Kebakaran Jurong West: Kerja Robohkan Pasar Bermula Seawal Minggu Depan

Kerja-kerja merobohkan pasar Jurong West yang baru-baru ini hangus dijilat api, akan bermula seawal minggu depan.

Ini menyusuli dapatan profesional yang menunjukkan pasar tersebut tidak boleh dibaiki semula. Usaha juga sedang dipertingkat bagi membantu para pegerai terjejas.

Buat pertama kali berikutan kebakaran pada Selasa lalu (11 Okt), para pegerai terjejas dibenarkan melihat sendiri keadaan gerai-gerai mereka. Menurut laporan Profesional Jurutera, kebakaran itu meninggalkan kesan amat teruk.

Salah satu pilihan disediakan bagi para pegerai adalah berpindah kepada gerai kosong, namun hanya seperempat daripada mereka menyuarakan keiinginan untuk berbuat demikian.

Bagi mereka yang tidak mahu berpindah, satu pameran pekerjaan juga akan dianjurkan pada penghujung bulan ini.

Satu lagi masalah yang dialami para penduduk berdekatan adalah bau busuk dari makanan yang tertinggal di pasar tersebut. Ini meskipun Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menjalankan kerja-kerja pembersihan setiap hari bagi menghilangkan bau.

Seorang pegerai yang terjejas, Johari Dali, berkata: “Saya sudah berkecimpung dalam perniagaan ini sudah lebih 22 tahun. Jadi, walaupun rasa sedih, satu saya cuma berharap ada badan-badan atau pihak-pihak yang dapat membantu kami, seperti saya, saya terpaksa hendak tanggung anak saya, isteri saya, dan orang tua yang sedang sakit.

“Jadi, saya berharap sangat pihak tertentu dapat selesaikan perkara ini lebih cepat untuk saya teruskan hidup.”

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *