Singapura Tidak Boleh Biarkan Serangan Pengganas Pecah Belahkan Negara

Keharmonian kaum antara kaum dan agama berbeza adalah prinsip asas bagi Singapura.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata demikian sempena Hari Keharmonian Kaum hari ini (21 Jul).

Dalam satu catatan Facebook, PM Lee menulis rakyat Singapura harus merai kepelbagaian mereka dan berkongsi adat dan budaya satu sama lain.

Beliau berkata di banyak negara ada lebih banyak kes orang menolak kepelbagaian.

PM Lee merujuk kepada serangan pengganas baru-baru ini di Orlando, Amerika Syarikat, Dhaka, Bangladesh, Nice di Perancis dan Puchong di Malaysia.

Setiap kejadian itu kata beliau sifatkan sebagai menakutkan, didorong kebencian dan menyayat hati.

Beliau menambah bahawa Singapura harus sentiasa bersatu sebagai satu bangsa, dan tidak membenarkan keadaan sedemikian memisah atau memecahbelahkan negara.

Sekolah di Singapura memperingati Hari Keharmonian Kaum bagi mengingati rusuhan kaum di Singapura pada 1964.

Dua rusuhan kaum selama lima hari itu mengakibatkan lebih 30 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 500 cedera.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *