Mohd Khair: Timbangkan Sendiri – Masuk Akal Ke Radio Hang FM Ini Sebarkan Ajaran Radikal

Ramai pembantu rumah dari Indonesia dengar Radio Hang dari Batam setiap hari.

Mereka terdedah dengan risiko ‘self-radicalisation’. Dan mereka ini sekarang berada di Singapura.

Malah keseluruhan warga Indonesia di Batam pun berada dalam posisi ‘self-radicalisation’ kerana terdedah dengan Radio Hang dari Batam.

Apakah langkah yang perlu diambil untuk melindungi keselamatan Singapura dalam isu ini?

1. Jam frequency atau internet Radio Hang dari Batam agar ianya tidak lagi boleh didengari di Singapura

2. Sementara menunggu kesan dari jamming atauu banning itu, para majikan pastikan yang setiap pembantu Indonesia tidak mengikuti siaran Radio Hang mulai dari sekarang.

3. Angkut kesemua pembantu rumah dari Indonesia yang mendengar Radio Hang Batam untuk ditemuduga demi mencari elemen-elemen radikal di kalangan mereka.

4. Hantar balik pembantu para pembantu rumah yang menunjukkan bibit-bibit ‘self-radicalisation’

5. Membataskan perjalanan warga Indonesia ke Singapura, terutama ke atas mereka yang terdedah dengan Radio Hang setiap hari di Batam.

6. Memantau pergerakan warga Indonesia dari Batam yang sekarang ini berada di Singapura kerana mereka ini sekarang berisiko tinggi kerana terdedah dengan Radio Hang

7. Pihak MFA menghantar nota bantahan kepada kedutaan Indonesia kerana membenarkan Radio Hang beroperasi di Batas dengan frequency yang menjangkau ke Singapura dan mendedahkan rakyat Singapura dengan ideologi radikal. Di dalam nota bantahan itu, pemerintah Singapura menasihatkan pemerintah Indonesia agar mengharamkan Radio Hang dari Batam kerana menjadi sumber ‘self-radicalisation’ yang menimbulkan ancaman terhadap keselamatan Singapura.

Semoga langkah-langkah ini akan menamatkan pengaruh radikal Radio Hang terhadap warga Batam dan juga warga Singapura serta sesiapa juga yang mendengar siaran radio tersebut.

Demi keselamatan kita bersama, iaitu untuk warga Singapura dan juga warga Indonesia.

Tetapi apakah benar Radio Hang di Batam itu bahaya dan menjadikan orang yang mendengarnya jadi ‘self-radical’?

Kalau betul, maka apa yang dibentangkan di atas ini perlulah ditimbangkan secara serius.

Betul ke?
Boleh ke?
Masuk akal ke?

 

Source: Mohd Khair M Noor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *