Eksekutif Keselamatan Hotel Shangri-La, Riedzuan Jamil, Diiktiraf Demi Kejujuran

Jumlah rekod 89 hotel diiktiraf kerana mengekalkan piawai keselamatan yang tinggi, dalam satu majlis anugerah hari ini (7 Okt).

Hotel-hotel itu dipilih kerana memenuhi piawai keselamatan hotel, yang pertama seumpamanya ditubuhkan di dunia.

25 individu juga diiktiraf kerana kejujuran mereka dan berjaya mencegah jenayah di hotel.

Antaranya Encik Muhd Riedzuan, Eksekutif Keselamatan Hotel Shangri-La.

Beliau, antara tujuh kakitangan hotel yang menerima Anugerah Kejujuran tahun ini.

Pada 1 Februari lalu, Encik Riedzuan menemui kantung yang dilaporkan hilang oleh seorang tetamu hotel itu.

Ia ditemui dalam peti simpanan bilik tetamu itu dan mengandungi barang kemas dianggarkan bernilai $100,000.

139 orang dicalonkan bagi anugerah itu.

Beliau berkata: “Anugerah ini sungguh bermakna bagi saya dan juga memuaskan hati saya kerana setiap kali barang yang kami jumpa setelah kami pulangkan kepada tetamu kami, kata-kata terima kasih dan senyuman mereka membuat kami sungguh puas apabila saya dapat memulangkan barang yang hilang kepada pemiliknya.”

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *