SMRT Tubuhkan Panel Bagi Semak Rayuan 2 Pekerja Yang Dipecat Susuli Nahas

SMRT sudah menubuhkan sebuah panel untuk menyemak rayuan yang dibuat dua kakitangan SMRT yang diberhentikan kerja menyusuli nahas maut di stesen MRT Pasir Ris pada Mac lalu.

Kedua-dua kakitangan SMRT itu mendapat bantuan daripada Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) dalam membuat rayuan tersebut.

SMRT hari ini (26 Sep) menyatakan: “Sebagai respons kepada rayuan NTWU mengenai pemecatan dua kakitangan berhubung nahas maut kereta api pada 22 Mac, SMRT sudah menubuhkan satu panel rayuan terdiri daripada pengurusan kanan dari unit-unit perniagaan bukan dari Kumpulan Kereta Api. Panel itu akan menyemak rayuan ini, dan memastikan proses yang adil.”

SMRT menambah bahawa dapatan-dapatan panel itu tidak akan mempengaruhi siasatan yang sedang dijalankan oleh pelbagai pihak berkuasa.

Pengendali kereta api itu menambah: “SMRT mengongsi keprihatinan NTWU tentang kebajikan para pekerja dan keluarga mereka. SMRT akan bekerjasama dengan NTWU untuk mendapatkan pekerjaan bagi kedua-dua pekerja itu secepat mungkin sementara panel menyemak kes itu.”

SMRT menambah bahawa kedua-dua pihaknya dan NTWU “bersetuju akan perlunya memperkukuhkan proses-proses keselamatan dan budaya tenaga kerja di syarikat itu. NTWU akan menyokong usaha SMRT untuk menggalak sekitaran kerja lebih selamat untuk semua pekerjanya.”

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *