Raja Ema Selesa Status Imej Bertidung, Bukan Berhijab

PETALING JAYA: Pelakon mapan, Raja Ema kini tampil manis dengan imej bertudung.

Namun, Raja Ema yang juga seorang penyayi, berasa tidak selesa dikatakan sebagai sudah berhijab, lapor Utusan Online.

Menurut beliau, berhijab membawa maksud menutup segala kecantikan daripada tatapan umum serta mematuhi sepenuhnya hukum syariah dan sebaliknya lebih senang dengan status bertudung.

“Terlalu besar status berhijab itu untuk digalas sedangkan saya baru sahaja berjinak-jinak memakai tudung. Banyak lagi yang perlu dipelajari,” katanya ketika ditemui Utusan hari ini (12 Ogos).

Raja Ema juga menambah bahawa beliau tidak bimbang tentang tawaran berlakon yang terbatas setelah bertudung kerana yakin dengan rezeki yang ditentukan Allah.

“Kalau tak ada rezeki berlakon, Alhamdulillah saya ada pendapatan sampingan melalui perniagaan yang dijalankan,” jelasnya yang baru sahaja selesai penggambaran drama Meh Sandar Padaku yang turut dilakonkan oleh anak kelahiran Singapura, Alif Aziz, lapor Utusan.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *