Saiyidah Aisyah Catat Prestasi Terbaik Walaupun Gagal Ke Peringkat Separuh Akhir

Pendayung negara, Saiyidah Aisyah Rafa’ee yang berlumba di lorong kelima gagal mara ke separuh akhir acara scull perseorangan.

Aisyah menamatkan perlumbaan suku akhir pertama yang bermula sekitar 8.10 malam tadi (9 Ogos) di kedudukan terakhir di tempat ke-6 dengan catatan masa 7 minit 56 saat.

Meksipun gagal melangkah ke separuh akhir, catatan masa Saiyidah dalam perlumbaan ini lebih baik daripada prestasinya di peringkat saringan iaitu 8 minit 44.71 saat.

Apa pun, penyertaan Saiyidah ini merupakan satu detik bersejarah kerana beliau merupakan pendayung negara yang pertama bertanding di Sukan Olimpik.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *