Osman Sulaiman, M Ravi Dan Roy Ngerng Antara Yang Akan Turun Padang Menentang PAP Di GRC Ang Mo Kio

Parti Reform (RP) hari ini mengumumkan barisan calonnya di GRC Ang Mo Kio bagi pilihan raya akan datang.

Pasukan seramai enam orang itu akan diterajui oleh Encik M Ravi, seorang peguam.

Turut menganggotai pasukan RP tersebut ialah penulis blog Roy Ngerng, yang disaman oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong atas tuduhan fitnah berhubung isu CPF, penerbit filem Siva Chandran, aktivis sosial Gilbert Goh, mantan pegawai bank Jesse Loo dan pengarah perniagaan di sebuah syarikat hiasan dalaman, Osman Sulaiman.

Meskipun kedua-dua Encik Goh dan Encik Ngerng pernah menyertai bantahan-bantahan di Sudut Pidato di Hong Lim Park, setiausaha agung RP, Kenneth Jeyaretnam menegaskan pasukan itu bukanlah kumpulan pembantah.

Encik Osman, 40 tahun, mengetuai pasukan RP di GRC Ang Mo Kio pada pilihan raya 2011, yang memperolehi 30.4 peratus undi.

“Perlantikan ini datang dengan tanggungjawab yang berat. Saya diharapkan berjuang bukan sahaja untuk bangsa Melayu, bukan sahaja untuk penduduk Ang Mo Kio tetapi untuk semua warga Singapura dan sekaligus berbakti kepada masyarakat umum,” ujarnya.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *