Polis Siasat Video Seks Libatkan Lelaki Berpakaian Seragam SCDF

Polis sedang menyiasat satu rakaman video yang menunjukkan dua orang yang didakwa melakukan hubungan seks, salah seorang daripadanya berpakaian seragam Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian seragam bersandar pada sebuah meja, dengan seorang lagi individu, yang tidak dapat dilihat dengan jelas, yang sedang berdiri di belakangnya.

Klip video itu timbul beberapa kali di lelaman forum semalam (28 Sep) serta di laman web Streamable.

Sehingga pukul 9.45 malam semalam – lapan jam setelah video itu dimuat naik – ia ditonton lebih 22,000 kali di laman Streamable.

Sebagai respons terhadap pertanyaan media, SCDF menyatakan bahawa kesalahan itu sedang disiasat “di bawah Akta Filem”.

“SCDF memandang serius perkara ini dan sudah membuat aduan polis,” kata seorang jurucakap SCDF.

Di bawah Akta Filem, jika disabit kesalahan kali pertama membuat atau menghasilkan semula filem berunsur lucah, pelaku boleh dikenakan denda antara $20,000 dengan $40,000 dan dipenjara maksimum dua tahun.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *