Pasukan Jururawat KKH Antara Penerima Anugerah Hari Jururawat

Sempena Hari Jururawat hari ini (1 Ogos), satu anugerah khas baru disampaikan kepada 10 jururawat dan dua pasukan penjagaan kesihatan kerana usaha mereka dalam meningkatkan tahap keselamatan pesakit.

Anugerah tersebut diberikan di acara tahunan Hari Jururawat SingHealth.

Antara penerima Anugerah ‘Target Zero Harm’ adalah pasukan jururawat dari Hospital KK yang membangunkan protokol baru.

Ia dapat menilai risiko pembentukan darah beku dalam urat wanita yang menjalani pembedahan semasa bersalin.

Sejak diperkenalkan 16 bulan lalu, tiada kes sedemikian dilaporkan berlaku.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *