Mufti Negara: Umat Islam Singapura Sambut Aidilfitri Rabu, 6 Julai

Umat Islam di Singapura akan menyambut Aidilfitri lusa, Rabu 6 Julai ini.

Demikian diisytiharkan oleh Mufti Negara, Dr Mohd Fatris Bakaram, selepas terbenam matahari malam ini tadi (4 Jul).

Menurut beliau: “Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura setelah matahari terbenam petang tadi (4 Jul) kerana bulan terbenam lebih awal.

Ini bererti, esok adalah hari pencukup bulan Ramadan 30 hari dan awal bulan Syawal bagi tahun 1437H jatuh pada lusa, Rabu bersamaan 6 Julai 2016.

Ustaz Dr Fatris juga mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada sekalian Muslimin dan Muslimat Singapura.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah yang sudah kita lakukan sepanjang Ramadan ini dan semoga Allah melanjutkan umur kita sehingga bertemu Ramadan tahun hadapan,” ucap beliau lagi.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *