Lebih 400 Artifak Sejarah Bagi Koleksi ‘Kenangan Di Kilang Ford Lama’

Arkib Negara menerima derma lebih 400 artifak sejarah bagi menambah koleksi ‘Kenangan di Kilang Ford Lama’.

Bangunan bersejarah itu sedang menjalani kerja ubah suai dan ditutup sehingga Februari tahun depan.

Artifak-artifak dari derma 25 orang awam itu termasuk dokumen pentadbiran, duit syiling dan duit pokok pisang zaman penjajahan Jepun.

Semuanya akan diteliti oleh sebuah panel pakar untuk memastikan kesahihannya.

Arkib Negara mahukan barang-barang antara tahun 1937 hingga 1954.

Artifak-artifak yang dipilih akan dipamerkan di bangunan ‘Kenangan di Kilang Ford Lama’ apabila dibuka semula sempena ulang tahun ke-75 Singapura jatuh ke tangan tentera Jepun.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *