand. Encik Kamarudin pernah menceraikan seorang isterinya hanya dua hari selepas bernikah – perkahwinannya yang paling singkat.

Encik Kamarudin mempunyai lapan anak dan 16 cucu. Beliau meninggal dunia pada 2007 selepas mencatat rekod sebagai lelaki yang paling banyak berkahwin di dunia.

2) Nenek warga Amerika kahwin 23 kali

Linda Wolfe, 68 tahun, yang pertama kali berkahwin pada usia 16 tahun, kini seorang nenek yang mempunyai 23 bekas suami. Cik Wolfe mencatat rekod dunia sebagai wanita paling banyak berkahwin.

Linda Wolfe. (Gambar: www.worldrecordacademy.com)

Cik Wolfe pernah berkata beliau ketagih dengan suasana romantik perkahwinan, hingga sanggup berkahwin berkali-kali.

Lelaki yang paling disayanginya ialah Jack Gourley, yang dikahwininya sebanyak tiga kali. Cik Wolfe juga pernah berkahwin dengan seorang banduan bermata satu.

Dua bekas suaminya adalah lelaki homoseksual, sementara dua lagi merupakan gelandangan. Sesetengah lelaki yang dikahwininya pula berlaku curang terhadap beliau.

Perkahwinannya yang terakhir ialah dengan Glynn Wolfe pada 10 tahun lalu, sebagai satu helah untuk meraih publisiti. Menariknya, Encik Wolfe sendiri mencatat rekod kerana berkahwin sebanyak 29 kali. Encik Wolfe meninggal dunia setahun kemudian pada usia 88 tahun.

3) Penyanyi Brazil bernikah 17 kali

Gretchen merupakan seorang penyanyi warga Brazil yang sudah berkahwin sebanyak 17 kali. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Rainha do Bumbum’ pada 1970-an itu berkahwin buat kali pertama pada usia 19 tahun.

Suami pertamanya merupakan kekasihnya semasa di bangku persekolahan.

4) Pembaptis berkahwin 29 kali

Sedangkan sesetengah orang menghabiskan bertahun-tahun mencari jodoh sejati, Glynn Wolfe pula berkahwin sebanyak 29 kali.

Encik Wolfe merupakan seorang pembaptis dari Blythe, California yang lahir pada 1908 dan meninggal dunia pada 1997.

Perkahwinannya yang paling singkat bertahan hanya 19 hari, manakala yang paling lama bertahan 11 tahun.

Yang menarik, beliau berkahwin buat kali terakhir kepada Linda Wolfe, yang merupakan wanita paling banyak berkahwin di dunia.

Meskipun mempunyai 29 isteri, 19 anak, 40 cucu dan 19 cicit, tiada sesiapun yang tampil ke hadapan untuk menguruskan jenazahnya setelah beliau meninggal dunia.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *