Nadia Nasuha Antara 108 Mahasiswa Kohort Terbesar Bidang Perubatan NTU

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menerima kohort terbesar mahasiswa perubatan tahun ini, seramai 108 orang.

Jumlah itu kenaikan seganda berbanding 54 mahasiswa pada tahun pertama pengambilan pelajar pada 2013. Mereka dipilih daripada 800 pelajar yang membuat permohonan.

Kebanyakan mereka mendapat lebih daripada tiga A bagi keputusan GCE ‘A’, atau markah Baccalaureate Antarabangsa (IB) yang hampir sempurna.

Salah seorang mahasiswa perubatan NTU ialah Nadia Nasuha Mohammad Nazri, yang terdorong menjadi seorang doktor, setelah menjaga ayahnya yang menghidap barah dan datuknya yang menjalani pembedahan.

Nadia Nasuha. (Gambar: NTU)

“Saya mahu memilih kerjaya yang penuh bermakna dan saya mahu membuat sumbangan yang bermanfaat kepada orang lain. Dan sebagai seorang doktor, saya akan dapat menolong orang dan membuat sumbangan yang penuh bermakna kepada masyarakat,” ujarnya.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *